“Tertanya2 byk posting dari kwn2 arw4h tp tak nampak dari Jihan, rupanya ini isi hati Jihan”- Netizen

Kata-kata pun pasti tidak dapat menggambarkan sebenar-benarnya perasaan yang dialami oleh rakan seperjuangan Allahyarham Abam. Begitulah yang dihadapi Jihan Muse sendiri yang mengambil masa untuk sebetul-betulnya menggambarkan perasaan kehilangan yang dirasainya. Kehilangan yang berat ini bukan sahaja dirasakan keluarga dan sahabat malah negara turut berdukacita atas perginya Allahyarham pada pagi semalam.

Pasti sungguh sedih dan sebak jika ditanya tentang perasaan mereka terutamanya rakan  seperjuangan Allahyarham ketika hidupnya yang telah bersusah-payah memikirkan idea baru bagi menghiburkan ramai orang. Kewujudannya yang sering membuat orang untuk ketawa bersama telah hilang dalam sekelip mata dan diganti dengan kesedihan. Jihan Muse yang turut pernah bersama dalam perjuangan kumpulan Bocik sewaktu dalam pertandingan Bintang Mencari Bintang amat terkesan sekali dengan berita mengejut yang diterimanya ini.

Jihan telah mengeluarkan satu posting terbaru di laman Instagram nya yang membuat ramai yang terpaku dengan sosok lain yang ditunjukkan oleh Jihan. Caption yang direka sendiri oleh Jihan dilihat mempunyai banyak maksud yang tersurat malah tersirat tapi cukup untuk menggambarkan betapa remuk hatinya kerana telah kehilangan seorang individu yang dipanggil sahabat.

Dalam posting tersebut, dia berkata bahawa belum lagi sembuh lvka yang lama sudah ditambah lagi pilu yang baru. Ini mungkin merujuk kepada sahabatnya Allahyarham Yus Jambu yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 2015 lalu. Pasti tidak mudah bagi seorang wanita seperti Jihan untuk kehilangan seorang demi seorang rakan seperjuangannya dalam bidang komedi.

View this post on Instagram

. Nak menulis tak tertulis Nak berkata tak terluah Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri. Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi sakit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar. . Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki. . Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu..

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Video yang baru dimuatnaik oleh Jihan itu telah menarik perhatian ramai orang yang ternanti-nanti dari semalam untuk membaca penghargaan terakhir Jihan buat Allahyarham. Sudah pasti nukilan yang dibuat oleh Jihan ini adalah nukilan yang paling ikhlas darinya buat sahabatnya. Walaupun dari sisi diri sebenar Jihan dilihat selalu kuat dan sering berjenaka, tetapi pada kali ini akhirnya dia kecundang dalam kesedihan.

Diharap Jihan dan rakan-rakan lain terus bertabah dengan pemergian Allahyarham Abam. Walaupun beliau mungkin sudah tiada lagi di dunia, tetapi namanya akan terus tersemat di hati para peminat setia dan sahabat sejati yang beliau ada.

Sumber: Instagram Jihan Muse

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenarna, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*