“Tengah live Melodi sekali mak call” – Netizen

Muhammad Naim Daniel bin Baharin atau lebih dikenali sebagai Naim Daniel telah menghadiri satu wawancara televisyen Melodi di TV3 pada tengah hari tadi. Rancangan yang telah di wawancarakan oleh Awal Ashaari ini telah menjemput Naim Daniel dan rakan lain seperti Haqiem Rusli bagi membincangkan acara besar bagi penyanyi-penyanyi tempatan iaitu Ajl Anugerah Juara Lagu yang akan dilaksanakan pada malam ini.

Naim Daniel telah berjaya menjadi salah satu finalis Anugerah Juara Lagu dengan lagu ciptaannya sendiri iaitu Sumpah. Siapa tak kenal dengan lagu ini kan? Hari-hari pasti ada di radio bagi menceriakan hari para pendengar radio dan peminat lagu tempatan. Naim juga dahulunya dikenali sebagai pelakon cilik kerana dia telah mula berkecimpung dalam industri lakonan sejak kecil lagi.

Pada mulanya, Naim hanya memulakan minat menyanyinya itu di laman instagram beliau yang telah membuat “cover” lagu oleh artis-artis lain. Oleh kerana suaranya yang merdu dan diminati ramai itu, beliau telah berjaya mengeluarkan 2 single lagu sulungnya dan sekarang di bawah naungan sebuah syarikat rakaman terkenal.

Lagu Sumpah ciptaan Naim juga mempunyai maksud yg mendalam dan dikatakan berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri juga terkait dengan kisah kek4sih lamanya.

Walaupun pada masa itu Naim sedang berada di acara live Melodi, tetapi dia tetap mengangkat panggilan yang diterima dari ibunya itu. Ramai netizen yang telah memuji sikap Naim itu kerana tidak membiarkan ibunya risau akan keberadaannya.

Semoga Naim dapat memberikan persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu pada malam ini. Para peminat semua tidak sabar untuk menyaksikan persembahan hebat daripada kamu.

Sumber: Twitter AkeemSharyzal

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*