Sy teringin sgt nk pakai baju cantik2 raya ni. Suami bg rm100 je, tp baju sy nak beli rm170

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran sari kisha ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Min Tolong hidekan profile saya ye. Saya ni bagaikan jatuh ditimpa tangga menjelang raya tahun ini. Dah lah saya tak dapat balik kampung halaman lagi, baju raya pun dah tak der mood nak beli disebabkan perangai suami saya.

Baru2 ni laki bagi rm100 suruh beli baju Raya jadi saya pergi la Wangsa walk, semua baju 170 ke atas bila saya bagitau la semua baju harga 170 ke atas tak cukup duit dia transfer 100 lagi.

Then dia cakap tak cukup bayar bil dan lain lain. Sangat mngecewakan. Padahal duit i sinar baru masuk 1900. Tak kan 100 je bajet untuk saya.

Sumpah saya tak pernah pun ada baju baru setiap bulan. Pakaian dalam dah koyak longgar pun saya masih pakai. C0li pun sama. Selagi boleh pakai saya pakai.

Cuma time Raya nak jugak merasa pakai 1 set baru semua. Tapi tak de mood dah bila hsband cakap macam2 lepas trnsfer.

Padahal setiap bulan gaji dia msuk ada je lebih sebab dia mampu pergi game sana sini. Bola la badminton lah. semua tu main berbayar. Kalau btul2 tak mmpu tak kan dia pergi sukan berbayar.

Salah saya ke min? Saya tak pernah ada barang kemas selain cincin tunang, gelang batal air sembahyang dan 1 bentuk cincin masa nikah.

Saya bukan jenis meminta itu ini. Cuma raya saya nak merasa pakai baru amik gambar cntik2 untuk dijadikan kenang kenangan.

Saya ni zalim pada suami ke ? saya keterlaluan ke? Terima kasih sudi share. Saya nk tau juga pendapat isteri2 diluar sana. Terima kasih min. Saya nak juga reward diri stahun skali. Saya stiap hari masa sediakan bekal dia.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, menyakitkan hati pembaca. Baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum, terima kasih admin jika up cerita aku, aku seorang isteri yang bekerjaya, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat manakala suami aku merupakan seorang pengurus syarikat.

Apa yang aku nak confess di sini ialah kadang-kadang aku tengok gaya suami aku, dia agak lokek dengan aku, mungkin sebab aku bekerja.

Tapi sedar kah anda wahai lelaki duit bekerja wanita tersebut adalah hak wanita tersebut dan suami tiada hak untuk mencampuri urusan kewangan si isteri.

Kereta aku suami bayar, rumah half2 bayar, barang dapur, makanan dan etc berkongsi duit kami berdua. Keinginan?

Aku penuhi sendiri, pernah sekali aku malas nak withdraw duit dekat ATM, dan pinjam duit suami untuk beli pakaian, kemudian dia cakap tu hutang nanti bayar balik. Hahahaha aku pun ok je lah.

Aku tak kisah sangat kalau kedekut tu, tapi kadang-kadang sembang kencang nak kahwin 2,3,4 (poligami), kadang-kadang aku wonder suami tak pikir ke keperluan isteri pun tunggang langgang, ada hati nak pasang 2,3,4.

Heh, Aku seriously tak menentang pun isu poligami, kalau berkemampuan, kahwin je lah, kalau asyik mention hari-hari, naik menyampah pulak aku dengar.

Seluar dalam bini pun, bini sendiri yang beli, suruh beli baju niightware sksi2 yang harga 300++, duit tak hulur, mungkin dia ingat beli pakai air liur mungkin.

Si isteri sebenarnya tak maarah nak kahwin banyak ke apa, tapi kami ni tengok lah dari segi si suami tu, dekat si isteri pertama pun layan macam apa lagi, angan mat jenin je lah nak bagi kahwin lain.

Si isteri bertungkus lumus galas tanggungjawab suami mencari nafkah, balik rumah kena kemas rumah pulak yang semak macam tongkang pecah, kena jaga anak, kena beranak,

malam-malam kami yang celik mata menyusu, esok kena bangun bekerja pulak, tak mintak banyak pun sebenarnya, mintak suami hargai penat lelah kami ja, jaga hati dan setia, tak susah pun kan??

Perlu ka nak meniipu message perempuan-perempuan yang bukan halal di sisi tu? Ada orang yang halal untuk di tatap di campur, sibuk cari makan luar, tak faham sangat macam mana pemikiran seorang lelaki ni.

Kalau berkenan cakap, usaha untuk cari nafkah yang ke 2, ni nafkah yang pertama pun dah sesak sesak nafas. Hutang kahwin pun keliling pinggang lagi, ada hati nak kahwin lain. Cermin lah diri tu dulu.

Malas nak berleter banyak, sesiapa yang nak kahwin tu fikir lah empat lima kali, bukan mengenai cinta semata, melibatkan tangunggjawab dan lain-lain aspek lagi. Cinta sahaja tak bagi makan anak orang ye.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Salmi Bawasa, Sebenarnya sebelum kahwen for sure u know your hb akan mampu bagi apa aja to u or not right? Y u picked him? U do know cinta aja x boleh completekan nafsu baju, emas dsbgnya right?

Kalau kita pilih yg beshe2 je utk kawen, be prepared utk dpt treatment beshe2. Fyi, byk je lelaki yg x mampu utk bg segalanya to the wife malah byk yg mengharapkan wife bantu dlm hal ehwal rmh tangga. Ini kenyataan. Tapi wife x kisah sgt, janji ade give & take.

Byk jugak wife yg earns more than the hb is willing to support the hb provided hb tu bkn perangai mcm laki si anju aibkan bini to the public. If not wife mmg akan makan hati dan lama2 tawar hati.

Tp, jika hb betol2 x mampu & u pulak x gheja, jgn la meminta2 sbb u yg pilih dia awal2. If not, next time either cr yg kaya raya or try cari duit sendiri by working on yr own.Good Luck.

Yana Erniza, Kesian nye puan.Tengok gaya puan meluah memang nampk sang suami berkira.Sabar la puan.memang la lumrah kite teringin nak pakai yang baru walaupon setahun sekali.Takkan la suami xmampu nak sediakan setahun sekali je.

Memang ade yang ckp tak pernah mntk isinar suami.tapi sebagai suami takkan la takde ihsan sikit nak hulur pada isteri.

Melampau sangat kot berkira mcm tu.Sejenis berkira dgn tak mampu adalah dua perkara yang sangat berbeza.Jangan samakan.Kalau dah sampai pakaian dalam sampai robek macam roti kirai…fikir2 kan lah.

Kalau kite betul2 daif dan memang susah takpe.Tapi kalau jenis berkira utk isteri…puan fikir2 kan la sendiri.Sebab yang tanggung puan.Kalau nak baca komen2 kat sini…kadang dorang takkan faham.

Nur Eika, Kesian nya..ada suami pun bakhil,sepatut nya bagi la bini nak apa yang dia suka dan hias lawa lawa untuk balas budi dia balik kerana menjaga makan pakai anak anak kita dgn baik,nak melawa pun untuk tatapan suami juga bukan org lain.

laki puan ni dia tak tau ke nafkah berbentuk pakaian luar dalam dari atas sampai ke bawah suami wajib bagi setahun sekali untuk isteri,tu belum lagi nafkah yang lain lagi.

Bila nak mengkuda pandai pulak dia bukak spendar sendiri tak payah disuruh ..nate cincau.

Najmin Yusuf, Kesian sis. Pakaian dlm ni mmg tak boleh pakai lama. Rasanya paling laam pun 3 tahun je. Lps tu nanti dia loose.

Mmg kena tukar laa.. Tapi, nafkah pakaian yang suami perlu bagi adalah 2 helai atau 2 pasang setahun (minimum). Tak perlu tiap2 bln pun. By the way, baju kurung mmg ada yg mahal, tapi ada jugak yg murah, boleh dpt bwh rm100.

Nadia Huda, lain kali kn puan,da tau mcm ni.setiap bulan minx bajet utk beli kperluan dlm.xsalah kita mintak apa yg memang hak kita.yg salah bila kita terlalu tutup mata dgn nafkah yg patut suami bagi.

Kalau dia boleh letak duit pd bnda yg xpenting,kenapa xboleh belanjakan duit kepada sesuatu yg wajib atas bahu dia?Isteri bkerja atau x bekerja, yg wajib suami beri..jika suami xbg isteri patut minx.

Nur Hani, RM100 memang tak cukup, saya shopping kat shopee je sehari RM100 tu, maklum la, tak ada laki nak kacau2 duit saya, punya pasal saya la nak beli apapun…bestkan?

Macam ni la, kalau keadaan akak macam tu, tak yah la nak ambil2 gambar tunjuk baju baru, saya ni dah 5 tahun, ulang pakai baju yang sama je, sebab apa, sebab elok lagi,

orang pun bukan perasaan sangat, janji baju tu bersih dan muat lagi, ha lagi2 raya covid ni, bkn boleh keluar pun, lebih baik simpan ja duit tu, boleh guna masa terdesak sbb dah tau laki tu haji bakhil.

Amy Fatihah, Mmg silap pun, sebab laki ko kedekut haji bakhil, pkaian dlm bini koyak rabak pun xreti nk beli, pegi sukn brbayar mhal2 tu ad duit, bodoh betul,

ap sgt la 200 tu sepatutnye pkaian kne bgi 2pasang lengkp serba 1 dri hujung rmbut smpai hujung kaki nafkah wajib tiap thun untuk isteri,nanty kat akhirat semua tu dipersoal ,ko boleh tuntut kt dia nnty akhirat,zaalim sgt ngn isteri.