“Untung ada abang askar esc0rt hantar balik rumah” – Netizen

Era 2020-an ni, siapa je yang tak terlepas dari meminati artis dari negara Korea. Lebih-lebih lagi buat para wanita di Malaysia ini remaja khususnya yang amat meminati dan menjadikan artis Korea sebagai idola mereka sendiri. Apa tidaknya, dari segi rupa paras dan tubuh badan rata-rata artis K-Pop ini dikatakan hampir memiliki kesempurnaan yang alami. Mudah lah buat mereka yang sering mengikuti perjalanan dunia hiburan Korea ini “jatuh cinta” dengan melihat perwatakan artis-artis ini.

Tapi lain pula ceritanya dengan pelakon dan model cantik Rita Rudaini ini. Dia telah memuatnaik satu gambar baru di laman Instagramnya bersama dengan seorang lelaki Korea. Ramai di antara mereka yang melihat gambar tersebut tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang dikatakan menumpangkan Rita untuk pulang ke rumah. Walau sudah hampir 7 tahun Rita bergelar ibu tunggal, mungkinkah jejaka Korea ini yang menjadi pilihan hati dan pengganti ayah buat kedua anak lelakinya itu?

Gmpar dahulu dengan keruntuhan rumah tangga pelakon cantik ini bersama dengan pemain bola sepak negara Mohd Aidil Zafuan. Setelah hampir 6 tahun membina bahtera dan mendapat dua orang hero kacak yang bernama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Nama kedua anak lelakinya itu juga merupakan gabungan nama di antara Aidil dan Rita sendiri dan menghasilkan nama pertama Airit kepada anak-anak mereka. Rita Rudaini juga menerbitkan sebuah buku yang mengisahkan perih jerit kehidupan dirinya dalam sebuah buku yang bertajuk “Kerana Aku Seorang Perempuan”.

Walaupun begitu, Rita sentiasa menunjukkan sisi hebatnya dalam mendidik kedua anak lelakinya itu berseorangan sehingga sekarang. Disebabkan itu, buat para peminat yang tidak tahu pasti mereka merasa teruja apabila melihat foto mesra dirinya bersama lelaki Korea tersebut. Walhal, gambar tersebut dikatakan gambar edit dirinya bersama seorang lelaki Korea yang sedang hits dalam drama Crash Landing on You yang bernama Hyun Bin.

Buat mereka yang sudah sedia maklum dan mengikuti drama rantaian Crash Landing on You ini pasti sudah mengetahui bahawa ianya adalah foto rekaan semata-mata. Tetapi buat para peminat yang tidak tahu, mereka tidak lepas untuk mengucapkan tahniah kepada Rita Rudaini kerana sudah menjumpai jejaka pilihan hati.

“Sweetnya sistur. Semoga dapat baru yang loving macam ni. Amin” – Netizen

Pasti para peminat gembira kalau betul Rita pilih jejaka Korea dalam gambar tersebut buat pas4ngan hidupnya. Walaupun rekaan semata-mata, tetapi para peminat Rita dan orang ramai sendiri pasti sentiasa mendoakan semoga Rita mendapat jodoh yang baik dan sweet macam dalam drama-drama Korea ya.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyrigt akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*