Saat Ali k0rek smpah, Abu tgh mkn sisa mknan. Aku tgamam. Cpt2 aku pg kantin, mak cik kantin tempik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan tidak lupa juga admin . Aku Maya (bukan nama sebenar) dan berusia awal 30an. Aku pernah berkerja sebagai trainer di sebuah company di Selangor. Company aku ada 4 tingkat dan office aku terletak di bawah sekali. Ada small garden, surau dan kantin di tingkat bawah.

Aku dah bekerja hampir 4 tahun di situ. Aku sedia maklum company aku ada p0litik tempat kerja. Tapi aku masih bujang dan tiada komitmen tinggi jadi aku masih boleh survive ketika itu.

Manager aku baik orangnya. Nama dia Ray (bukan nama sebenar), berusia pertengahan 30an dan masih bujang.

In terms of kerja dengan Ray semua ok. Dia salah satu faktor aku mampu bertahan untuk bekerja.

Aku memang kenal dengan makcik makcik cleaner sebab kebetulan bilik rehat mereka berasa di belakang office aku. Selalu aku berborak borak dengan mereka dan makan sekali.

Ada satu staff nie aku namakan dia Nenek Melati. Nenek nie terpaksa bekerja untuk menjaga dua orang cucu dia.

Suami dia bekerja sebagai tukang paip di tempat lain. Anak menantu dia dah men1nggal dunia.

Cucu pertama Ali (8 tahun) dan cucu kedua Abu (7 tahun). Kedua dua cucunya bersekolah berdekatan dengan company.

Suami dia akan ambil cucu cucu lepas habis sekolah atau kadang kadang mereka akan berjalan kaki (dalam 30 minit).

Budak budak tuu akan tunggu sampai Nenek Melati habis kerja sambil lepak lepak di sekitar office.

Aku perasan kekadang mereka makan lunch nasi putih dengan sayur dan telur/ikan bilis. Lauk ayam/ikan sekali sekala baru ada.

Aku jadi cepat tersentuh sebab aku berasal dari keluarga miskin juga. Mak aku pernah buat macam macam kerja nak bagi aku dan adik beradik aku makan. Mak aku pernah jadi cleaner di rumah orang.

Bermula dari hari tuu, aku selalu beli makanan lebih sikit. Tempat aku selalu aku penuhkan dengan biskut ke roti atau gula gula.

Bila budak budak tu lalu, aku cepat cepat hulur. Nenek Melati dan budak budak tu memang segan dan selalu menolak tapi aku insist juga.

Kadang kadang aku saja bagi duit sikit kat budak budak tu.

Budak budak nie suka main dengan kucing kucing yang berkeliaran di luar office. Kadang kadang ada juga anjing yang tersesat. Selalu mereka bagi kucing atau anjing makan.

Tapi aku nak tekankan di sini yang haiwan haiwan tersebut tidak sesekali menggangu staff staff di sana. Bila hujan lebat, kucing kucing tu biasanya akan berteduh kejap.

Dengan kehadiran budak budak nie dan kucing, kurang sikit stress aku di tempat kerja. Ray pun tahu pasal situasi ini dan dia tak pernah cakap apa apa. Dia pun suka kucing dan siap buatkan alas untuk kucing berteduh.

Ada satu hari tu, company aku buat jamuan makan makan. Masa nie boss atasan dan CEO semua datang jadi aku agak busy sebab kena buat presentation.

Dalam puk0l 3 petang baru settle. Aku dah lapar teramat jadi aku ke kantin nak makan. Ada portion untuk aku.

Masa aku ambil makanan aku ternampak ada anak kucing mengiau ngiau. Aku panggil anak kucing tu tapi ia berlari ke arah belakang kantin. Aku pun ikut anak kucing tuu.

Alangkah terkejutnya aku bila aku nampak Ali tengah korek korek plastik sampah makanan.

Aku tanya dia buat apa kat sini. Dia tunduk je tak jawab. Aku tanya lagi mana adik, dia cakap dekat garden. Abu tengah makan nasi putih dengan sisa sisa ayam/ikan dari plastik sampah.

Ali beritahu aku yang Nenek Melati tak sihat ada kat rumah jadi mereka berjalan kaki datang sekolah ke sini nak tunggu Atuk habis kerja.

Nenek Melati cakap ada jamuan makan makan hari nie jadi nanti ambil sahaja makanan di kantin.

Tapi, makcik kantin tuu marah marah Ali berkeras tak nak bagi makanan. Dia cakap makanan nie hanya untuk staff sahaja.

Abu dah menangis sebab lapar jadi Ali ambil sahaja apa yang ada di plastik sampah tuu untuk makan.

Dia cakap ayam/ikan elok lagi tapi dibuang sayang.

Aku pujuk Abu cakap jangan makan sebab nanti s4kit perut. Aku pergi balik ke kantin cari makcik tuu.

Aku tanya elok elok tapi dia sound aku depan depan semua orang.

Dia cakap makanan untuk jamuan memang company dah tetapkan untuk staff yang hadir sahaja. Nie company bukan charity nak suka suka bagi makan. Budak budak nie memang selalu ambik makanan dekat sini siap bagi kucing sekali.

Technically, makcik kantin tuu memang follow rules jadi aku tidak boleh nak argue.

Aku tidak menagih simpati atau empati dari dia sebab aku sedia maklum orang macam dia memang jiwa m4ti hati hitam.

Aku pulangkan balik makanan aku dan bawa budak budak tu ke office aku. Aku order makanan melalui online.

Aku memang tak ada selera nak makan tapi budak budak tuu makan dengan lahapnya. Nampak sangat mereka kelaparan.

Bila nak balik, aku hulurkan duit kepada mereka.

Esoknya aku kena panggil dengan HR. Katanya ada orang mengadu pasal aku.

Antara aduan yang diberi, aku allow haiwan masuk office, allow third party (non staff) masuk office (yang dimaksudkan di sini ialah budak budak tu), aku suka curi tulang masa kerja dan ada beberapa lagi.

Aku terkedu kejap bila dengar HR aku list down kesalahan aku.

Rupanya dalam diam, ada staff staff lain yang dengki dan tak puas hati dengan aku. Jadi mereka menunggu masa yang sesuai dan gunakan peluang tersebut untuk kenakan aku.

Aku memang tak berkenan dengan majoriti staff di company aku atas dasar perangai hipokrit dan toksik mereka.

As a trainer, aku perlu pastikan semua staff are fully equip with current company knowledge.

Mereka juga perlu menguasai bahasa Inggeris sebab client kami ada mat salleh. Jadi aku selalu buat test. Aku memang buat penilaian jujur dan siapa siapa yang fail memang kena repeat test.

Ada yang cuba bodek atau rasuah simple2 sebab nak lepas tapi aku tak layan.

Jadi boleh bayangkan tak berapa ramai staff yang benci aku?

Aku tenang sahaja dan justify diri aku dengan HR. Memang aku akui company ada rules and regulations tapi takkan langsung tidak boleh bertimbang rasa dekat staff staff yang susah dan haiwan?

No matter how much aku argue, aku tetap kena warning letter.

Owner company aku memang kej4m. Mereka hanya memikirkan keuntungan company sahaja dan tidak peduli pada kebajikan staff.

Mereka bukan orang Islam jadi bila aku sebut pasal konsep rezeki semua aku kena sound balik.

HR aku cakap keep your faith and believe to yourself.

Masa nie Ray datang berjumpa dengan aku. Dia banyak memberikan sokongan kepada aku. Dia tanya apa plan aku selepas nie.

Aku jawab nak berhenti kerja. Sebab aku dah tahu memang aku kena target. Dari tahun lepas aku tak dinaikkan pangkat atas alasan remeh temeh.

Lepas dari insiden tersebut, memang aku kena target. Ada sahaja salah aku dipetik HR. Aku masih menjaga budak budak dan kucing kucing tuu.

Ray tolong aku dapatkan kerja di company lain. Aku kena go through series of interview dan akhirnya dapat kerja. Company baru aku so much better then company lama.

Bila nak resign, s0mbong sungguh HR tu perli perli aku. Dia cakap aku boleh left early sebab company dah ada pengganti. Habis madu sepah dibuang.

Nenek Melati pun terpaksa berhenti kerja sebab company ada bagi dia warning letter juga.

Ray tolong sekali arrange Nenek Melati kerja di company sama dengan aku.

Aku dan Ray sama sama berjumpa dengan pihak pihak yang berkenaan untuk memberikan bantuan kepada Nenek Melati dan budak budak tu.

Syukur kepada Allah SWT, banyak bantuan yang mereka dapat. Kucing kucing dekat company lama pun aku angkut sekali sebab takut terbiar nanti.

Ali dan Abu jaga mak kucing dengan 3 anak dia, yang lain aku bagi orang.

Aku dan Ray masih keep in touch walaupun berlainan company and guess what? Dia melamar aku hahaha.

Aku memang tak sangka dalam diam rupanya dia ada perasaan dekat aku.

Patutlah dia beria tolong aku dan suruh aku resign. Company lama aku ada rule suami isteri tidak boleh kerja sekali. Pandai dia take advantage hahaha.

Aku macam nak marah tapi nak gelak pun ada. Halus jea cara dia.

Kami sama sama suka kucing jadi aku rasa itu yang menarik kami untuk dekat dengan satu sama lain tanpa sedar.

Aku cakap aku kesian kat dia so aku terima lamaran dia hahaha. Kami dah berkahwin hampir 6 tahun dan ada 2 buah hati.

Ray dinaikkan pangkat dan bekerja di company lain. Company lama aku gulung tikar disebabkan tempias C0V1D.

Owner company lama aku memang sekarang serabut dengan hutang. HR aku pernah try apply kerja dekat company Ray tapi kena reject lollll.

Nenek Melati dan budak budak tu masih berhubungan dengan kami. Kucing kucing tuu dah beranak pinak dan meluaskan empayar mereka. All of them are part of my family now.

Di company baru aku nie pun aku masih lepak dengan makcik makcik cleaner. Ramai lagi staff yang susah susah jadi aku tolong setakat yang mampu.

Aku memang pantang tengok orang kelaparan.

Aku sediakan tempat dekat office aku di mana aku simpan stok stok makanan. Aku halalkan kepada siapa siapa untuk makan. Biskut, roti, Maggi dan macam macam.

Aku meminta semua pembaca di sini jika ada yang berkemampuan tolonglah membantu sesama kita.

Kalau company buat makan makan, tolonglah jangan membazir.

Kalau ada lebih, beri kepada staff yang tidak berkemampuan.

Sambil sambil tu, bagilah sikit makanan dekat kucing kucing ke atau mana mana haiwan yang mendekati anda.

Aku percaya dengan secebis kebaikan yang kita buat akan dibalas dengan segunung kebaikan oleh Allah SWT. Aamiin.