Dari form 4, aku wat part time kat kilang bahulu. Aku kuat melencong. Abis pinggang makcik2 aku cuc0k

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini aku nak cerita pengalaman aku bekerja di kilang bahulu dekat kampung aku. Dulu dulu lepas balik sekolah masa form 4, form 5 aku buat part time.

Masuk pkul 3 petang sampai pkul 6 petang. Dapatlah kumpul seminggu beberapa puluh ringgit. Hujung minggu naik bas loceng gi pekan dengan member, hahaha.

Rutin pertama sampai tu aku akan pakai apron lepas tu menyapu sekeliling kawasan pembungkusan bahulu dekat belakang dan juga ruang jualan dekat depan.

Kemudian duduk dekat meja panjang ramai ramai start packing bahulu. Ada dua jenis bahulu, satu bahulu ikan satu bahulu cermai.

Masukkan dalam plastik, susun sebaris sebaris kemudian lipat hujung plastik supaya tak masuk angin dan tak berterabur susunan bahulu tu dan laapis laapiskan dalam bakul sampai penuh.

Dah penuh kita tolak ke kawasan sealing untuk seal hujung plastik kemas kemas.

Selesai seal, susunkan plastik plastik tadi dalam kotak mengikut tempahan customer.

Kat kilang tu biasanya ada tempahan kenduri kahwin, tempahan pemborong pasar tani, pemborong kedai dan pasaraya, dan juga untuk jualan langsung dekat kilang.

Kotak kotak tu akan dilabel dan ditanda tarikh penghasilan dan tarikh expired.

Kalau aku kerja hujung minggu seronok sebab aku suka masuk kitchen kacau makcik makcik buat bahulu. Kadang tu depa ajar aku cara sudukan adunan bahulu ke dalam acuan.

Pagi biasanya akan sediakan telur 30 biji satu adunan.

Basuh telur bersih bersih dan susun dalam bakul. Banyak berbesen besen kitorang pecahkan telur dan susun dekat meja. Lepas tu timbang tepung dan gula. Kemudian baru start membancuh adunan bahulu.

Aku suka duduk dekat bahagian kitchen ni sebab banyak sangat dapat belajar dengan makcik makcik ni.

Disebabkan aku selalu melencong ke bahagian kitchen, bos pun bagi kepercayaan pada aku untuk membuat kuih bangkit pada setiap hari sabtu. Bangkit kami warna putih, pink dan hijau.

Partner aku ada sorang budak ni nama angah. Dia muda setahun dari aku dan samalah anak orang susah macam aku. Dia pun sepesen suka gi melencong dekat area makcik makcik ni hehehe.

Memula tu cikyah ajar kitorang cara membancuh bangkit. 2 kali ajar kitorang dah handle sendiri lepas tu. Dari timbang bahan bahan, bancuh, terap ke dalam loyang besar, jemur kuih dan memb4kar dalam oven besar.

Lepas siap tu kemas semua peralatan, basuh, dan simpan di bilik simpanan loyang. Lepas tu pack kuih bangkit mengikut kuantiti dia dalam plastik.

Sama lah macam proses packing bahulu tadi seal, label apa semua.

Selain tu aku ada belajar cara buat kuih gunting perisa udang perisa bilis, kuih tiram, buat rempeyek kacang dan kuih ros goyang, menggoreng kerepek melinjau.

Yang ni dekat department lain pulak. Tapi still lah makcik makcik punya kawasan. Anak anak dara memang dekat sini di bahagian packing dan jualan je.

Tpi aku dengan angah ni kan pesen kuat melencong dalam kilang haha.

So, kalau ada makcik yang mc masa kitorang kerja automaatik bos suruh kitorang gi ganti dekat belakang hahaha. On aje.

Riang gembira wei kalau bos suruh tu. Hahaha sebab dekat belakang bos tak round mana kan orang tua ramai. Kat depan ni bos tunggu sebab bebudak kan.

Lagi satu pengalaman berharga yang aku dapat ialah membuat jem nenas untuk bahulu gulung.

Mula mula tu aku kacau cik Bastiah je masa dia kupas nenas. Lama lama aku yang buat benda alah tu. So cik Bastiah dapatlah setelkan kuih ros dia cepat haritu.

Jem nenas ni kita kupas semua nenas dulu. Dalam 2 guni nenas lah untuk satu kawah tu. Siap kupas nenas kita kena parut buah nenas tu guna mesin kelapa.

Aku biasa dah guna mesin kelapa dekat rumah sebab kalau aku tak tolong mesin kelapa time mak aku nak masak nanti dia memetir hahahhaha.

Cucuk kayu khas dekat bahagian empulur nenas tu. Nenas tu dibiarkan dalam bentuk asal cuma buang kulit je. Lepas tu mesin lah sekeliling nenas sampai ke pangkalnya.

Dah tinggal sikit tu kena hati hati sikit takut termesin kayu tu pulak kang terpelanting kena muka kan bahaaya.

Pakai sarung tangan 2 laapis wei. Kadang time aku buat tu bos berdiri dekat tepi bebel bebel. Ko hati hati ye. Buat kerja jangan gopoh gopoh ye.

Haa gitulah dia pesan. Siap mesen semua kita pun masukkanlah semua parutan nenas tadi ke dalam kawah besar. Masukkan gula ikut sukatan dan beberapa bahan lain.

Pastu hidupkan 4pi sederhana. Kejap kejap kaup balik nenas tadi supaya tak hangit dekat bawah. Tunggulah situ sampai siap.

Sambil sambil tu gi basuh lah peralatan lain yang kotor. Sapu sapu kawasan keliling sikit, kadang gi merewang keliling hahahha pastu gi cucuk pinggang Lek Pon (makcik jawa) kadang pinggang cikyah lepas tu kena lah senduk dorang hahahha.

Seronok duduk dengan orang tua ni nanti dorang selalu doakan kita macam macam. Salah satu doa yang aku ingat Lek Mun kata,

“Lek doakan engko nanti dah beso kawin dengan orang kaya. Nanti ko tak susah dah kena kerja kerja macam ni. Kerja macam Lek ni dah tua tua”.

Hehe kita budak kan masa tu duk sengih lah bila orang sebut pasal kawin. Gatal hahaha. Aamiin Lek.

Terima kasih, makbul doa Lek. Sayang Lek hehe. Lepas gitu kena cubit aku hahahha.

Kilang ni banyak memberi peluang pekerjaan kepada para ibu di sekitar tu.

Ada ibu tunggal, ada warga emas dan ada juga pelajar praktikal bahagian berkaitan daripada politeknik, ILP, uitm, kolej komuniti dan seangkatan dengannya. Ada macam macam produk yang dihasilkan oleh peniaga IKS juga.

Kilang ni antara one stop centre yang bantu memasarkan produk pegusaha kecil kecilan. Ada pelbagai pilihan kerepek yang orang hantar.

Ada juga produk sos cili buatan penduduk tempatan, kuih muih tradisional seperti kuih sepit, kuih cakar ayam, ada dodol dan lain lain.

Favourite aku antara banyak ni adalah kerepek tempe dan kerepek melinjau. Emmm sedappp. Kalau terkena turn aku packing benda alah ni satu masuk plastik, satu masuk mulut hahaha.

Jangan risau bos baik dia kata makanlah ko nak makan taapi jangan habiskan kerepek aku hahaha savage lah bos.

Kita timbang ikut berat dia lepas tu seal. Masuk kotak dan label. Ada juga orang beli dalam guni bundle kerepek kerepek ni sebab nak buat untuk jual ataupun nak buat kenduri.

Jadi kalau kita pack kena lah cermat, tak boleh kasar campak campak barang. Kang pecah kerepek tu.

Seal pun ada cara untuk pastikan gelembung berudara plastik tu. So plastik tak mampat antara satu sama lain bila disimpan dalam kotak.

Kalau kena jaga ruang jualan awal pagi tu stanby kain untuk lap rak demi rak. Tepek harga tepek expired date. Kira balance dalam kotak di store simpanan tu.

Lepas tu susun susun susun barang. Aku memang suka bahagian susun menyusun ni. Bila rak penuh kan macam satu kepuasan aku rasa.

Kedai nampak meriah dengan barang. Pengunjung nak membeli pun jadi rambang mata nak ambil beli semua. Aku rasa lah gitu kot perasaan dorang sebab aku pun gitu juga tak boleh nampak barang banyak geram nak beli semua hahahha.

Time cuti sekolah bulan 11 dan 12 aku masuk full dekat situ. Banyak sikit dapat boleh buat beli keperluan sekolah tahun depan.

Ada masa masa layan customer membeli. Ada masa duduk dekat belakang. Ada masa pergi tolong abang Kuda kemas stor hahhaa.

Sebab dia ejek aku mata macam ayam. Aku panggil dia kuda. Sebab hidung ko macam kuda hahaha. Dia ni driver lori kecik dekat kilang.

Ada lagi sorang akak ni umur dia lewat 30 an taapi dia jenis masuk air. Aku panggil dia kakak kuda hahaha sebab selalu je menyakat aku sama je macam abang kuda tadi.

Kilang ni selalu dapat lawatan dari budak sekolah, lawatan koperasi, lawatan fama, geng geng cik kiah ke kelana jaya hihihi dan seangkatannya lah.

Jadi yang muda muda dan berkeyakinan cam aku dan angah ni, cewahh, selalu lah on floor dekat ruang jualan dan bahagian belakang untuk beri penerangan kepada pengunjung.

Jangan risau, bos kami pintar, dia siapkan teks dah kita tinggal deliver je.

Aku rasa macam present depan class time bawa pengunjung melawat kawasan dalam kilang. Syukur benda gini banyak develop confident level dan soft skill aku. Sangat berguna semasa alam universiti dan alam pekerjaan.

Dah dekat lebih kurang 16 tahun berlalu, aku pun dah merantau bekerja di negeri orang. Kalau balik cuti ada gak gi melawat kilang tu. Gi beli ole ole untuk bawak balik dekat kawan kawan.

Kilang pun dah semakin maju, semakin besar. Dah jadi wisma pun sekarang. Ada lah dua tiga orang je lagi makcik yang masih setia bersama kilang tu. Ada juga makcik yang dah dijemput Illahi.

Rindu tempat tu. Tempat yang banyak mendidik dan menjadikan diri aku, aku yang sekarang.

Ok, insyaAllah ada kelapangan nanti aku cerita pengalaman lain aku bekerja dekat kantin sekolah cina, jadi jaga, dan barista. Assalam.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Mokde Nab, I can imagine.awak ni mesti seorg yg ramah,mudah disenangi oleh org2 yg lebih berusia.dlm masa usik mengusik sakat menyakat mesti byk nasihat n pesanan makcik2 tu kt awak,kan?

Sebenarnya seronok berkawan dan ada dlm circle makcik2 ni.nasihat diaorg memang berguna.pastu dpt ilmu byk dr pengalaman diaorg.keep it up,rajin usaha mesti berjaya.

Mira Hashim, Best sngt baca..rupanya dh 16thun brlalu..sya mnngis..tahniah ntuk tt..sya yg ibu muda suri rumah ni terinspirasi..nikmaati masa² skrng ntuk dikenang akn dtng…bnykkn brsyukur dri merungut..penat skit tkpa..semua ni ladang pahala.. Alhamdulillah

Ema Heri, Nanti nak didik anak juga habis SPM sementara tggu result, kerja kat pam minyak ke, fast food ke. Belajar utk bertanggungjawab, bergaul, timba pengalaman.

Ain Ismail, Alhamdulillah bersyukur selalu kepada Allah kerana memberikan keupayaan kesihatan kerajinan kepada adik. Sifat mulia membantu ibu bapa juga
Makcik suka baca.

Mya Azizan, Fresh skit baca cerita mcm ni. Anak muda waktu dlh sgt hormatkan org tua, baik ckp lepas baik la yg btol2 baik. Sbb kita tau org tua ckp mesti selit pengalaman. Smbung la tt. Skg kau kje ape. Dpt laki kaye tak.

Liyana Talib, Bestnya baca pengalaman org bekrja. Saya harap TT dapat selitkan pada post masa akan datang, kilang kerja ni terletak di mana.

Nur Reen, Selera sy membuak dan mencanak. Tlg bagitau apa nama kedai dia kt shopee atau mcm mna nk beli online? Sy dh kempunan ni tak kesian ke kat saya klo mlm ni sy tkleh tidur sebab memikirkan kerepek2 gunting, bahulu, kuih tiram dan kuih baakar awak cerit tuuu….iskkkk

Liza Omar, Terharu baca cerita kau dik. Rajin carik duit masa susah time sekolah dulu.. Tahniah dik. Tp yg akk lg respek kat kilang kau keje ni selain dari bnyk bantu org susah nak keje, telur nak buat bahulu tu dibasuh bersih dulu.. Kdg tu tepikir je org kedai atau kilang basuh telur ke tak.

Hamid mansur, Suka dengan manusia positif mcm ni. Jenis bersyukur dan tak banyak komplen. Anak remaja bila menghormaati org tua akan selalu didoakan.