“Terbaiklah birthday cake pun naik buaian ye” – Netizen

Siapa tak kenal lagi dengan ikon selebriti Malaysia yang menjadi idola kepada ramai orang dengan hasil kejayaan yang telah dicapai olehnya dari usia yang sangat muda. Noor Neelofa binti Mohd Noor telah mula menempa nama dalam bidang industri hiburan setelah menyertai pertandingan realiti modelling iaitu Dewi Remaja tahun 2009/10. Dia telah berjaya menjadi juara pada waktu tersebut setelah bersaing secara sengit dengan Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang juga telah menyertai pertandingan tersebut.

Bukan sahaja berjaya menjadi seorang selebriti tempatan, Neelofa turut dikenali sebagai usahawan yang paling berjaya di Malaysia dengan pelbagai usaha perniagaan seperti BellaVita, Beautea Sl1m, Lofa Lens dan Naelofar Hijab. Kejayaan yang dikecapi Neelofa sekarang tidak dapat dinafikan lagi oleh orang ramai apabila hijab wanita yang dikeluarkan olehnya boleh terjual habis dalam beberapa minit sahaja. Wow, hebat betullah pinangan barangan Neelofa ni.

Viral sebelum ini apabila Neelofa telah menyambut hari kelahirannya yang ke-29 beberapa tahun lalu di sebuah kelab malam dan mendapat cemuhan dari ramai orang. Tetapi itu semua tidak memutuskan semangatnya untuk menjadi orang yang lebih baik lagi apabila pada tahun lepas dia memilih untuk menyambut hari kelahirannya dengan mendekatkan lagi diri dengan agama dan disambut secara sederhana. Neelofa juga telah memuatnaik satu gambar baru dirinya ketika menyambut ulang tahun pada tahun ini walaupun telah berlalu beberapa hari lalu.

View this post on Instagram

thirty one 🤍

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Gambar tersebut telah mendapat perhatian dari ramai peminatnya dan para netizen. Ini kerana keunikan yang dibawa oleh Neelofa pada ulang tahun kelahirannya pada tahun ini dengan meletakkan kek hari jadinya di atas buaian. Ingatkan baby je boleh berendoi ye, rupanya kek pun boleh. Ruangan komen dibanjiri ratusan ucapan dari para peminat yang tidak terlepas untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada idola mereka, Neelofa.

Apa pun, selamat ulang tahun yang ke 31 diucapkan buat si cantik Neelofa. Semoga tahun ini merupakan tahun beliau diberikan jodoh ya. Ramai peminat dah tak sabar nak tengok Neelofa atas pelamin ni. Amin.

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0pY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*