“Ternganga Sean Lee”- Netizen

Anugerah Juara Lagu masih lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di setiap laman media sosial. Pelbagai kontroversi yang banyak dikaitkan menerusi beberapa persembahan di pentas AJL34 pada tahun ini antaranya persembahan Aina Abdul yang dikatakan seolah-olah memberi gambaran negatif seperti yang didakwa oleh segelintir pihak. Aina yang menyanyikan lagu Sumpah akhirnya telah memberikan kenyataan bahawa persembahan tersebut hanyalah sebuah ekspresi seni dan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita.

Walau bagaimanapun, persembahan Aina telah berjaya mendapat pujian daripada warga netizen dan ternyata membuatkan ramai terpegun dengan persembahan sulung Aina di pentas AJL. Bukan setakat penonton sahaja yang terpegun dengan persembahan Aina, pelakon dan pengacara popular iaitu Sean Lee juga turut terpana melihat persembahan hebat daripada Aina.

Buktinya, penyanyi Sarah Shuhairi sempat merakam video reaksi Sean Lee ketika melihat persembahan Aina di AJL semalam. Sarah yang telah merakam reaksi Sean turut ketawa sambil merakam video tersebut. Lawak habis bila dengan Sarah ketawa…

Video berkenaan telah ditonton sehingga 135,000 tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi Sean ternganga sambil melihat persembahan Aina. Malah, ada juga yang terhibur mendengar gelak tawa Sarah menggelakkan Sean.

“Dengar Sarah yang ketawa yang kelakar”- Netizen

“Tergelak-gelak tengok Sean Lee semalam, siap ternganga”- Netizen

Sementara itu, posting video yang dimuatnaik Sarah telah mendapat perhatian daripada Sean Lee dan telah memberi komen pada posting Sarah.

Tidak ketinggalan, penyanyi Anuar Zain juga turut meng4lkan komen pada posting Sarah tersebut.

Menyempat lagi Sarah usik Sean ya. Lawak gila tengok Sean mulut ternganga, terpukau sangat tu tengok persembahan Aina Abdul hehehe…

Sumber: Instagram Sarah Shuhairi

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*