Sy rasa kekok dgn biras sy, dia telah tidur berkali2 dgn suami sy. Kami duduk sekali di rmh mertua

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam Min. Beberapa tahun lepas suami saya telah cvrang dengan bekas adik ipar dia sendiri iaitu dengan bekas isteri adik lelaki dia. Kira bekas biras saya min. Saya memang percaya sangat dekat biras saya tu sampai dia sangup tidur berkali2 dengan suami saya sendiri. Hncur hati saya sangat2 min bila saya dapat tahu.

Saya hampir bercrai dengan suami dan mak mentua saya dan adik beradik suami tau termasuk adik lelaki suami saya.

Bila semua dah terbongkar suami minta maaf memandangkan saya tak berkerja dengan anak2 masih kcil saya terima suami demi anak2. Untuk pengetahuan semua, bekas biras saya tinggal dengan mentua saya. Sebab atas ihsan mentua kerana anak2 dia tingal di situ.

Dia berkerja dan mak mertua yang menjaga anak2 dia. Sejak peristiwa itu, mak mentua tak bertegur sapa dengan bekas biras saya. Tak lama berapa bulan mak mentua boleh menerima bekas biras saya termasuk adik beradik suami yang lain.

Dorang suruh saya memaafkan. Ya saya boleh maafkan tapi skitnya hanya Allah yang tau. Bila balik rumah mentua mesti bekas biras ada di situ sebab dia tinggal di situ sama2 mentua.

Keadaan jadi macam normal seolah2 tak pernah berlaku apa2. suami saya pon ada bersembang dengan bekas biras macam biasa seolah tak pernah terjadi apa2 antara mereka. Cuma saya rasa kekok dan rasa s4kit bila tengok bekas biras saya tu.

Normal ke saya rasa skit hati dan bila tengok bekas biras saya teringat yang dia pernah tidur dengan suami saya sendiri a.k.a bekas abang ipar dia sendiri.

Ada cara tak macam mana nak hiilang rasa skit sangat dalam hati saya ni.. mohon komen yang murni2 yang lalui saja tau macam mana rasa skitnya bila orang yang kita percaya khianati kta. Tq min.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum, thanks iiumc sebab siarkan my confession. Confession ni adalah berkenaan beberapa siri episod kecvrangan yang saya hadap.

Kebetulan pula sehari dua ni heboh tentang seorang selebriti dicop ‘home wrecker’. Saya tak mahu ulas pasal dia sebab dia sudahpun terima bahagian dia. Allah Maha Melihat guys.

Nama saya Lea. Berumur 27 tahun dan seorang eksekutif swasta di sebuah syarikat pembinaan. Sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya kenali hampir 10 tahun.

Tapi, saya ditinggalkan selesai sahaja majlis akad. Katanya dia terpaksa berkahwin dengan saya. Dengan kata lain, saya digantung tidak bertali.

Sehingga kini saya masih isterinya yang sah. Saya tidak menolak kejadian ni juga ada sangkut paut dengan sihir pemisah. Tapi, wAllahualam. Allah lebih mengetahui.

Waktu berkawan saya jarang berjumpa suami sebab dia di utara dan saya diselatan. Kami banyak berhubung di telefon. Ada laa dalam 2, 3 kali kami berjumpa selama 10 tahun berkawan, itu pun waktu kenduri di rumah keluarga mertua.

Hubungan saya dengan keluarga mertua juga rapat. Pernah sebelum kawen suami cakap, saya mungkin akan jadi menantu kesayangan ibu ayah dia sebab sebelum kawen pun ibu ayah sangat ambil berat pasal saya.

Tapi, selama kami berkawan tu jangan cakap laaa berapa ramai girls yang contact saya just untuk bagitau suami saya tu bf dia. Saya layankan je. Tapi, 3 tahun lepas dia lamar saya untuk jadi isteri..

So, kami makin rapat. Tak kisah pun gosip2 pasal suami. Sebab? Saya fikir kalau dia ajak saya kawen, maknanya dia serius dengan saya. Jadi saya teruskan. Gosip2 liar saya abaikan.

Selama tempoh menunggu untuk jadi isteri ni hubungan kami normal. Tak pernah bergduh. Sebab saya jenis yang tak suka bergduh. Kalau merajuk pun seminit je bertahan.

Sampaikan, kakak-kakak ofis tegur. ‘Lea, akak tengok awak ni happy je. Selalunya orang bercinta ni ada la masa2 masam muka. Yang awak ni tak nampak pun muka stress ke apa’.

Malas sebenarnya nak bergduh. Kita skit hati. Jadi, saya cuba jadi orang yang positif. Tak kisah pun tengok komen2 gedik beberapa orang perempuan di fb suami. Tapi komen2 tu suami tak balas pun. Jadi saya tak ambik port sangatlah.

Tipulah kalau kata saya tak merajuk.. tak cemburu.. ada juga.. tapi malas dilayan. Suami pun jenis cool. Bukan jenis marah2. Tak cepat melenting.

Pada saya, dia lelaki yang sangat baik. Hormat orang tua, soft spoken dan semestinya kacak. Mungkin sebab tulaa ramai peminat.

Sampailah hari menikah.. saya ditinggalkan. Tanpa nafkah zahir batin. Tanpa khabar berita. Mesej2 saya tak dibalas. Cuma hal2 penting sahaja.

Sedih memang sedih. Suami berubah 360 darjah. Sampaikan saya dah tak kenal siapa dia. Kami dah macam orang asing. Dah bergelen air mata habis. Tapi sekarang dah kurang sikit membazir air mata. Sebab hidup perlu diteruskan.

Penat jugak menangis ni.. Mata hidung semua jd sembap. Hodoh je bila bila tengok cermin. (Tapi saya cantik tau hahaha perasannya).

Maka bermulalah episod ujian dalam hidup saya. Tak lama lepas kawen, ada seorang perempuan hantar pesanan di fb. Disoalnya siapa saya? Tak tahu ke yang suami saya tu dah ada gf sebelum ni?

Saya masa tu ketar kepala lutut jugalah, hahaha. Tapi saya cuba wat lek wat peace. Saya balas dengan cara paling berhemah.

Tak mahu jadi perempuan low class seperti dia. Saya just cakap, ye dia suami saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun. Kisah2 cinta dia sebelum kami menikah ni saya tak layan sebab sekarang dia suami saya yang sah. (Biarpun saya ini hanyalah isteri diatas kertas shj).

Terus dia diam dan bl0ck saya di fb. Eh, dia pulak yang block kita.

Semua benda2 diatas tu saya tak sorok pada keluarga mertua. Pendek kata Allah dah anugerahkan saya keluarga kandung dan keluarga mertua yang terbaik. Tapi mungkin ini permainan Dasim. Benci melihat hubungan halal anak adam.

Selepas dari episod perempuan tu, muncul pulak episod gf yang lain pula. Tapi yang ini special sikit sebab sampai ke hari ni memang suami saya berhubungan dengan dia.

Dah banyak mata yang melihat mereka keluar berdua. Pernah juga terkantoi chat suami dengan perempuan itu. Saya cuba berseloroh, supaya dia berterus terang kalau dia ada gf lain.

Memang takklaaa dia nak mengaku. Kenapa nak takut? Kenapa tak nak mengaku? Saya fikir, mungkin dia tak nak perempuan itu dipersalahkan.

Pernah dia marah pada saya, sebab saya cuba mesej perempuan tu. Saya cuma nak berkenalan dengan gf suami. Tapi berapi saya dimarahi suami. Perempuan tu mengadu saya mesej dia. Eh, penakut rupanya dia.

Jadi saya hanya berdiam diri. Dah orang tak suka kita. Walau saya punya hak sebab saya isteri. Tapi hak saya dinafikan suami. Saya fikir, nak je saya saman perempuan ketiga ni. Tapi malas pulak, sebab suami sendiri yang melayan. Dan saya pula dah lama dibuang.

Ada yang suggest supaya saya minta fasakh. Tapi pada saya itu jalan terakhir saya akan ambil sekiranya semua usaha saya dan keluarga menemui jalan buntu.

Lagipun, siapa tak sayang suami. Dan saya sayang perkahwinan ni. Kalau boleh saya akan usaha selamatkan sehabis daya. Tapi andai kata, usaha saya tak berbalas.. maka saya redha.

Pasal sihir pemisah yang saya cakap tadi, saya ada dibawa berjumpa dengan ustaz darul syifa. Rata-ratanya mengatakan suami terkena guna-guna. Siapa pelakunya? Saya pun tak tahu. Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Sehingga ke harini, saya masih lagi berikhtiar. Cuba untuk mengembalikan semula suami ke pangkuan keluarga. Tapi takdir Allah tak siapa yang tahu. Saya hanya mampu berserah.

Suamiku, saya ampunkan segala salah dan silap awak. Buat teman wanita suami, selamat berbahagia diatas kesedihan orang lain.

Buat penyihir yang hanya Allah sahaja yang tahu, semoga Allah mengampunkan dosa kamu. Dosa kamu pada saya mungkin boleh saya maafkan tapi saya perluukan masa.

Buat keluarga tersayang, maafkan Lea. Lea hanya memberi duka buat ibu ayah. Doa Lea semoga Allah segera memghapuskan luuka-luuka di hati ibu, ayah, umi dan walid. Dan semoga Allah memberikan kita semua jalan yang terbaik.

Tak ada siapa yang betul dan tak ada siapa yang salah. Saya tak menuding jari pada sesiapa. Semuanya aturan Allah. Tak kan terjadi sesuatu tanpa izin Allah.

Akhir kalam, setia is not depends on gender. Boys or girls kalau nak cvrang tu.. cvrang jugak. Kalau salah seorang tak melayan, tak kan jadi k3s cvrang mencuurang ni.

Satu lagi guys, dunia harini mungkin makin moden, kereta terbang sembang kencang tapi jangan terkejut kalau orang yang percaya pada sihir ini masih wujud.

Mungkin kisah saya hanya ada 1 dalam 100 orang. Tapi percayalah ujian Allah banyak menyedarkan kita.

Ujian setiap orang berbeza. Allah pasti akan uji setiap hambanya yang beriman. Ujian saya begini, ujian kamu pula begitu. Allah menguji sesuai dengan kemampuan kita.

Semoga saya dan yang senasib dengan saya akan menemukan titik redha yang sebetulnya. Mungkin waktu itu barulah Allah mengabulkan setiap doa kita.

Teruskan berdoa dan meminta tanpa putus. Allah tidak zalim. Sampai waktunya, kita pasti temui bahagia samada di dunia atau di akhirat

Kisah saya ini masih belum menemui penamat. Tapi, saya sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Baik atau buruk pun ia terpaksa saya terima.

Mohon doa kalian semua semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik untuk kami.

Semoga ketemu lagi. Assalamualaikum.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama. Ramai yg bagi nasihat dan kongsi pengalaman

Vivi Hana, peliknya… bekas biras. ex adik ipar. ex isteri adik….tapi duduk serumah dengan ex mak mertua. kalau saya jadi sis, jangan harap saya boleh jejak kaki kat rumah mak mertua selagi muka dia ada d sana.

yang mak mertua dia masih simpan ex menantu tu pasal apa? boleh je mak mertua jaga anak tapi biarlah duduk rumah asing.

Boleh pula buat tak ada apa, sembang macam biasa jantan ngan betina. kalau saya mau meng4muk. jenis manusia tak malu. sis ni pula yang rasa geram….macam tak kisah pun perasaan bini. langsung tak ada rasa bersalah.

Andai kata ex suami dia nanti kahwin lain, mcm mana pula erkk? laki tak apa, kasihan pula bini makan hati tengok ex wife masih duduk serumah. macam nilah sis, alang2 dah tidur sekali…

Sedekah kan saja dia dgn betina tu. kalau suami sis betul2 sayang, suruh ex biras tu duduk rumah lain. kalau tak, just Move on..

Sarifah Taha, Rasa di khianati kan? Yang bengan bila family mertua suruh maafkan n boleh lagi layan bekas biras tu macam takde paper n jadikan kita pulak nampak yg salah.

Cuba kalau anak perempuan mereka yg kena game camtu mau meng4muk satu rumah tu.. Ni sebab yg buat hal tu anak lelaki mereka sesenang je suruh lupakan n memaafkan.. Rasa nak maaki je satu keluarga tu kan.

Qaseh Lia, Sabar nya awak.. sanggup nak hadap mcmtu .. kalau sanggup boleh tahan kemarahan teruskan sis sbb tahap ksbaran lain2.. kalau sy dengan suami biras mertua adik beradik suami pun sy tak pandang kalau diorg boleh bg muka kat biras yg mniduri suami kita.

Ujian bhgian masing2.. bertabahlah ye.. sbb tu kita org pompuan ni kene keje ada pndapatan tk kisahlah keje apa.. jnji pgang duit.. suami ni pinjaman jaa.

Hartini Azni, Perempuan kne cerdik demi masa dpn ank. Puan x kje jd kne sabar dlu. Dlm puan bersabar cukup lh ada ank lg dgn suami puan. Apabila ank dh blh berdikari, puan pn blh kje. Jd masa itu la ambil keputusan. Hati bila skit sush nk mfkn.

Nafisah Mamat, Hmmmm….pasti ada sebab kan tt masih lagi bersama. Kalau rasa tak.memudaratkan diri …bertahanlah. Kalau memakan diri…bina kekuatan utk angkat kaki. Cati dulu kekuatan.

Pelan² cari kerja…lepas dh ada sumber ekonomi..jangan fikir cukup ke tak nanti…bincang elok² undur diri memandangkan depa pun tak jaga air muka kita.

Sofea Liana, Pening sy baca kisah awk ni sis. Sorry to say, i rasa u mcm x siuman je sis..takpun fmly husband u yg x empok. Eh entahlah. Nasihat i, u better start hidup baru.

I rasa u blh gila kalau lama2 u hidup dlm situasi aneh mcm tu.. n bekas biras tu mesti dia pandang kat u sebelah mata je.

Miss Yana, alasan sbb anak2…. sebab x keje, sorry2. sy nye pengalaman.. sy tuntut fasakh….. x snggup sy trus mkn hati…. sedeh skejap… sy pilih utk bahgia…. ank2 pon bahgia tngok mak dia bahgia… ermm juz nk bgtaw…

hdup skali… knp perlu derita sdgkan bahgia tu pilihan….. xperlu bg alasan ank2…n awk xde kje… awk…. cter kite lbih kurang …. tp sy punya cter lebih extr3me dri awk….

Sy gile sekejap… mkn p1l murung…. n last skali… sy rasa lbih bhgia…. awk kuat.. tp lau awk pilih utk stay…. bnykkan baca yassin… Al fatihah utk kebahgiaan awk.

Kardina Sofia, Respek la famili laki awak dan awak sekali… Mcm tu sekali punya.open minded.. Kalau aku la kan..dgn suami dengan mak mentua sekali aku kirim salam boleh blah.

Tak kira la anak kecik ke, tak kerja ke mmg tiada esok bagimu.. Apsal tak suruh ex biras sewa rumah lain..masa kerja hantar anak suruh mentua tu jaga.

Mslim Aida, Keluarga 69. Tunggang terbalik dan penuh toksik. Rancanglah masa depan baik2. Tuntut nafkah tiap2 bulan dgn suami. Buat simpanan sendiri. Dan rancanglah anak supaya tak bertambah lagi.

Sampai satu saat, puan dah cukup saving, angkat kaki yaa puan. Dan hiduplah dengan tenang. Kalau saya, boleh maafkan semua orang, tetapi melupakan tidak sama sekali. Dan benda tulah yg akan menghantui fikiran senantiasa.

Nora Zizan, Maafkan saya ye sis sepatutnya sejak sis tau perkara ni sis sepatutnya bekerja untuk masa depan sis n anak kumpul duit sendiri supaya sis tak hadap lagi family macam tu tolonglah sis jangan bagi alasan sis bertahan kerana anak banyak sangat perkara macam ni terjadi tolong jadi kuat untuk diri sendiri sis bukan lemah dengan dosa yg suami dah buat.

Syahirah Ismail, So baangang, blaa lgii bgus sis. Weh bersepah jntan2 kt luoo tu . Aggp je tkde jdoh, aggp jee andaii jdoh kau pstii ade dgn yg laen, yg lgi baek. Yg reti hrgae kau sbgai wife diee. Kau tkyh nk kata brtahn sebb ank.

Klo aku skit pon aku tk pndg dah jntan tu. Tk rela hati aku nk share bebird ng betina sundal yg suke mnyundal nii. G jahanam. Ate s4kit wehh, Tkde kemaafan lgi dah, bab ank tu bole bt tntutan hak mutlak , jgn sebb ank kau jadi bodoh sis.

Haridar Haider, Pelik la kenapa perlu terima org yg rosakkan hati kau… Blah je Dr fmly mcm tu… Fmly kau mn? Fikir utk diri sendiri br fikir ttg org lain blh x? G org yg berwajib mntk pandangan. Kalu tanye kami dlm Maya Ni mmg suruh blah la.

Blh kau tgok org tido dgn laki kau. Aku YG x kawin Ni pun x leh terima. Emmm Kang ckp bodo maarah. G je la mntk nasihat org berwajib.