Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih korang sebab sudi baca kisah aku melencong dalam kilang bahulu haha. Siapa sudi baca sini link dia, (klik link dibawah).
Dari form 4, aku buat part time di kilang bahulu. Aku kuat melencong. Abis pinggang mkcik2 aku cucuk
Aku baca komen korang sambil gelak gelak dengan Ude. Dia baru habis exam ni, ada je kat rumah aku jadi babysitter anak buah hihi. Tahun depan dah nak masuk tahun akhir. Untuk acik yang nak pergi shopping kat sana, boleh google Wisma Masri-MHP Enterprise.
Tapi jangan pulak gi tanya kak mus siapa budak yang mata macam ayam tu? Ni kisah 16 tahun dulu, sekarang aku dah lawa tau walaupun mata sepet dan hidung kecik tajam aku ni tak berubah langsung hahahha kesian suami aku.
Harini aku nak sambung cerita pengalaman aku bekerja di kantin sekolah.
Habis je paper STPM, aku mula mencari peluang pekerjaan di sekitar kawasan kampung.
Rezeki aku, jiran sebelah rumah beritahu di kantin SMJKC tempat acik Nor bekerja memerluukan pekerja di bahagian air.
Aku pun pergi minta kerja. Awalnya tokey tak berminat sebab aku bertubuh kecil, “kerja sini manyak belat. Mesti kena angkat balang belat. Nanti lu tak kuat”.
Mujur acik Nor back up, “tak apa tokey, bagilah dia try dulu. Dia dah biasa kerja tokey”.
Syukur alhamdulillah, aku dapat kerja tu. Pakai apron lagi aku kali ni wei hahaha. Dah tu mak aku suruh pakai baju kurung sebab kerja kat sekolah kan hahaha.
Aku bertugas di bahagian air.
Kawasan kami terbahagi kepada ruang belakang sebagai dapur kering, ruang stor simpanan barang yang menempatkan peti sejuk beku, buah buahan serta stok air mineral, ruang meja makan guru, ruang membancuh air panas, dan ruang jualan minuman dan makanan kudapan seperti buah buahan, keropok lekor dan kuih muih.
Setiap hari aku bertolak ke kantin seawal jam 5.40 pagi. Naik motor dalam 10 minit je. Kami solat subuh di kantin. Rutin harian aku bermula dengan memasak air di dalam kawah segi empat yang terletak di ruang belakang.
Buka kunci grill tingkap jualan kemudian bergegas ke ruang makan pelajar untuk menurunkan setiap bangku panjang daripada atas meja ke lantai dan mengelap meja meja menggunakan cecair pencuci khas.
Tugas ni aku buat bersama Bed4h, member yang bertugas di bahagian dapur masak sebelah bahagian air. Satu bahagian, satu wakil barulah adil.
Bila dah siap, masuk ke dalam dan sediakan meja makan guru. Aturkan 5 bungkus nasi lemak ke dalam pinggan dan letakkan atas meja guru.
Sambil tu, acik Linda mengajar aku cara memasak air longan dan air barli. Rupanya dorang guna monk fruit kering, dikupas kulitnya satu persatu dan dicuci bersih.
Setelah isinya kembang direbus, masukkan gula melaka ke dalam periuk rebusan dan tunggu hingga air rebusan menggelegak.
Maka siaplah air yang rasa sebijik macam air longan. Air ni dan air barli dimasak baru pada setiap hari. Masak sikit je.
Antara jenis minuman sejuk yang kami jual adalah air longan, air barli, air blackcurrant, air cincau, air sunquick, air milo, air longan dan air barli.
Ada juga air peel fresh, air vitagen, air susu HL, air tin dan air botol.
Siap tu pergi ke bahagian sebelah untuk mengambil semua makanan bergoreng seperti keropok lekor, fish ball, tofu, nugget love, nugget kayu aiskrim, sosej, hash brown, crab stick, wantan, roti sardin goreng untuk disusun di ruang jualan.
Kuih muih juga dijual kepada para pelajar dan guru. Biasanya kuih dan nasi lemak dibawa oleh mbok deh, ketua bahagian air kami.
Jam 6.30 dah mula ada murid yang datang untuk makan. Aku, Acik Linda dan Kak Bibi Janab akan on floor layan murid. Mbok Deh pula akan buat air untuk guru guru.
Apabila loceng pagi berbunyi, semua murid akan bergerak ke perhimpunan. Aku dan Bed4h akan keluar untuk lap meja serta ambil besen gelas murid murid. Bed4h ambil besen pinggan dan mangkuk. Bawa masuk ke dapur masing masing untuk dicuci.
Pagi pagi kami yang muda ni selalu takut bila nampak guru besar round kantin bawa rotan untuk tangkap pelajar yang lewat ke perhimpunan.
Aura dia tu hahha. Rasa takut macam nampak cikgu Idris pulak padahal aku kan dah habis sekolah. Lagi pun ni bukannya sekolah aku hihi.
Kak Bibi Janab mengajar aku cara membasuh gelas yang betul mengikut standard yang ditetapkan. Bilas gelas dengan air untuk buang sisa barli ataupun straw, sediakan bancuhan sabun cecair bersama air dalam besen, kemudian basuh menggunakan span.
Bilas kali pertama dalam besen air bersih dan kali kedua di bawah paip air yang mengalir. Buka kecil je supaya apron dan baju tak basah.
Basuh kena pantas tapi jangan kelam kabut. Nanti air sabun tumpah bah4ya boleh jatuuh kerana lantai licin.
Oh ya, kami wajib pakai stokin, berkasut getah yang menutup kaki dan mesti memakai tudung. Semua pekerja di sini adalah mslim.
Tokey juga bawa aku pergi ambil thypoid injection selaku pengendali makanan. Semua tokey yang bayar.
Seterusnya nak prepare buah buahan.
Bawa bakul masuk stor penyimpanan ambil buah jambu batu, buah tembikai, buah betik, buah nenas, buah kedondong dan buah mangga untuk dicuci, dikupas kulitnya, dip0tong panjang dan masukkan ke dalam plastik buah.
Apabila siap, simpan dalam peti sejuk sementara menunggu waktu rehat murid. Berbaki masa beberapa jam, kami akan menyediakan bahan bahan yang lain.
Antaranya, mengupas bawang besar dan blender bersama cili besar untuk digaul bersama sardin. Inilah inti utama roti sardin goreng. Setiap hari kami menggunakan lebih kurang 6 peket jumbo roti gardenia.
Lepas siap masukkan inti sardin, lipat separuh roti, bawa ke sebelah untuk acik Diang celup roti ke dalam bancuhan tepung dan goreng.
Bergurau cuit mencuit adalah dilarang di kawasan dapur bagi mengelakkan sebarang keceder4aan.
Kan dapur ada kuali minyak menggoreng dan periuk besar yang panas. Lantai licin, ada pis4u dan peralatan lain yang tajam. Bahaaya.
Disebabkan aku yang paling muda, kak Bibi pun menyerahkan jawatan memasak burger kepada aku. Belajar buat burger pulak aku dekat sini. Siap tu bungkuskan dan atur kat depan.
Sebelum loceng rehat berbunyi kami perlu memastikan semua makanan dah siap dihidang. Tokey dah standby di meja bayaran luar.
Berdebar debar rasa menunggu loceng rehat ibarat menunggu nak pergi berperang. Bunyi je loceng, murid-murid pun datang menyerang hahahaha.
Di sekolah ni, kantin sekolah menjual laksa, mee kari, bubur nasi, dan nasi ayam goreng, paling penting ada sambal.
Berdekatan dengan ruang makan pelajar terdapat satu stesen kuah laksa, kuah kari dan kuah sup.
Bed4h dan Tipah bertugas untuk menyendukkan kuah kepada murid murid. Kuah semua panas sebab tu murid tak boleh ambil sendiri. Bah4ya.
Riuh rendah waktu rehat, walaupun murid ramai dan sesak tapi semuanya jadi tenang tiba tiba bila xiaozhang bercekak pinggang berdiri sebelah tokey.
Rotan dia tak tinggal kepit celah ketiak. Tapi sepanjang aku kerja sana tak pernah aku nampak guru besar makan atau minum di kantin.
Mungkin bawa bekal sendiri.
Seronok rupanya melayan budak sekolah ni. Dorang panggil aku kakak balu hahahahha. Kakak baru lah amoi. Akak belum kawin lagi. Budak Melayu pun ada tapi tak seramai murid cina.
Kadang dapat tengok murid berlari lari sebab nak lari dari cikgu disiplin atau guru besar dorang.
Teringat dulu aku pun macam tu lari daripada cikgu disiplin sebab suka sangat melancong keliling sekolah hahah. Ada juga geng melancong macam aku singgah kantin minta beli yibai lengshui ke apa dorang sebut.
Ada jugak yang extreme datang nak beli nasik. Budak budak ni pandai membodek makcik kantin sebelah. Hihi kadang makcik layan, kadang makcik cakap takut nanti guru besar nampak.
Tamat waktu rehat sesi pertama, kami refill makanan dan minuman. Standby untuk sesi kedua.
Bila dah habis rehat, dah siap kemas, kami pun lunch break. Boleh makan dan minum apa sahaja kat sana. Banyak mana sangatlah kita boleh makan pun kan.
Dah hadap hari hari jadi kenyang pulak. Selalu aku ambil bubur nasi letak kuah laksa tambah 2 tofu. Emmm sedap betul.
Kalau kuah tak habis aku minta izin dengan tokey nak bawa balik sikit untuk mak. Nanti mak rebus laksa dekat rumah boleh makan.
Sekolah ni ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Jadi kami ulang balik rutin menghidang makanan dan minuman bagi murid sesi petang pula.
Waktu pagi adalah waktu yang sibuk. Biasanya kami akan terima barang dari supplier, contohnya air mineral, air kotak, air tin dan ais batu.
Lori turunkan barang dan kami akan susun di bilik simpanan.
Bila tokey pergi market, kami akan standby dengan kereta sorong dari parking tu untuk punggah semua barang basah. Ayam, ikan kembung, sayur, beras, frozen food dan buah buahan.
Memang terasa s4kit badan dan s4kit kaki kerja dekat kantin. Kotak air mineral berat. Ais batu satu bundle pun berat. Berdiri pun lama setiap hari.
Tapi kena lah kuat semangat buat semua tu demi mendapatkan gaji. Kerja apa je yang tak penat kan.
Ada sekali tu hari yang tak best ada murid terbalikkan mangkuk mee kari atas meja. Subhanallah geram je, kita juga yang kena kemas, kena mop apa semua.
Jam 4.30 petang kami dah berkemas nak balik. Sampai rumah memang terus mandi fikir nak rehat je.
Adik adik aku suka kalau aku balik bawa makanan lebihan dari kantin. Yang kecik kecik tu berkerumun dekat dapur nak buka plastik makanan.
Malam aku akan tidur seawal jam 9 malam sebab esok nak bangun awal pagi.
Cikgu cikgu pun biasa lunch dekat kantin. Tapi waktu tak tentulah. Acik Linda dan Mbok Deh banyak sangat ajar aku cara bancuh air untuk cikgu.
Cikgu Hashim suka kopi O gula satu sudu.
Cikgu Razak suka Teh O panas begini, cikgu yang ini suka begitu.
Dalam ramai ramai cikgu, ada seorang cikgu baru mula mengajar. Cikgu sains sukan yang selalu pakai seluar trek.
Aku tak pergi sangat bancuh air cikgu, sebab segan ramainya cikgu lelaki aje. Sampailah satu hari tu aku tengah leka kupas bawang sambil buat mini konsert kat meja belakang. Syok ni menyanyi sambil dengar radio kat nokia torchlight, tiba tiba
“Assalamualaikum”.
Terlepas bawang aku jaatuh ke bawah meja tepi pintu. Betul betul bergolek dekat kasut cikgu..seluar trek..sains sukan? Alamak malunya, cikgu ni dengar ke suara ayam aku?
“Mbok deh mana? Saya nak order air”
Eh, alamak mana semua orang? Apsal aku sorang dekat sini? Dia tengok aku, lepas tu dia sambung
“beritahu air Johan macam biasa.”
Eh, apsal aku gabra ni.
“Haa, eh, haa boleh. Haa kejap nak cari mbok deh”.
“Takpelah, buatkan saya air teh cina panas taknak panas sangat”
Lepastu dia duduk dekat meja guru. Aku pergi cari mbok deh kat sebelah. Dorang semua tengah mesyuarat tingkap dekat sebelah. Aku beritahu Mbok deh, cikgu sukan tu nak air macam biasa.
“Ko buatlah, senang aje tu”.
Aduhh tak nak, segan aku tak habis lagi, tu lah menyanyi tak tengok keliling.
“pergilah, mbok deh nak duduk kejap je ni”.
“Haa yelah.”
Aku pun pergi buat dan hantar dekat dia. Masa aku pusing nak masuk dapur balik dia cakap
“Terima kasih Cicak” (mestilah bukan nama sebenar kan, takkan aku nak tulis nama aku nanti korang tau siapa hahahhahahah)
Hah sudah Dup dap dup dap jantung aku laju macam formula 1. Dia tahu nama aku wei.
Eh, kenapa aku sengih sengih, rasa butterfly terbang terbang dalam perut ni. Rasa panas je pipi.
Lepas pada tu kalau dia datang kantin, senyum pandang je terus cakap macam biasa ye. Selalu aku buat taktau je sebab aku malu, aku tunggu mbok deh yang bangun buatkan.
Ada sekali mbok deh bagitau cikgu Johan tanya mana aku. Mbok deh boleh jawab aku malu sebab tu nyorok dekat dalam. Alaa mbok deh ni pecah rahsia hihi.
Ada sekali tu waktu nak balik, aku jalan depan parking cikgu, nak pergi kat motor. Time time tu lah ada pulak dia kat kereta wira dia. Aku jalan buat tak nampak,
“Awak nak balik dah ke? Baik baik ye”
Aku toleh nampak dia tersenyum penuh tersusun rapi je gigi dia. Kalau zaman sekarang ni macam muka rezki febian sikit.
“Ye cikgu, terima kasih”
Pastu balik rumah bawa motor sengih sengih hihi.
Tapikan, aku sedar masa tu aku comot, miskin, rumah buruk, tak ada apa apa. Macam tak sesuai pula nak berkawan kawan macamni.
Malu, rasa rendah diri, family aku pun macamni, rasa kekurangan semua ada. Dia kan cikgu, berkereta dan bekerjaya.
Jadi aku banyak menyorok lah, kalau terserempak tu aku buat buat tak perasan dia.
Sebelum balik, kami pastikan kawasan dapur di kedua bahagian kantin dibersihkan dan disimpan rapi.
Tutup suis peralatan elektrik. Cabut kepala gas, tutup bekas simpanan air. Naikkan semula bangku atas meja. Basuh sinki dalam dan luar, basuh lantai dapur dan kumpulkan semua sampah. Ikat rapi.
Seorang bawa satu plastik sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di luar sekolah. Semua ni perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti keb4karan, kebocoran gas dan pembaziran elektrik terutamanya.
Seminggu sekali pada hari sabtu kami akan bergotong royong di kantin. Deep cleaning bahagian longkang yang mengalirkan sisa minyak dan makanan.
Lap tingkap, cuci peti ais, cuci sawang di syiling, cuci bekas simpanan air dan macam macam lagi.
Kenangan yang aku tak dapat lupakan dengan makcik makcik di kantin ni ialah masa aku dapat result STPM.
Pagi tu aku cuti, petang aku masuk kerja. Menangis acik Linda masa aku beritahu result. Sebab anak dia pun sebaya aku je.
“Tahniah nak, bangga acik Linda dengan ko nak. Syukur Alhamdulillah, boleh mohon U bagus bagus ni”
Kak Bibi, Mbok Deh, makcik Diang, makcik idah, makcik intan, bed4h, tipah, semua pun pel0k aku.
Terasa disayangi sangat sebab dorang semua pun cakap tahniah dan ambil tahu hal pelajaran aku.
Dengan result ni aku dah rancang apa nak buat. Banyak nak pakai duit kalau nak pergi jauh.
‘Dia’ pun ada ucap tahniah masa aku hantar air ke meja. Aku jawab terima kasih dan senyum je.
“So, apa plan lepas ni?”
“Saya nak pergi KL cari duit lebih”
“Oh.”
Lepas pada tu aku masuk dalam.
Gaji yang aku dapat lepas beli barang dapur sikit, bagi mak sikit, belanja adik adik gula gula, bakinya aku simpan dalam BSN.
Cukup beberapa bulan di kantin, aku pun berhenti dan pergi berhijrah ke KL.
Aku kena kumpul duit lebih lagi sebab nak masuk U mesti pakai banyak duit. Adik aku angah masa ni dah bekerja di KL jadi security guard.
Dia ajak aku ke sana. Lepas minta izin mak abah, aku pun ikut angah ke sana.
Panjang dah tulis ni, kalau ada nak tanya pape nanti gitau lah ye insyaallah nanti ada rezeki masa lapang aku cerita pulak lagi. Ok babai korang.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Huda Anuar, Tak sabar kesudahan cerita.adik MCM saya zaman remaja anak orang miskin rumah buruk dan mcm2lah.tapi ada insan mulia yg Allah jodohkan .kini jadi kira v1p jgklah yg bergelar tapi tak lupa asal usul.
Imah Isa, Best sgt cerita adik ni, penuh pengalaman. Rajin, teliti dan terbaik. Alhamdulillah, mcm baca cerita pendek. Boleh smbg lg, rasa nak tahu kesudahan cerita dia.
Hana Ismail, flow cite dia tenang je…kdg sengih sorang2.. kdg kerut dahi…alamak imbau kenangan pulak sbb saya lps stpm pun pernah keje kantin sekolah smntara tggu result…jauh dr perak ke shah alam..sekolah tu pulak sekolah org “have”…
ada je bbrp org mak pak budak situ artis…hehehehe… cerita kantin sekolah ni betul2 imbau kenangan…jaga air,susun nugget,roti,buat air cikgu,cuci kantin..tapi satu je lah yg x sama…time tu saya x jumpa “cikgu sukan”.. x de pun.
Serena Hashim, Saya pun keja kantin sklh dik…mmg best layan bdk2 ni..siap buat keja ddk makan ngn kwn2 sama keja…mmg boleh mkn apa pun tp betullah awak cakap mkn byk mana pun kita kan.
Ros Aziz, pengalaman yg indah sukar utk dilupakn apalg ada pelajr yg suka cara kita layan mereka bila berakhir tugas diluar mereka tetap hormat lg….terimakasih diberi ksempatan utk btugas dikantin sekolah