Tahniah Fendi Bakry selamat bergelar suami dengan sekali lafaz

Orang kata kalau dah jodoh tak kemana, malam tadi telah berlangsungnya majlis penikahan seorang pelakon lelaki kacak yang begitu popular menerusi drama Mr Grey iaitu Fendy Bakry. Pelakon yang mula menceburkan diri dalam bidang hiburan setelah menyertai pertandingan Hero Remaja itu sebelum ini agak bersih daripada gosip, oleh yang demikian pengumuman mengenai berita pernikahan beliau hari ini adalah sedikit mengejutkan.

Menjenguk ke laman insta story milik pelakon Dua Takdir Cinta itu, malam tadi beliau sudahpun memberikan gambaran kepada para peminat mengenai majlis yang bakal berlangsung apabila menyebut mengenai sirih dan juga “moga dipermudahkan”

Fendy Bakry yang juga turut memulakan perniagaan Char Kuew Tiaw beliau ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari ini juga dikatakan bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang hanya dikenali dengan nama Ayu.

Menerusi entri terkini di laman sosialnya, beliau telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau sedang memegang tangan kadi dan menjalankan upacara akad nikah. Fendy turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga beliau yang hadir.

Menurut Fendy lagi, majlis resepsinya akan diadakan kelak dan beliau hanya melakukan perkara yang wajib (akad nikah) sahaja terlebih dahulu.

Ramai yang terkejut dengan berita tersebut terutamanya para peminat beliau. Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah di atas pernikahan itu. Beberapa peminat wanita beliau turut meluahkan perasaan kecewa kerana pelakon pujaan hati mereka itu telahpun melangsungkan pernikahan.

Walaupun tidak banyak yang kita ketahui mengenai wanita misteri yang telah menambat hati Fendy Bakry ini, namun sudah pasti para peminat beliau akan mendoakan yang terbaik buat kehidupan beliau dan juga suri hatinya itu. Selamat pengantin baru sekali lagi buat Fendy Bakry.

Sumber: Instagram fendybakry

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.