“Terbaiklah Kak Maya, even artis tapi tak meminta siap jual burger”- Netizen

Kerjaya sebagai seorang pelakon bukanlah sesuatu yang mudah kerana tugas mereka menjiwai watak lakonan yang diberikan dengan penuh emosi agak sukar. Namun, lakonan yang betul-betul ‘menjadi’ pasti akan membuatkan ramai penonton betul-betul menghayati lakonan mereka setiap kali ditayangkan di televisyen. Pelakon Maya Karin pernah menjadi fenomena pada suatu ketika dahulu menerusi watak lakonannya sebagai pontianak.

Dengan mencipta namanya menerusi filem seram P0ntianak Harum Sundal Malam yang pernah popular dalam kalangan penonton, watak Maya sebagai pontianak berjaya membuatkan ramai penonton berasa ser4m sejuk. Mana tidaknya, Maya betul-betul menjiwai lakonannya sebagai p0ntianak.

Siapa sangka, Maya yang dahulunya popular dengan lakonan seram kini bergelar aktivis,aktif dengan aktiviti menjaga alam sekitar dan terbaru, Maya tampil membantu perniagaan Dara burger dengan menjual burger bakar ketika musim perintah kawalan pergerakan ini.

View this post on Instagram

Last week post kat story buat burger bakar untuk jiran-jiran saya, ramai yang rekomen kat kawan2 dan family. Ramai pulak yang tanya nak lagi, β€œboleh beli tak?” Banyak juga dijual dalam beberapa hari ni. πŸ˜€ Semalam satu order masuk untuk staff office sampai 24 burger sekali! Terkejut I. Alhamdulillah, boss puas sangat3, tak sampai sejam kemudian dapat permintaan lagi dari dia untuk office lain pulak. Kali ni dia mintak 60!!!!!!! Like whaaaat?? 😯😯😯 So here we were this morning making 60 burgers all for delivery to 1 office at noon! #grillinglikecrazy #burgerbakar #stayathome #wedelivertoyou #burgers πŸ”πŸ”πŸ”πŸ”

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Perkongsian foto menerusi instagram Maya menunjukkan dia sedang berpakaian apron di salah sebuah gerai burger telah mencuri perhatian netizen yang melihatnya. Malah ramai menganggap Maya membuka perniagannya sendiri namun Maya hanyalah sekadar menghulurkan bantuan dan sokongan terhadap bisnes Dara Burger.

Menurut Maya, permintaan burger bakar milik Dara Burger semakin tinggi semenjak dia memuatnaik posting membuat burger bakar khusus untuk jirannya di Ig story pada minggu lepas.

Ramai peminat maya dilihat turut menyokong perniagaan tersebut menerusi ruangan komen.

“Sokong bisnes melayu”- Netizen

“Alhamdulillah moga murah rezeki”- Netizen

“Semoga bisnes burger maju”- Netizen

Korang jangan salah anggap pulak ya, Maya belum buka bisnes apa-apa lagi…

Sumber: instagram maya_karin

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.