Terharu tengok Hamzah happy bermain dengan anak anak Fad

Hubungan akrab arw4h Abam dengan Fad bocey dan juga Achey bukan sekadar kawan baik atau kawan kerja tetapi lebih dari seorang saudara. Keluarga mereka juga sangat rapat. Alhamdulillah Fad dan Achey juga mempunyai isteri yang sangat baik dan sangat memahami mereka ketika mereka tengah bersedih dengan pemergian Abam tempoh hari.

Syaheera isteri kepada Fad juga nampaknya menerima baik Hamzah sebagai anaknya juga dan sama sama ingin mengalas tangungjawab untuk menjaga anak arw4h. Menerusi ruangan status instagram Syaheera semalam dia juga ada memuat naik yang Hamzah sekarang sudah jadi anak Daddy anak kepada Fad Bocey.

Alhamdulilah ramainya yang sayangkan anak ini dan ingin mengalas tanggungjawan untuk menjaga dan bahagiakan anak ini. Sebelum ini Fad ada memuat naik gambar dia mendukung Hazmah di ruangan instagram nya semalam dan menyatakan dia akan menjaga Hamzah dan sekarang anaknya sudah 4 orang.

Sungguh mulia hatimu wahai sahabat. Semoga segala niat baik Fad untuk anak ini di permudahkan, dan Allah sentiasa melindungi anak ini. Sekarang ramai yang sayangkam Hamzah, harap harap anak ini tidak akan bersedih bila dia sudah faham nanti bapanya sudah menghadap ilahi.

Menerusi perkongsian dari status instagram Fad Bocey dia berkongsi video dia tengah bermain dengan Hamzah dan anak anak Fad Bocey juga nampak happy menerima adik baru Hamzah.

Syaheera juga sempat bermain dengan Hamzah bersama sama anak anaknya. Alhamdulillah anak anak Fad juga turut menerima baik Hamzah dan suka bermain dengan Hamzah.

Semoga dengan perhatiaan yang di beri keluarga Fad kepada Hamzah akan lebih membuatkan si kecil itu bahagia dan tidak pernah rasa kehilangan kasih seorang bapa. InsyaAllah sama sama kita doakan semoga Hamzah menjadi anak yang baik dan sentiasa di lindungi Allah.

Kredit : Ig Fad Bocey

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*