“Tq isteriku, beri ruang aku melepaskan rindu sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika”- Achey

Sahabat adalah insan yang sentiasa ada di kala susah dan senang. Namun, kehilangan seorang sahabat ternyata memberi kesan yang begitu mendalam. Begitulah yang dialami oleh Achey setelah kehilangan sahabat baiknya, Abam Bochey. Pemergian Abam telah mengejutkan dunia hiburan pada Isnin lalu selepas meningg4l dunia akibat dem4m panas. Setelah perginya seorang pelawak yang berbakat ini, jelas sekali sahabat baiknya iaitu Achey dan Fad begitu terkesan dengan kehilangan rakan baik mereka.

Di saat Achey menghadapi waktu yang sukar sebegini, isterinya yang dikenali sebagai Anne cukup memahami kesedihan yang dilalui oleh suaminya. Malah, Anne sendiri memikul tanggungjawab dengan menjaga anak dan memberi ruang kepada Achey untuk melepaskan rindu pada sahabatnya.

Achey menerusi posting terbarunya, dia meluahkan perasaan berterima kasih terhadap isterinya yang begitu memahami keadaan yang ditempuh pada waktu ini. Tidak dinafikan, keperibadiaan isteri Achey sangat baik dan sanggup menjalankan tugas sebagai seorang isteri juga seorang ibu buat suami serta anaknya.

Rata-rata netizen memberi reaksi positif dan memuji sikap Anne yang memahami serta mudah bertolak ansur dengan suaminya.

Tidak ketinggalan, ramai netizen memberi kata-kata semangat buat Achey yang sudah kehilangan Abam.

“Kuatnya bidadari Achey.. Semoga Achey tabah hadapi semua ini”- Netizen

“Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan pada abang dan abg Fad”- Netizen

Menurut Achey lagi, dia bakal kembali dengan perjuangan yang baru sekaligus menyuntik semangat buat dirinya. Kita berharap semoga Achey dan Fad akan terus kuat selepas ini bersama Bocey.

Allahy4rham Abam telah meningg4l dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami dem4m p4nas sejak dua hari lalu. Jen4zah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak. Allahy4rham telah mngalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Kuat persahabatan Achey, Fad dan arw4h Abam. Semoga Achey dan Fad terus kuat hadapi ujian besar ini. Takziah buat keluarga Abam. Al-fatihah..

Sumber: Instagram Achey

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*