Ternampak kereta aku dan aku ikut. Luluh hati, rupanya isteri bwk laki tu masuk rumah

Foto sekadar hiasan, Assalam min..tolong hide nama sy..sy seorang suami dan juga ayah kepada 3 cahayamata. Berkahwin hampir berbelas tahun tapi tahun ni dugaan berat menimpa saya. Isteri saya cuurang min. Mereka berkenalan melalui fb. Laki tu berasal dari daerah yang sama. Mesej kali pertama kntoi dia dk vc dan berwhatapps, dia minta maaf dan jnji akan putus kan hubungan.

Tapi dalam diam masih berhubung.yang paling buat aku sedih, dia sanggup berhabis duit kat laki tu. Beli henfon bg duit belanja beli pakaian,hampir beribu tapi aku diam. B0doh kan aku?

Paling kemuncak,semasa aku balik dari tempat kerja, aku ternampak kereta aku dan aku ikut. Rupanya isteri aku dengan laki tu. mereka masuk dalam rumah berdua.

Aku masih husnuzon, mungkin ada orang lain lagi dalam tu. isteri aku tergiila giilakan laki tu sampai anak2 terabai makan minum.

Dia yang dulu suka masak sekarang sibuk dengan henfon. Bila aku balik kerja, aku yang uruskan anak2. Aku butakan mata pekak kan telinga sebab aku hannya ada dia dan anak-anak. Apa yang perlu aku buat? Tolong bagi nasihat elok2 ye.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Siti Shaniza, Apa yang saya boleh bagi pendapat…First tuan kalau syg kan isteri lagi…dan rasakan perubahan isteri tu secara tibe2…sy minta tuan fikir apa yang tuan rasa punca isteri jadi macam tu….punca dari tuan atau apa….ambil waktu sesuai berbincang dengan isteri tanya kan dari mana salahnya smpai isteri jadi bergitu.

Masa sudah pun dibagi tapi isteri masih cvrang….cari pehak yang arif bagi menyelesaikan masalah tuan…mungkin juga tuan boleh bawa isteri tuan berubat secara islam…bukan apa kita takut zaman skrg nie.

Masih ada lagi yang guna cara halus untuk dapat apa yang dia nak…kalau tuan syg kan hubungan ikhtiar lah selagi boleh….perempuan nie hati dia lembut…mustahil anak 3 nak cvrang tanpa sebab….pasti bersebab.

Siti Balqis, Jgn terikut sgt watak khuzairi yg penyabar melampau dlm drama 7HMK tu bro..bnda dh nmpk dpn mata kn..tau ap yg bini ko buat tu bnda slh kn.

Lebihkn skandal dr rmhtangga n ank2..mkin dibiarkn mkin blonggok dosa..sblm jd mkin parah..baik amik tindakan skrg..xkn nk tnggu smpai bini ko bunting ank jantan lain pn ko msih nk husnuzon lg.

Bkn lh nk m’doakn tp amik lh tindakan cpt..klu syg sgt skalipn xkn smpai nk tanggung sgala dosa..dunia akhir zaman ni mcm2 hal.

Nad Dhira, Dah jadi isteri ke suami ke elak2 la cur4ng. Hargai la pas4ngan tu. Terutama perempuan la. Perempuan confirm2 tak boleh kahwin 4. Kalau dah mmg hati tu tak nak sangat2 dah kat suami. Mintak crai…

Tapi kan macam apa je. Bila tak suka, jatuh cinta orang lain, senang2 je mintak crai pulak. Lebih baik fikir betul2. Kalau rasa cinta tu dah m4ti sebab jumpa orang baru, pupuk la balik rasa cinta tu. Fikir anak2. Tah la. Aku pun tak kahwin nak komen lebih2.

Marina Karim, Benda mcm ni susah nk ckp,hanya org yg pernah melalui akn merasainya..ni lagi 2 da blaku depan mata,knp msih nk berfiriran husnozon bila da nmpak isteri berdua2an??bila ade sgkaan yg xbaik bila terang2 nmpak isteri dgn org yg bkn mahramnye,dan dibiarkan je itu kira awk pun da bersubahat jika berlaku bnda yg kita da bygkn.

Berdua dua bgitu pun da kira maksiat Nampaknye situasi disini,suami lebih kan pkirkan kluarga dan ank2,tampa memikir kan hati sendiri yg akn makan masa bertahun2 utuk smbuh. Cara terbaik,berbincang,klu isteri da xblh hidup bersama2,xperlu paksa utk bersama.

Hisam Saad, wassalam… sedih… dah berbelas tahun kawin kan. lama tu kanbile dah bebas berhubung ni jadi camtu la. mungkin laki tu pandai ayat manis. sampai is3 sanggup habiskan wang yg byk.

Iye kite fikir ade is3 dan anak2. tapi camni la. cik kene kuat. sembang ngan is3 elok2 nape jadi camni. x sayang anak ngan cik ke. ape kurangnye cik. cuba mintak suh family is3 nasihat is3 cik. sebab bile is3 cik berani berhuhung dan jumpa berdua ngan lelaki tu…

lupakan anak2. dah bahaaya utk family cik. bile semua cik dah usaha utk sedarkan is3 cik. jika xde harapan. cik kene kuat hadapi kesudahan jodoh cik. janji cik dah buat effort yg terbaik. jgn risau. sye dulu pun camtu bile ade masalah. nangis teruk2 sgt.

fikirkan nape jadi camni. tpi skrg bahagia wlupun single. sape cakap single father ni x boleh happy? biarkan la depa ngan pilihan depa tu.

Mak Leha, Suami ketua keluarga, tt ada hak atas istri. Jlnkan tggjwb cegah kemungkaran ikut lunas agama. Membiarkan maksiat di depan mata sikap yg dayus.

Jlnkan tugas tt ikut cara islam, nasihat, degil amaran , degil juga asing tpt tidur, degil hukum sekafar pengajaran , degil mengafu kpd yg berwajib masih degil pulangkan pd keluarga. Ambil hak penjagaan anak. Siapa yg salah nanti akan terima kifarah.

Dania Hana, Semoga semua yg bergelar isteri dlm krt termasuk aku dihindari dr perkara2 yg sebegini..ujian org tak sama.

Tt lebih baik berbincang dgn isteri..apa yg dia mahu..jika dia mahukan si lelaki tu,lepaskan cara elok..kalau dia mahu bersama tt semula..cek balik diri/hati masih boleh terima atau tidak.

Cuba tanya apa kurangnya tt ni smpi dia boleh main dgn org lain..kadang2 bab dlm kelambu ni byk yg jd masalah..tp suka buat endah tk endah..syok sendiri..tp isteri anda ttp bersalah sbb da cuurang.

Mia Hassan, Isteri yang tak jaga maruah suami sudah tahap nusyuz kenapa awak still berdiam diri? Sudah jadi dayus. Awak lelaki patut tegas dalam perkara ini. Jaga maruah awak sebagai suami depan anak2 awak. Awak ikutan anak2 awak. Contoh mereka. Jika terbukti isteri awak nusyuz, anak2 akan jatuh ke atas awak.

Memang s4kit bila diri dikhianati, itulah yg dirasai oleh kebanyakan wanita bila suami cur4ng. Jika awak sayangkan isteri mungkin crai juga mampu membuka mata dia bahawa dia kehilangan permata yg paling berharga yg tidak dihargainya.

Rujuklah balik dihujung2 eddah.. bagi dia masa berfikir. Jika meneruskan perpisahan itu lebih baik.. maka doalah semoga Allah menghadirkan seorang isteri yg lebih baik buat awak dan anak2..