“Terngiang kata, Fazley one take aja ok, enjoy the song, ini utk awak”- Glenn Fredly

Berita pemergiaan penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly telah mengejutkan dunia hiburan indonesia dan Malaysia selepas Glenn disahkan meningg4l dunia akibat peny4kit rad4ng otak baru-baru ini. Turut terkesan dengan kehilangan penyanyi legenda Indonesia, penyanyi dan pelakon Dato Fazley Yaakob juga meluahkan perasaan terkejut dan sebak selepas menerima berita kematian Glenn.

Sudah pasti kenangan bersama Glenn tidak pernah dilupakan memandangkan Glenn adalah seorang rakan dan kenalan baik kepada Fazley. Mengimbau kembali kenangan lama, Fazley memberitahu mereka pernah bekerjsama dalam menghasilkan lagu nyanyian Fazley sendiri iaitu Biarkanlah yang ditulis oleh Glenn pada suatu ketika dahulu.

Biarkanlah antara lagu yang telah dirakam oleh Fazley di bawah bimbingan Glenn selaku penulis lagu dan produser.

View this post on Instagram

Terkejut dan sebak, seorang rakan dan kenalan baik telah pergi selamanya. Glenn seorang lagenda muzik #Indonesia, menjadi producer dan penulis lagu saya #Biarkanlah satu ketika dahulu. Kali terakhir kami berbual di #Bali ketika saya dan isteri @azrene_ahmad menghasilkan #WeddingCake seorang sahabat juga. @glennfredly309 bertanya khabar dan sempat menyatakan “I will try your cake after my performance ok!” Inilah lagu yang telah saya rakam di bawah bimbingan beliau selaku penulis lagu dan producer. Masih tengiang2 kata2 beliau “Fazley, one take aja ok! Enjoy the song! Its for you!!” 😔 . Malahan ketika saya bertanding untuk Hiburan Minggu ini terbitan @rtm_malaysia yang turut di sertai oleh @dayangsayangkamu , saya menyanyikan lagu Glenn dan mendapat hadiah persembahan terbaik pada ketika itu. Sempat Glenn berseloroh, “Kamu aja lah yang jadi artis terus!” . BIARKANLAH Lagu/Lirik: Glenn Fredly Penyanyi: Fazley Yaakob (Album- FAZLEY, Lain 2005) Saat kata tak terucap Hanya batin yang berseru Memanggil namamu Dan hanya namamu Saat kau tinggalkan aku Tanpa ada kata kata Dan jejak langkahku Terasa berhenti Dimana dirimu Aku rindu dirimu (oh) Biarkanlah ku bertahan Dengan seluruh cintaku Biarkanlah ku berada dengan hasratku Saat kau tinggalkan aku Tanpa ada kata kata Dan jejak langkahku Terasa berhenti Dimana dirimu Aku rindu dirimu Dan hanya namamu Terukir di dalam batinku #tenangkaudisanasahabat #glenfredly

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Malah, Fazley pernah menyanyikan lagu milik Glenn dan menerima hadiah persembahan terbaik menerusi pertandingan Hiburan Minggu Ini terbitan RTM.

Mereka juga dikatakan kali terakhir berjumpa dan berbual ketika majlis perkahwinan di Bali pada tahun lepas.

Sementara itu, Fazley berkongsi video nyanyian lagu Biarkanlah menerusi instagram miliknya dan rata-rata netizen memberi ucapan takziah di ruangan komen.

Tidak terkecuali, adik kepada Fazley iaitu Ray Yaakob turut meluahkan perasaan sedih selepas menerima berita pemergiaan Glenn.

Dalam pada itu, Mendiang Glenn yang baru sahaja bergelar bapa pada Februari lalu telah mngalkan seorang isteri dan anak perempuan yg baru berusia 40 hari.

Terngiang-ngiang lagu Januari.. Lagu kegemaran ramai dari dulu sampai sekarang. Takziah buat keluarga Glenn.

Sumber: Instagram fazleyyaakob

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.