“Wawa ni, orang nak tido pun tak tenang” – Aeril Zafrel

Sejak kebelakangan ini, pasti ramai yang mengakui bahawa mereka berasa amat bosan dan seakan terkurung disebabkan oleh beberapa kekangan yang telah diarahkan oleh pihak berkuasa untuk kekal berada di rumah. Walaupun begitu, langkah yang telah dilaksanakan ini sebenarnya bukan untuk mengekang orang ramai daripada keluar tetapi dilaksanakan untuk membawa kebaikan kepada semua. Bukan sahaja orang biasa, para selebriti tempatan juga tidak terlepas dari melakukan perkara yang sama seperti orang ramai. Maka para netizen akan sentiasa mengikuti kegiatan harian para artis ini ketika berada di rumah.

Suhairil bin Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel ini sudah terkenal dengan sifat humoris yang ada pada dirinya. Setiap apa yang dikongsikan di media sosial miliknya pasti sentiasa mendapat perhatian para netizen dan peminat sendiri kerana sering menghiburkan orang ramai. Sebelum ini, dia sering memuatnaik video Tiktok bersama anak perempuannya yang bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai untuk lihat lebih lagi video dari mereka berdua.

Walaupun pada dahulunya, Aeril sering mendapat kritikan dari para netizen tentang bakatnya itu dalam bidang lakonan tetapi dia tidak mudah berputus asa dan terus mengasah lagi bakatnya agar menjadi pelakon yang hebat. Kini dia sudah membuktikan bahawa dia juga boleh menjadi pelakon hebat seperti yang diharapkan oleh orang ramai dan mempunyai sejumlah peminat yang cukup besar.

Akibat kebosanan yang melanda dirinya daripada kekangan untuk bekerja dan terpaksa duduk di rumah, dia telah memuatnaik satu video baru yang cukup menghiburkan di laman Instagramnya. Video tersebut mengatakan bahawa Wawa Zainal iaitu isterinya cuba untuk mengacaunya daripada terus tidur. Dia juga memarahi Wawa kerana berbuat sedemikian, walhal ianya hanyalah satu gurauan apabila sebenarnya dia hanya menggunakan kaki ketika merakamkan video tersebut. Perkara tersebut telah diketahui oleh para netizen setelah melihat pantulan dari cermin di belakang.

View this post on Instagram

Wawa ni. Org nak tido pun tak tenang .. Hmmmm entahla…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Kalau dilihat sekali imbas, pasti mereka yang menontonnya akan percaya bahawa perkara tersebut adalah benar seperti yang dikatakan oleh Aeril bahawa dia dikacau oleh Wawa. Lucu dengan tindakan tersebut, para netizen, rakan artis dan Wawa sendiri juga tidak ketinggalan untuk mngalkan komen di video tersebut.

“Ni lah orang panggil kaki selfie” – Hairul Azreen

Bosan punya pasal, apa pun boleh jadi kan Aeril ni. Tak pasal-pasal Wawa Zainal pula kena tuduh kacau suaminya itu untuk tidur. Walaupun begitu, boleh juga lah video Aeril ni menghiburkan mereka yang sama-sama bosan di rumah tu untuk ketawa.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*