“Terimbas luk4 lama feel dengar persembahan Naim Daniel”- Netizen

Anugerah Juara Lagu antara pertandingan atau acara muzik tahunan yang melibatkan karya lagu terbaik di Malaysia. 12 buah lagu telah layak ke pentas akhir AJL ke-34 sekaligus menjadikan ia saingan yang cukup sengit. Acara yang gilang-gemilang itu telah menyaksikan penyanyi muda, Naim Daniel merangkul gelaran juara AJL pada kali ini dengan membawa lagu Sumpah nyanyian dan ciptaannya sendiri. Naim juga telah membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000. Tahniah buat Naim.

Kemenangan Naim menerusi lagu Sumpah telah membuatkan ramai netizen berpuas hati apabila penyanyi ini sememangnya layak untuk bergelar juara. Mana tidaknya, persembahan dan lirik lagu oleh Naim sendiri sangat mantap.

Bukan itu sahaja, solekan pada wajah Naim juga sangat kreatif seperti yang diperkatakan oleh netizen apabila disolek mengikut karakter komik. Memang kreatif habis jurumekap Naim untuk AJL34 ini.

Posting terbaru yang dimuatnaik Naim menerusi Instagram telah menarik perhatian netizen apabila Naim bergambar bersama dua trofi kemenangannya pada pagi ini beserta kapsyen ‘Assalamualaikum semua’.

View this post on Instagram

Assalammualaikum everyone ❤️#sumpahnaim #ajl34

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Ucapan tahniah telah memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah buat Naim dan ternyata ramai yang memberikan pelbagai reaksi positif daripada persembahan Naim semalam. Rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan mng4lkan ruangan komen antaranya Alif Satar, Sheila Rusly, Daiyan Trisha dan Sarah Raisuddin.

Lagu Sumpah juga telah berjaya membuatkan salah seorang netizen ini mengimbas ‘luk4 lama’, d4syat betul penangan Sumpah dari Naim ya.

Sementara itu, persembahan Naim yang telah dimulakan dengan bacaan Bismillah membuatkan netizen kagum dengan sikapnya yang sepatutnya dicontohi oleh artis lain.

Dalam pada itu, Naib Juara AJL telah menjadi milik lagu Bangun nyanyian Aman Ra dan membawa pulang trofi dan wang tunaiRM35,000 manakala tempat ketiga pula adalah Anta Permana nyanyian lagu yang disampaikan oleh Bob Yusof dan Datuk Siti Nurhaliza.

Lagu Kisah Cinta Kita yang dibawa oleh Hafiz Suip juga telah melayakkan dirinya dengan mengungguli kategori persembahan terbaik. Tahniah buat pemenang-pemenang AJL34.

Persembahan dari semua peserta-peserta AJL34 pada kali ini pun terbaik dan tak mengecewakan ramai penonton.

Tahniah buat Naim. Persembahan Naim antara yang mantap dan paling kreatif. Memang patut menang, kan… Nak tahu jugak, siapa lah jurumekap Naim time AJL semalam… kreatif habis.

Sumber: Instagram Naim Daniel

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*