Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dulu masa aku masa Form 5. Waktu tu student lelaki kena keluar makmal, tolong angkat meja ke apa entah masa tu. Jadi, kami student perempuan saja ada dalam makmal. Cikgu aku cakap, ‘anak anak, ingat ye bila kita kurang cantik, kita kena usaha 3 kali ganda dari perempuan yang cantik sebab orang takkan pandang kita.
Kita kena jadi cerdik, berani, pandai bercakap baru orang pandang. Belajar rajin rajin ye sebab perempuan cantik, dia bdoh pun takpe sebab ada saja yang suka’.
Lebih kurang begitulah ayat cikgu aku. Masa tu aku dengan kawan sekelas cuma gelak jelah. Yelah umur 17 tahun apa la yang aku dapat hadam dengan ayat cikgu tu.
Fast forward, aku masuk matrik setahun. Lepastu sambung degree 4 tahun di sebuah U kawasan bandar. Cerita bermula masa aku apply untuk latihan industri (LI).
Fakulti aku tak benarkan apply banyak tempat sekaligus, kena hantar satu saja. Kalau kena reject, baru apply tempat lain. Aku kena reject dengan alasan, tempat tu terima 2 students saja dari U yang sama.
Masa makin suntuk, aku apply jela satu tempat ni, sebelah dengan negeri U aku ni. Masa ni tak fikir dah bab jauh ke apa sebab terdesak.
Alhamdulillah dapat tempat. Puas fikir macam mana nak pergi LI situ sebab jarak masa 1 jam juga. Nak drive, kena pinjam kereta kakak.
Dah la tak biasa drive jauh.
Aku decide untuk sewa bilik saja. Aku pun Google la area rumah yang dekat dengan tempat LI. Yang aku boleh jalan kaki atau naik bas.
Aku masuk saja group FB penduduk situ. Aku post mencari bilik sewa untuk 6 bulan saja sebab LI. Aku tawakal saja masa ni harap ada la yang sudi.
Beberapa jam lepastu, dapat la satu PM dekat inbox. DP perempuan, cantik bergaya. Bagitau yang kalau berminat, boleh sewa bilik kat rumah dia sebab housemate dia baru keluar.
Aku pun tak fikir panjang, weekends ajak kakak aku survey dan dipendekkan cerita, duduk la aku dekat rumah tu.
Housemate aku nama Ana (bukan nama sebenar). Cantik, putih semula jadi, tak rendah sangat tak tinggi sangat. Rambut karat sikit, dia tak mekap pun memang skin dia lawa.
Aku rasa macam ala ala Hana Delisha ada, macam Nelydia ada. Ish memang cantik lah. Terpegun aku sebab aku ni biasa saja, muka pun ada parut jerawat, mekap pun tau guna lipstick saja. Haha.
Syarat dia yang pertama sebelum masuk rumah ialah MIND YOUR OWN BUSINESS. Aku ni pulak memang bukan jenis suka tanya hal orang, so aku tak peduli la sebab aku tengok Ana ok saja cuma kadang kadang dia agak s3ksi bila nak keluar.
Ana ni wangi saja memanjang, handbag pun nampak mahal, barang dalam rumah pun minimalist saja. Aku tertanya jugak Ana ni kerja model ke, pramugari ke sebab cantik sentiasa.
Aku dengan Ana biasa biasa saja. Ada masa berbual kosong, ada masa selisih tapi senyum saja. Aku pun busy dengan LI aku. Sabtu aku half day so Ahad jela masa yang ada untuk rehat.
Masuk bulan kedua, baru Ana ni banyak mulut. Maybe sebab dia tengok aku jenis tak peduli hal dia.
Ada satu malam tu, Ana mintak tolong aku belikan nasi sebab dia balik lewat, dia takut kedai tutup. Start sini aku rapat la sikit dengan Ana masa aku teman dia makan.
Ana rupanya freelance model, gadis litar, promoter barang yang kena pakai s3ksi tu (tak tau la istilah ni betul ke tak).
Yang kita nampak kalau ada iklan kereta baru keluar, ada perempuan s3ksi duk tepi kereta, ha tu la kerja Ana.
Aku masa tu macam terkejut jugak, yelah aku ni mana ada circle kawan dari kerjaya ni. Ana rupanya muda setahun dari aku, stop separuh jalan masa diploma sebab kawan dia ajak join kerjaya ni.
Ana mula buka cerita dia rimas dengan lelaki lelaki mi4ng yang asyik nak mesej dia, call dia, belanja dia makan, belikan macam macam.
Melopong kejap aku sebab aku ni mana la ada pakwe ke apa, nak cakap dengan classmate lelaki pun hal study saja.
Ana tanya aku ingat tak dia pernah buang 3 kotak pizza? Ana cakap ada lelaki yang bagi dia masa dia dah habis waktu kerja. Ana amik tapi buang sebab takut nak makan.
Ana cerita dia paling meluat kalau suami orang mengorat dia. DM dia tak henti dekat FB padahal profile gambar dengan anak bini.
Pernah sekali dia tak tenteram berbulan bila dapat tau ada suami isteri bercerrai sebab kantoi si suami amik gambar dengan Ana masa event kereta.
Suami orang tu berdiri rapat sangat sebelah Ana, minta kawan dia amik gambar. Ana pulak masa tu pakai baju nampak pusat dan skirt pendek.
Ana cakap dia tak dapat tolak sebab masa tu dia dah setuju dengan syarat penganjur, tak boleh tolak kalau customer nak bergambar. Suami orang ni cari FB Ana kot dan jumpa.
Wife jumpa chat suami dia dan wife tu sendiri tanya Ana – betul ke suami dia yang mulakan chat dulu.
Tak lama lepastu, wife tu sendiri bagitau Ana dia dah berpisah sebab tak dapat terima apa yang ex dia buat.
Lepas habis waktu kerja, ada saja lelaki yang akan tunggu Ana untuk jumpa. Bagi perfume, coklat, jam. Ada yang nak bagi Iphone, cincin. Ehh macam macam la.
Ana pernah bagi aku 3 botol perfume dalam kotak lagi. Bau wangi, bau mahal ye sampai aku takut nak pegang. Ana cakap ni ada yang bagi hadiah tapi Ana cakap dia dah ada koleksi tu.
Aku pun Google la perfume tu. Marc Jacob, La vie Este Belle (taktau la betul ke ejaan ni). Aku ni dapat pakai BBW beli masa promo pun dah rasa wangi sangat dah. Haha.
Aku pernah tanya Ana dia ada pakwe ke, Ana cakap takde tapi dia ramai kawan rapat lelaki.
Kawan lelaki dia ni maksudnya yang bukan jenis mi4ng, tapi memang teman untuk masuk club, makan makan. Sama social macam Ana.
Kalau Ana upload gambar makan berdua dengan kawan lelaki dia sambil paut pinggang, ada saja lelaki akan DM tanya, “tu pakwe ke? Kalau ada problem dengan pakwe, saya free saja untuk awak.”
Dan zassss… Terus terimbau ayat cikgu aku. Ya betullah, perempuan cantik memang bertuah. Ada yang belikan hadiah, makanan, telefon.
Berbanding yang kurang cantik macam aku, takde siapa nak bagi free. Haha. Kena la kerja lebih kalau nak beli barang mahal. Perempuan cantik upload gambar dengan pakwe pun, dah ada yang tunggu kalau pvtus.
Ada satu hari tu, tengah lepak tengok tv, Ana cakap dekat aku, ‘nak tengok tak perangai jantan bajet alim’.
Tak sempat aku jawab, Ana tunjuk dekat aku inbox dia dapat dari seorang lelaki. Sangat lcah ayat jantan tu tak sanggup nak taip.
Lepastu Ana klik profile FB dia, wahh islamik sungguh kat wall sendiri. Siap ada pesanan pasal aurat, segala bagai.
Ana memang anti betul jantan macam ni sebab Ana cakap alim depan orang saja, belakang orang asyik cakap pasal ****.
Ana jugak rajin stalk lelaki mi4ng yang komen dekat FB dia, lepastu tengok wall lelaki tu. Kalau yang letak gambar DP ‘I am Mslim, Palestin, kalimah islamik’ tapi melcah kat gambar dia memang dia kutuk saja depan aku. Aku macam biasa la, taktau nak respon apa dengarkan saja.
Ana jugak buat aku tau ada benda yang memang aku tak pernah tau macam Ana cerita dia pergi festival muzik tranze la, cerita dia clubbing la.
Tapi Ana tak pernah ajak aku, dia memang dengan geng dia saja bab gini. Aku ni ibarat kawan sesat dia hehe.
Pernah sekali, aku masuk KFC dengan Ana. Kami bungkus saja. Balik rumah, bila bukak plastik tu ada terselit satu kertas kecik bertulis ‘Hai awak yang baju biru, boleh ke nak kenal? Ni no saya….’ Dan tentu la yang baju biru tu Ana bukan aku haha.
Cukup 6 bulan, tamat LI aku. Ana ajak aku keluar makan dekat restoran yang agak mewah, nak belanja katanya sebelum aku pindah.
Waktu jalan dengan Ana, self esteem aku menjunam sebab Ana sangat cantik. Jalan sebelah aku dah macam aku ni jadi bayang bayang saja hahahaha.
Walaupun Ana agak kebaratan, ada angin dia kejap tegur kejap tak, tapi Ana baik orangnya. Ada waktu dia mencarut tu, aku urut jugak la dada ni nak tegur tak berani.
Waktu aku nampak dia pakai baju nampak pusat, tayang peha nak keluar kerja, aku cuma mampu doa moga dibuka pintu hati Ana. Aku tak mampu nak tegur depan depan, cuma doa saja dalam hati.
Ana hantar aku sampai ke kereta masa last day dan itulah kali terakhir kami jumpa. Lepastu ada la mesej sekejap dan terus sunyi sampai sekarang.
Aku stalk Ana di media social saja, dia masih macam 4 tahun lepas. Latest aku nampak Ana promote v4pe pulak. Aku harap Ana akan berubah satu hari nanti.
Pertemuan dengan Ana ni macam satu benda yang bukak mata aku bahawa ‘Beauty Privilege’ ni memang wujud. Patutlah aku pernah nampak quote.
‘If you are vgly, then you are vgly, full stop. Don’t talk about inner beauty because people will choose.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Siti Nisa, Hr kalau ko bagi dekat manusia yang tak profesional memang ada pesen beauty privilege. Pernah melepak makan kuaci dekat hr department nampak pakcik2 dok asing resume ikut muka comel. Baru sedap mata memandang pastuh baru tengok experience. Jawatan engineer kilang.
Aina Nizam, 20 tahun lalu.. pensyarah psikologi kat universiti saya pun pernah ckp bahawa di masa hadapan.. orang akan pilih pekerja berdasarkan kecantikan… alhamdulillah setelah 20 tahun perkara tu tak berlaku…
masih ada majikan pilih pekerja berdasarkan kriteria2 yang telah ditetapkan.. tapi tak dinafikan itu antara plus point jadi cantik.. org mudah tertawan dan suka.
Shahini Liza, Betulla tu. Cikgu Sekadar nak bg tahu hakikat je. Aku rasa betulla wujud beauty privilege. Tp Jgn kite dengki pulak, pd yg package ni. Rezeki masing masing, sbb sepanjang hidup, ni xdela semua layan kite terok.
Byk Dan ramai yg layan Baik juge. Tengok Perangai kite juge, Klu da buruk, Perangai Kene elok, ht mesti Baik Jgn busuk Ngan org. In sha Allah Selamat.
Aty Anuar, Thats y ada movement utk equality. Bukan takat elgibiti je tp utk oku, obese, skinny, yg ada peny4kit dll.. byk company international mmg adhere pada bnda cmni.
Company asian or local je wallahualam.. sbb byk asian/lokal masih minda patriarki. Klo dominate by men, of course nk pekerja perempuan buat kerja perempuan n choose by their looks sbb preference dorg.
Malik Mikael, mana perempuan tak bersangka baik dengan Allah swt…Allah swt sudah sediakan tempat dan jodoh terbaik utk kamu di syurga nanti…mana wanita yg tiada jodoh di dunia ni..di syurga nanti..dia boleh mintak kat Allah SWT utk ada suami lebih dari satu..kelebihan ni tiada pada wanita yg ada jodoh di dunia ini.. waulahhualam.
Nur Hazlina, Aku hit4m comot masa kecik, anak org susah. Dkt sek rendah kalau aku x pandai cikgu mesti tak pandang sbb ada kwn putih mulus mmg mudah je cikgu beri jawatan dan mngsa gangguan cikgu ped0.
Masuk Sek Men, ada budak g1la panggil aku hit4m pesan kawan dia bgtau suruh aku kapurkan muka bagi muka putih sikit. Sungguh aku terguris, tak sangka engkau lagi hitam dengki dgn aku hitam juga kenapa. Since then, setiap hari aku ckp depan cermin, muka kau sebenarnya cantik cuma kena serlahkan.
Nk confident dan rasa cantik, setiap hari pergi sek pakai gincu nipis2 bagi pink2 sikit. Gincu mesti dlm poket baju. Kulit tetap gelap lagi2 musim berlatih sukan tapi ada aku kisah sbb aku tahu aku lebih cantik dari korang sbb hari2 pakai gincu korang pun x tahu haha….
Aku budak pandai dan terkenal atas usaha keras dan persekitaran kawan sebaya. Aku belajar bhw cantik dan bijak mesti seiring baru full package. Gincu bibir semakin merah bila jejak ke univ dan belajar jaga skin muka dgn produk farmasi. X pakai produk luar farmasi takut kulit rosak.
Tak tahu la selama ni org tengok aku cantik ke tak, yg penting ‘perasan cantik’ telah membawa aku terbang tinggi termasuk bila cer4i je terus kena sambar, Haha. Yg aku pasti, nak cantik kena usaha sikit mcm belajar pakai bedak yang betul texture dan warna. Senyuman juga satu sinar kecantikan. Korang yg muda lagi, Kalau kecantikan kau luar biasa, boleh la try Symsul Yus0f. Eh ke situ pulak.
Ira Khuzi, Mcm skrg pun da ada contoh muka xhensem/xcantik walaupun berbakat mcm mana orang xpandang pun , tpi kalau cantik/hensem kau bagi kucing makan pun da beribu riban view kat mana2…..
xda bakat pun orang sanjung, kalau yang seberapa ni….jgn kata netizen, orang amik berlakon pun pandang atas bawah jer paling tidak tanya follower skrg berapa?? Kalau 1.45k dorg amik la, kalau idak mmg xda