“Tuan rumah, s0rry saya ceroboh kawasan rumah tuan” – Alha Alfa

Kucing antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai. Selain sifatnya yang comel, haiwan berbulu halus ini juga sentiasa lincah dan nakal. Bagi pembela kucing, tempat tinggal dan keperluan harian untuk kucing peliharaan mereka hendaklah dijaga dengan baik dan rapi. Tak susah pun jaga haiwan berbulu halus ni malah dapat banyak manfaat tau.

Namun, ada sebahagian pembela kucing kadang kala terpaksa mngalkan kucing peliharaan bersendirian di rumah tatkala mereka pulang ke kampung halaman. Lebih-lebih lagi, musim wabak C0v1d ni membuatkan ramai orang yang berada di kampung halaman terpaksa batalkan niat untuk pulang ke bandar disebabkan perintah kawalan pergerakan yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan.

Maka, kucing-kucing di rumah sudah pasti terbiar untuk tempoh masa yang lama. Walau bagaimana pun, jiran yang baik hati sudah pasti akan membantu jirannya yang lain seperti Datuk Alha Alfa yang ringan tulang membersihkan kandang kucing dan memberi makanan kepada kucing milik jirannya. Mulianya hati Alha..

Alha menerusi instagramnya, telah memuatnaik video dengan tujuan meminta izin kepada jirannya untuk memberi makanan kepada kucing-kucing tersebut. Dengan bantuan kakaknya iaitu dikenali sebagi Kekpa, mereka sama-sama membersihkan kandang kucing supaya kucing lebih selesa.

Tidak dinafikan, tindakan Alha itu boleh dijadikan contoh yang baik buat semua. Tak salah bantu jiran kan? Lagi akan mengeratkan silaturahim sesama jiran..

Sementara itu, video Alha telah ditonton sehingga 211,000 dan ramai netizen turut memuji Alha yang begitu ambil berat serta penyayang terhadap haiwan.

Malah, Alha juga menawarkan bantuan bagi yang mempunyai masalah yang dialami sama seperti jirannya. Ada sebahagian netizen telah meminta bantuan Alha di ruangan komen.

“Dato boleh tolong berikan makanan kepada kucing saya huhu”- Netize

“Allah mulianya hati dato, semoga dato dimurahkan rezeki”- Netizen

“Terharu, semoga dipermudahkan urusan dato”- Netizen

Tindakan Alha boleh dijadikan peringatan dan dan contoh terbaik buat semua.

Rakan artis antaranya Almy Nadia turut memberi komen memuji tindakan Alha itu.

Mulianya hati Alha tolong jiran sebelah rumah.. Susah nak jumpa jiran yg baik macam ni zaman sekarang ni.. Terbaik Alha.

Sumber: Instagram alhaalfa

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*