“Thanks Aimi sebab sempat bahagiakan Ma, sekarang bahagiakan suami pulak”- Issey Fazlisham

Ibu antara insan mulia yang sukar untuk ditukar ganti kerana mereka sanggup berkorban demi anak-anak dan keluarga. Tidak dinafikan, kehil4ngan seorang ibu sudah pasti mngalkan kesan yang mendalam terhadap anak-anaknya. Begitulah yang dialami oleh selebriti dan juga penyampai radio Suria, Issey Fazlisham yang kehil4ngan ibu tercinta pada Julai tahun lepas. Kesedihan yang dialami Issey kemudiannya ditukar ganti dengan kehadiran isterinya iaitu Aimi Jamel selepas disatukan pada Disember 2019.

Dalam melayari bahtera perkahwinan terbarunya, Issey sering berkongsi kenangan manisnya bersama isteri tercinta menerusi laman Instagram. Malah, Issey juga turut mendedahkan isterinya sentiasa meluangkan masa bersama arw4h ibunya sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Bagusnya isteri Issey..

Issey berkongsi sebuah foto kenangan menunjukkan isterinya bersama arw4h ibunya beserta kapsyen yang ternyata menyentuh hati netizen.

“Antara sarapan terakhir ma dekat luar. Sis aimi_jamel yang bawa masa ni dengan anak buah issey.

“Masa ni issey belum kahwin lagi. aimi_jamel banyak spend masa dengan Ma masa aku di KL. Rindu Ma. Thanks Aimi sebab sempat bahagia kan Ma. Skang bahagiakan suami pulak,” tulisnya pada posting di Instagram

Sementara itu, ruangan komen pada posting tersebut telah menerima doa dan ucapan takziah buat Issey atas pemergian ibu tercinta.

Malah, ada juga netizen berpendapat wajah isteri Issey sentiasa kelihatan cantik dan manis walaupun tidak bersolek.

Sebelum ini, Issey pernah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2015 namun bercrai pada Ogos 2016. Tidak lama kemudian, Issey berkahwin dengan Noor Aimi Jamel yang merupakan kenalan lama sejak di bangku sekolah.

Untung Issey ada isteri yang baik. Cantik pulak tu.. Semoga bahagia hingga jannah ya. Cepat-cepat dapat anak yaa, tak sabar nak tengok Issey timang anak lepas ni….

Sumber: Instagram isseyfazlisham

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*