Ibu kerja cuci tandas. Balik kg, abg kerja gomen h1na rumah ibu bur0k dan k0tor

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Nama aku Karina. Umur aku 23 tahun. Aku lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajaari.

Masa aku study, ibu aku keje jaga tandas je kat satu kedai ibuan ni. Ibu aku dah tua tau. 60 lebih dah.

Masa ibu aku lahirkan aku, umur dia 40 lebih gitulah. Aku anak bongsu daripada 4 adik beradik dan jarak usia antara aku dan adik beradik yang lain amatlah jauh.

Aku dengan kakak atas aku pun beza 15 tahun. Kiranya ibu cakap aku ni by acciddent lah.

T4pi ibu cakap ni lah kebetulan yang paling membahagiakan. Sebabnya di usia senja ibu, ibu ada peneman. Aku lah tu. Ayah dah lama takde. Masa tu aku sekolah rendah lagi.

Masa aku study dulu, aku rasa kesian sangat dekat ibu aku. Sebabnya walaupun dah tua dia krbankan tulang empat kerat dia untuk aku supaya aku dapat belajar dengan selesa.

Ibu kerja kuli. Kadang2 bila balik bercuti aku tolong dia. Bila aku dekat kolej, aku selalu menangis rindukan dia, risaukan dia. Plus dia ada skit thyroid. Malam2 dia pasti tersedak.

Aku risau kalau dia terbatuk, takda sapa nak hulurkan air. Bila solat, aku doakan dia sampai menangis. Aku minta Allah panjangkan umur dia dan berikan dia kesihatan yang baik.

Abang-abang aku kerja kerajaan. Sorang navy, sorang airforce. Diorang jarang balik. Dua2 dah kawin. Kakak aku pulak suri rumahtangga. Aku faham diorang jauh, sibuk kerja. Plus komitmen kepada keluarga pulak kan dengan anak bini lagi. Tpi aku kekadang terasa jugak.

Bila balik, mesti komplen rumah ibu ni seibu, rumah ibu ni buruk lah, kotor lah.Kecik hati ibu dengar macam tu. Bila bercakap selalu yang pedas2. I feel her. Kerja keras untuk besarkan anak bongsu.

Sedangkan anak2 keje goverment, sembang kencang gaji ribu2. Kereta brand tempatan tak main lah. Tpi ibu? Ibu kerja jaga tandas. Habis je belajar aku terus balik kampung dan cari kerja dekat2 dengan rumah.

Alhamdulillah. Harini aku pergi mintak keje. Petang tu jugak dia call bagitau esok boleh masuk keje. Aku hepi gila masa tu. Aku terus pluk ibu walaupun dapat keje kedai hardware je. Hahaha.

Basic pun adalah dalam rm1200. Teringat masa dapat gaji pertama sebab baru kerja 10 hari je. Pastu hari gaji kan.

Aku pergi cek ada rm600. Aku seronok masa tu. Budak baru pegang duit. Masa tu umur 20. Hahaha. Bila teringat mengalir air mata. Sedih ada, seronok pun ada. Aku teringat opah kata. Kalau dapat gaji pertama, bagi dekat ibu sikit.

Aku siap beli angpau raya. Excited punya pasal. Aku bagi dekat ibu rm250. “Ibu, Karina dah dapat gaji ni. Ni Karina belanja ibu”. Aku taktau kenapa rasa nak nangis bila teringat benda ni. Ibu sebak sangat. Ibu tolak, ibu kata “simpanlah untuk Karina”. Aku tetap bagi jugak.

Aku kerja pagi sampai malam, cuti sehari seminggu. Bila hari cuti aku bawak ibu ronda naik motor, pergi pekan beli barang dapur. 3 bulan lepas aku kerja, aku pujuk ibu berhenti kerja. Aku nak dia rehat, tanam pokok kat rumah. She really loves planting.

Dia pun dah tua, aku pun dah habis belajar. Aku dah kerja. Ya, ibu berhenti kerja. Ibu berehat saja. Seperti seharusnya. Aku pun gembira di tempat kerja.

Kawan2 aku baik hati. Kekadang ada jugak selisih faham. Alah. Biasalah. Aku kerja rajin2 sebab target nak beli kereta. Aku ambil lesen.

Lepas tu lama jugak menyimpan, baru dapat beli kereta. Dalam 7 bulan kerja, aku beli kereta kancil. Aku nak tergelak sangat. Sebabnya masa dapat tu kereta dengan cat terkopak. Tinted takde. Dah macam akuarium. Aku perbaikilah sikit2 yang mana mampu. Kereta tu aku beli cash.

Yang penting ibu lah orang yang paling hepi. Sebabnya lama dah berangan nak ada kereta. Kadang2 cuaca hujan, bila naik motor basah kuyup kami berdua.

T4pi masih mampu gelak lagi. Jadi bila dah ada kereta panjanglah sikit langkah kami. For me, ibu lah bestfriend aku.

Aku takda kawan sangat pun. Ada jugak diorang ajak lepak lah apa. T4pi aku ni macam introvert. Tak reti nak sembang apa.

Nak buka isu apa. Cuma hai2 bye2 gitu jelah. Ada kawan masa kolej, ex roomates. Haa yang tu betul ngam sekepala. T4pi lama dah tak jumpa.Aku tak kisah orang nak kata aku takde life ke apa.

For me, inilah life aku. Even orang kata duduk dengan ibu tak pandai berdikari. Sewa rumah takyah bayar. Bil 4pi air ditanggung beres. Err. Suka2 je kan. Mandai je. Buat dosa kering cukup mau. Hello aku bayar ye bil 4pi air since bukan mahal pon.

Aku dan ibu saja. Tak kata orang luar, adik beradik sendiri pun mengata. Ibu tu manjakan sangat adik. Ahahaa. Kadang2 pedih rasa hati ni.

Dan kadang2 rasa nak je tanya diorang balik. Sapa manja? Aku ke kau? Kau rasa kasih akung abah sampai kau kahwin, kau ada anak.

Aku? Aku sekolah rendah abah dah takde.Kau pegi sekolah abah hantar abah ambil. Aku? Aku bawa motor sendiri. Hari aku SPM hujan. Aku bermotor tengah hujan. Aku jawab exam dengan menggigil sebab basah kuyup. Kau ambil lesen abah bayar.

Aku? Aku kerja, aku kumpul duit sendiri.Kau masuk kolej abah hantar abah ambil. Aku? Aku sendiri naik bas dengan bagasi selimut dan berbagai harta pusaka aku.

Kau kerja goverment pun pakai kabel. Yang interview tu kawan abah. Aku? Aku pegi mintak kerja sendiri. Aku kerja cari rezeki yang halal untuk ibu.Yee. Itu kata hati aku. Yang aku pendam sekian lama.

Tak mampu nak luahkan, telan jelah. Anak bongsu tak semestinya manja. Dan tak semua anak sulung tu berdikari. Jadi jangan perasan bagus sangat.

Duduk dengan ibu tak payah bayar sewa rumah. Yaa itu bonus. Tpi selebihnya aku cuma nak spend masa banyak2 dengan ibu.

Aku cuma nak pluk dia setiap malam.Nak solat subuh bersama setiap pagi. Nak main kucing kami hari2. Bila hari cuti bawak ibu berjalan. She loves shopping very much.

Kami tengok wayang bersama. Especially horror movies. Dia suka cite hantu. Aku terlalu sygkan ibu aku. Aku nak bahagiakan dia. Walaupun takdelah kaya tahap boleh travel 30 negara. Huhu.

Tp hidup aku bahagia. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tp tak taulah pulak lepas travel merata ni jadi riak takbur. Mkin sempit tengok otak.

Bahagia ni universal. Ada orang bahagia travel. Ada orang bahagia duit banyak. Ada orang bahagia ada rumah banyak boleh sewakan pada ramai orang.

Aku? Aku bahagia dengan ibu aku. Aku tau jasa dia melahirkan dan membesarkan aku takkan mampu aku balas. T4pi selagi dia hidup dan cergas ke sana sini ni,aku nak sangat berjalan dengan dia jauh2. Jadi takyah la kita compare2 life kita. Nak kecam2 sana sini.

Kalau betul bahagia, teruskan. Semoga kebahagiaan melimpah ruah. Kalau boleh aku pun nak jadi macam confessor 6 angka tu. Tpi maklumlah. Aku tak dapat kawal nafsu mkn dan membeli belah aku. Hahaa.

Aku kagum lah macam mana dia boleh sejimat itu. Aku ada jugak saving. Kot ada emergency ke kan. Sediakan payung sebelum hujan. Tpi taklah seekstrem beliau.

Abg dengan kakak aku? Diorang balik kampung jarang sekali. Time raya pun kadang tak balik. Bila balik je, diorang msti berbunyi ckp rumah ibu k0tor dan bur0k. Sambil menjebik mulut masing2. Ibu terdengar tet4pi hanya berdiam diri. Sayu aku tengok ibu time tu.

Tiba2 malam itu ibu bersuara pada aku. Ibu tidak terkilan anak2 cakap mcm tu. Asalkan mereka balik kampung, sedikit sebanyak dpt lepaskan rindu pada cucu. Dah tahu rumah ibu buruk dan kotor, pandai2 lah hulur duit ubah suai rumah.

Alhamdulillah, berkat doa ibu. 3 tahun dah aku kerja. Aku bertahan dengan pelbagai dugaan. Aku dinaikkan gaji dan pangkat. Aku renovate rumah ibu ni sikit2. Pasang tiles, cat baru supaya ibu selesa. Dan supaya abang2 aku tak kata rumah ibu ni buruk lagi.

Last but not least, aku doakan pembaca sekalian dimurahkan rezeki dan semoga anda doakan ibu aku diberikan kesihatan yang baik selalu.

Ingat ya. Life kita berbeza. Angan berani kata orang takde life. Tak travel, tak lepak dengan kawan. Bukan mkna takda life. T4pi life kami lebih kepada ibu ayah kami. Sekian wasalam.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Aina Hamid, Apa yg kita alami lebih kurang sama. Cuma ayah aku mngal masa aku lps spm tp sebelum tu dia skit tenat. Aku pun bongsu juga. Yg pasal naik motor tu, sama. Hampir semualah sama.

Aku doakan semoga ko diberi kecukupan selalu dan semoga ko dapat suami yg baik dan dia izinkan ko duduk sekali dgn mak dan jaga mak; mcm suami aku. berair juga mata ni bila baca confession ko. rasa mcm terluah segala dihati.

Isma Hamid, Ank yg baik.. Dn Satu rahmaati utk ibunya bila d kurniakn ank yg sebegini. Smoga Allah sentiasa merahmaati dn mmpermudahkn segala urusannya

Saminah Yaman, Alhamdulillah dik kalau kita bahagiakan mak hidup kita tambah berkat .doa ibu yg paling ampuh utk anak2.pedulikan apa org kata.semuga adik sentiasa d.rahmaati ilahi.

Sherry Ahmad, Anak yang baik.. Dn Satu rahmaati utk ibunya bila d kurniakn ank yang sebegini. Smoga Allah sentiasa merahmaati dn mmpermudahkn segala urusannya….semoga ank2saya ada yg mcm adik…Aamiin