Lps aku terima p0ligami, suami plk yg mer0yan, tkjut anak2. Ibu mertua pula canang sekampung. Suami mula jeles

Hi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Actually saya tak pandai nak karang ayat. So memang saya straight forward je la ye. Nak mintak pendapat dan nasihat, adakah saya atau suami perlu berubah dalam masalah kami ini.

Saya membesar dengan ibu tunggal. So memang dari kecil saya pandai mencari duit sendiri.

Kerja tolong orang di pasar malam, tolong ibu sebagai petani, dan macam macam lagi saya buat untuk menjana pendapatan.

Hasil dari kerja keras, saya dapat peluang ke Universiti hingga degree. Seterusnya saya menyambung master dan PHD hasil dari biasiswa yang saya perolehi.

Setelah habis belajar, biasalah mula orang bertanya bila nak kawin bagai. Ibu tak kisah sebenarnya kerana baginya selagi saya tidak bersedia, saya tak perlu kawin.

Lagipun pekerjaan semasa itu terlalu busy dan memerluukan saya keluar negara selalu.

Ibu pesan, jangan behenti kerja kerana jika terjadi apa apa dikemudian hari, saya ada pendapatan saya sendiri.

Menghampiri 34 tahun, saya masih single sehinggalah ada seorang lelaki iaitu suami saya sekarang datang meminang.

Dia seorang pembantu perubatan di klinik kerajaan berdekatan dengan tempat kerja saya.

Bila tengok dia tidak put0s asa mengejar, saya meletak syarat sekiranya berkahwin dengan saya, saya sentiasa sibuk, tidak sesekali saya berhenti kerja dan dia perlu faham sebelum berkahwin.

Biasalah lelaki mula mula nak dapat, janji macam macam.

Setelah setahun kahwin, dia mula berbunyi yang saya ni tak romantik, jarang masak, tak betah duduk dirumah.

Memang saya jenis straight forward, saya tak pandai nak bermadah. Tapi saya melayan dia dengan baik. Tidak pernah meninggi suara.

Cuma masa saya agak limit. Tapi itu dia tahu dari dulu lagi. Dan dia sanggup berkahwin dengan saya.

Ramai menasihati saya, mereka melihat berkahwin dengan saya akan memudahkan hidup dia, rumah kereta semua ada. Dia cuci kaki sahaja.

Saya memang dari mula kawin tidak pernah mintak duit. Mungkin sifat saya tak suka meminta. Jika dia fikir tanggungjawab dia, dia akan beri.

So bagi dia, ini peluang keemasan untuknya mencari isteri baru.

Selepas saya tahu mengenai bakal madu saya ini, entah kenapa perasaan saya relax je.

Bukan tak sayang suami, tetapi bagi saya tak salah kalau ada orang tolong jaganya.

Ibu mentua pun tak perlu nak perli saya lagi sebab ada orang sudi jaganya. So saya benarkan je dia kawin.

Anak saya dua orang, mereka terkejut sebab saya langsung tak memarahi suami atau merajuk.

Allah berikan kekuatan hati saya ini dari ibu.

Melihat ibu dideera oleh ayah sejak kecil hinggalah bercerrai, saya sudah biasa disaakiti.

Demi Allah saya ikhlas. Cuma saya pesan pada suami, dia perlu mencari rumah lain, kereta lain dan saya serahkan kepadanya untuk menentukan jadual balik rumah saya.

Saya jugak meletak syarat untuk membenarkan saya dan anak anak kemana sahaja. Dan dia bersetuju.

Anak anak merajuk dan saya pujuk supaya fikir positif dan mungkin seronok bila ada dua ibu.

Bermulalah saya hidup bermadu. Saya teruskan kerja saya seperti biasa.

Anak anak memang dari dulu lagi saya ajar berdikari. Bila cuti sekolah saya membawa mereka bersama ke outstation atau holiday.

Suami mulanya ok, tapi at last bersuara. Dia mengatakan saya seperti tiada suami, enjoy bersama anak anak.

Saya mengatakan padanya, saya pergi bekerja. Saya pernah usulkan adakah dia ingin menjaga anak anak sewaktu saya berada diluar negara?

Tetapi madu enggan. Ibu mentua jugak canang keseluruh kampung yang saya ini isteri dan menantu tak baik. Jarang balik kampung dan tengok suami.

Saya mengatakan padanya, mak dah ada menantu baru, suri rumah lagi.. panggillah dia balik selalu.

Lagipun saya bukan kisah apa orang cakap. Jenis hati besi mungkin sebab itu suami agak meroyan

Dia mula cemburu dengan kejayaan saya. Madu asyik desak dia untuk bercuti seperti saya.

Actually pada awal p0ligami lagi dia tidak memberi nafkah dekat saya.

Saya tak tahu lah hati saya ni hati manusia or alien, sedikit pun saya tak rasa hati. Sebab saya mampu untuk beli apa saja.

Anak anak jugak mengatakan lebih suka hidup begini dari dahulu.

Suami sekarang asyik menganggu saya dengan tohmahan dan cemburu. Ada saja ayatnya untuk naikkan kemarahan saya.

Tetapi maaflah suami, hati saya sudah kering untuk awak.

Mungkin betul cakap ibu, saya tidak bersedia berkahwin sebab itu hati saya tidak kisah dan tiada prasangka buruk.

Bagi saya, saya boleh hidup je dalam p0ligami ni. Tapi nampaknya yang meroyan tu suami saya. Sikit sikit tak cukup duit. Nak pinjam dengan saya.

Tetapi bagi saya itu tanggungjawabnya. Dia perlu mencari sendiri. Sedangkan sesen pun saya tidak minta darinya.

Sahabat sekalian, perluukah saya berubah untuk menjadi lebih sensitif?

Saya tidak pandai naik angin. Anak anak pun tak pernah lagi melihat saya melenting.

Atau lebih baik saya hidup sendiri sahaja supaya sifat cemburu suami dan madu saya itu akan hilang? Pening jugak sebenarnya.

Apalagi yang lelaki ini mahu? Dah diberi keizinan berkahwin lagi, tidak mintak nafkah, tidak pernah tinggikan suara.

Saya tidak tahu apalagi yang dia nak. Mungkin para netizen boleh nasihatkan saya..Terima kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Atilia Rose, Sy beranggapan puan sgt berharga pd suami sbb puan berharta dan berjawatan. Lebih2 lagi wife baru hanya suri rmh dan selama ini hidup suami biasa senang dari segi financial dgn puan.

Puan pun lebih independent dn x menyusahkn dia. Cuma nasihat sy berhati2 kadang hati dn tindak tanduk manusia sukar dibaca. Untuk masa hadapan, harta siap2 hibah pd anak2 dan ibu.. takut apa2 terjadi.

Rozita Osman, Aku paling suka perempuan bersikap tegas macam ni,netizen jangan nk hentam si isteri je,tgk dosa si isteri,dosa suami bagaimana pulak,tk beri nafkah,abaikan tanggungjawab…

semua atas bahu isteri,bila isteri lembik dipiijak2 nya,bila isteri tegas pandai lah meroyan,dia hanya bertegas,bukan dia lawan suami dia…

Cempaka Biru, Pendapat saya sahaja..bila berkahwin kita kena taat pada suami. Perlu baik dengan keluarga mentua ttp bukan tempat buat semua kerja dan jadi bahan umpat kejiorg. Kita perlu ada hak kita .

Sekiranya kita cuma sebagai mesin ATM, bibik dan pembantu yg x dibayar gaji kat rumah mentua ,itu bermakna kehadiran kita mereka x hargai. Keluarga yg bahagia bila susah dan senang bersama. Dlm hal TT, lebih baik berpisah DRP hidup kena tanggung diri sendiri dan juga suami serta madu…

Janah Musa, Pilihan yg tepat. Nasihat ibu tt pun benar. Patut ini lah contoh terbaik utk isteri2 yg bekerja. Jgn sesekali berhenti kerja x kira bergaji kecil. Itu adalah penyelamat masa dpn kita.

Hati seorg suami kita x leh baca. Hari ini baik, blm tentu sampai kesudah baik. Kalau bahagia hga akhir hayat, alhamdulillah. Tp kalau sebaliknya.

Fatar Morgana, Saya juga seperti sis…tapi saya x betcer4i ..saya teruskan hidup dgn anak2..suami ada layan x da jgn peduli..kita dah ada semua cuma kalauu x da suami mungkin akan diganggun oleh jantan2 yg kejar wang kita..

jadi teruskan je hidup kita..saya lg no 2 meroyan lg saya suka..bila suami rasa x dipedulikan sata cakap saya x baik jadi pergilah pada yg baik..x balik pun x pa kalau balik cuma nak s4kitkan hati saya.

Zam Abu, Rsenye awk jd gini sbb dh mmg dibiasakan berdikari. Nk wat cmne lg, dh suami pn asalnya sanggup serba serbi. Bg sy, ok je asalkn xganggu pendapatan kita.

Klu suami n madu mntk duit, br la berbunyi tu tanggungjawab dia sbg suami yg perlu bahagiakn isteri (madu) sbb awk boleh je kemana2 tanpa dia spt yg disyaratkan dr awal poligami. So, pd sy klu awk rse xterbeban dgn poligami ni, just go on.

Andry Koh, Suami puan tu ada masalah ,Puan ok je…bijak dan tenang menghadapi segala masalah rumah tangga..suami puan tu Tak bersedia lagi utk kahwin dgn madu Dari segi kewangan Dan mental, sebab tu meroyan…

biarkan dia cari nafkah utk madu Dan dirinya. Perpisahan tu Dari Puan saja pertimbangkan , adakah dia bawa kebaikan atau sebaliknya dlm hidup Puan. Tpi klu utk bantu kelangsungan hidup dgn madu pun Dia minta Puan, nampaknya dia ada masalah tanggungjwb dgn keluarga.

Hidayah Safik, Dia mcam ni sebenarnya.. suami ni dia tak sedar bahawa dia tak mampu nk berpoligami tapi tetap nk ikut kemahuan dia akhirnya makan aty sendiri.. better hidup sendiri bukan ape kadang lebih baik untuk kita tak fikiran perkara yang bukan tanggungjawab kita contohnya dari segi kewangan nak pinjam2 tapi snyap lar last xsenyap mengunkit tu je.

Sy pon berasal dripada keluarga berpecah belah alhamdulillah wlaupon diuji macam2 sy okey cume pihak sana ad yg keluar belang .. bukan isteri tapi fahamilar .. sygi diri dahulu.

Nabila Sazali, Hidup ja sendiri .. alang2 sekaramg pun hidup sendiri.. kalaupun hati kering .. apa guna tunggu lagi, kalau poligami pun suami dah tak bagi nafkah, giliran confirm hancus.

L mertua pun ckp tak elok,suami pun dah ada isteri baru .. sis pun dah tak ada hati kat suami, anak2 pun dah selesa hidup mcm sekarang… Jadinya jalan terusssss.. tak perlu toleh belakang lagi.

Nor Hayati, Bagi salah, tak bagi pun kita juga yg salah. Dugaan , Allah sayang. Pergantungan hanya pada Allah. Dia tak tau kut, nafkah itu wajib , klu tidak bg , semua amalan tidak spi kat Allah, dok dawang2an , lastnya, Allah suh malaikat hempok kat muka dia, kalau isteri tidah redho.

Tu yg dia dok tidak tenang. Siannya kat dia.Pakat2 kita muhabah diri. Semoga semua urusan kau dpermudahkn dek. Ada la tu hikmahnya. Perancangan Allah yg terbaik.

Usop Mansor, Nampaknya ramai xbaca habis crita si isteri ni..tgk semua dari seblah pihak..hmm..yg komen semua perempuan..sy sebagai lelaki paham perasaan lelaki tu..dan dari pekerjaan lelaki tu..dia mampu..tp apa yg dia xmampu ialah tarik perhatian si isteri..

si isteri terlalu pentingkan kerjaya dia..dan byk maksud yg tersirat dalam crita isteri ni..yg mendedahkan sifatnya sampai laki dia jadi mcm tu..tp nampaknya..semua pembaca wanita dicni..hanya mampu menuding j4ri..tanpa tau punca sebenar yg berlaku..pahamlah sy kenapa.

Lina Rafi, Kalo akak xsayang dah kat suami tu akak pulangkan balik kat mak dia..dah xyah bermadu bagai..hidup akak dan anak2 pon lebih bahagia..tenang..kalo xpasti better akak refer lawyer or mahkamah syariah utk tny pendapat hal rumahtangga..

utk anak2 better akak wat wasiat of hibah siap2 utk protection anak2 dan ibu sekiranya masih ada utk masa depan sekiranya apa2 berlaku kat akak..takut org amik kesempatan hatta suami sendiri pon.

Tya Alias, puan sngt berharga bagai belian kilat kn lagi kilau itu , pasang badan molek berhias bagaikn anak dara comel2 , bior dia pandang seribu sesalan dlm hidup dia, orng xreti bersyukur,

jadi jngn di bela sngt biawakk nak hidup senang tngjwp ke laut pikir hati dn perasaaan dia jeee kalau sye dh selesa muke gini xpandng …. done kaki haasut