Sy cikgu, pnh “bersama” dgn 3 lelaki iaitu ex sy. Sy dh nk kawen dgn Ustaz, sy jd tak0t

Foto sekadar hiasa. Semoga yang membaca ni dapat pengajaran. Assalamualikum admin. Mohon hidekan acc saya ya. Saya zati (bukan nama sebenar) berumur 28 tahun bekerja sebagai cikgu di sebuah sekolah rendah dan tidak lama lagi nak mendirikan rumah tangga. Alhmdulilah, bakal suami saya seorang yang baik dari segi akhlak, berasal dari keluarga baik2 mak ayah dia guru agama dan dia bekerja sebagai ustaz di sekolah menengah.

Tapi saya dalam dilema min, terlalu besar masalah saya sehingga saya selalu di hantui kisah silam saya. Sejujurnya masa saya berumur 16, 17 dan 19 tahun, saya pernah beberapa kali bersama dengan 3 lelaki. Iaitu ex saya.

Allahu, terlalu hina saya min. Saya cari keseronokan dunia dulu, lupa Allah
Terlalu besar dosa saya kalau dikenang balik. Dia berjanji nak nikahi saya, tapi bila dia dah kerja dekat negeri orang dia tinggalkan saya, diam tanpa kata.

Saya berusaha cari dia sampai sekarang saya tak tahu dimana dia min. Saya terlalu b0d0 dulu min. Lepas dari kejadian itu, saya bersumpah yang saya tak kan kenal mana2 lelaki dalam hidup saya sebab saya tak nak kecewa kan sapa2.

Saya bertaubat, saya cari Allah masa saya betol2 down, saya berdosa. Tak dak sapa tahu even family saya sendiri min.

1 tahun lepas saya dikenalkan dengan bakal suami saya ni melalui kakak saya mula2 saya memang tak nak min sebab saya sedar diri dan saya dan bersumpah takkan kenal sapa2 lagi. Tapi mak, family semua berkenan dekat dia.

Saya cuba perlahan2 buka hati untuk dia, dan alhamdilah maakin lama maakin ada perasaan untuk dia. Dia baik min,selalu nasihat saya, tegur salah saya. Tapi satu je min masalah saya takut nak terus terang tentang kisah silam saya,

perluukah saya jujur dengan dia yang saya ni ada kisah silam? Saya nak tanya pendapat kakak2 abang2 makcik2 dalam ni perluukah saya jujur? Atau diam saja?Tolong bagi cadangan kat saya. Saya buntu min.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet. Kisah ke 2 di bawah lebih mendebarkan.

Nora Hifah, Kalu ceramah yg selalu saya dgr kalu kite dah bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi kita patut simpan kisah silam kita x perlu beritahu sesiapa..berdoalah agar allah tutup aib kite..teruskan kehidupan dgn matlamat baru..kita manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan cuma kita berusaha utk berubah..

Nadia Huda, Beritahu yg sebenar pada bakal suami awak..penerimaan dia yg penting…jika tidak mengundang padah di malam pertama dan seterusnya…akan lebih besar masalah dikemudian hari…

Kasih Kasturi, Jangan ceritakan aib sendiri pada bakal suami atau sesiapa sahaja,itu masa silam puan,sekarang puan dah bertaubat…jadi lupakan kisah silam dan perbanyakkan diri ingat pada yang Maha Esa…Yang berlalu tu kita lupakan sahaja…Allah dah tutup aib puan jangan dibukakan takut…penerimaan lelaki itu sendiri

Johan Arif, Allah dh terlalu baik dengan kita, Allah dh tutup aib tu untuk awak. Allah hadirkan bakal suami yang baik untuk awak sebagai gantinya. Pekara ini boleh jadi ujian untuk suami awak pula. Sebaiknya hanya biarkan tersimpan rapi aib tu dan lupakan. Kita hanya manusia yg lemah.

Wani Harun, pernah dgr ceramah, xperlu buka aib y lalu. bdoa allah tutup aib tersebut dan sentiasa bertaubat dan menyesali perbuatan tersebut. kte manusia mmg akan rasa tbeban dgn prasaan sndiri akan ksilapan masa lalu, tfikir perlu kjujuran dlm hubungan baru ni or etc.

jd sntiasa bdoa mntk allah pmudahkan urusan dan tutup aib tersebut.apa pun, smoga dpmudahkan urusan, ameen.

Samsuri Bari, Kalau bakal suami x tanya,x perlu bagitahu..tapi kalau bakal suami tanya,wajib bagitahu perkara yg sebenar supaya suami tidak rasa tertipu di kemudian hari..itu hak bakal suami..

ada ustaz bagitahu,yg kita boleh craikan isteri jika sebelum perkahwinan dia menipu bagitahu yg dia masih dara dan selepas perkahwinan suami dapat tahu yg isteri pernah ditebuk tupai sebelum perkahwinan.

Sabrina Ali, Lebih baik bertanya kepada yg lebih arif, ustazah yg boleh memberikan jawapan yg lebih tepat. Insyaallah. Saya doakan moga urusan awak dipermudahkan & dilancarkan Allah. Apa pun keputusan  pengakhirannya tetaplah berpegang & percaya bahwa takdir dan ketentuan Allah pastinya yg terbaik buat kita. Insyaallah.

Elizha Wiliam, Satu saja… Kalau sntiasa rasa bsalah better luahkan drpada mnympan dan dhantui perasaan bsalah dan penyesalan. Bila kita jujur atau mluahkn yg boleh mbuat hati kita lapang maka jujurlh sja dgn pasangan. It’s your choice sis. Nak rasa bsalah, menyesal smpai bila even kita dh btaubat pun kalau dhantui rasa bsalah tu smpai bila?

Last2 boleh jd murung, rasa xaman dihati, senak di dada memikirkan yg lalu, xbahagia.Tp rasanya bila mluahkn atau jujur itu mbuat kita rasa tenang, aman, skurangnya kita sdh bsikap jujur dgn pasangan… Itu kputusan dia utk mnilai sis slpas itu. Tp yakin lah sis. Bila smua djalan yg betul pasti indah yg menanti.. Jadi itu pilihan di tangan sis. Semoga dipermudahkan.

Abas Mukri, bukan apa la.. kbnyakn yg ustaz ni faham2 la..kdg2 dorg x nak yg dah tak drah..sebab rasa diri tu baik..kadang2 la x semua segelintir jak..sok2 suci.bnyak dah jumpa mcm ni bila tahu isteri tu xde d4rah x boleh terima hakikat..lepas tu isteri pulak yg jd sasaran x bahagia..dari dia thu nanti terus dia buat muka x puas ati bagus awl2.

KISAH KE 2, Hai, aku Ain. 26 tahun dan ibu kepada 2 orang anak anak yang comel.

Sebenarnya benda ni dah lama terfikir dalam benak fikiran aku. Tapi tak pernah terfikir nak meluah. Sampailah sejak sejak ni aku nampak banyak video dari tiktok yang bangga menjadi perampas. Bukan satu dua perempuan, banyak.

Ya, ianya tentang kecuurangan dalam rumahtangga. Benda ni pernah juga berlaku dalam rumah tangga aku. Ya, ex laki aku cur4ng.

Dengan? Bujang andartu dan bini orang. Aku tak pernah salahkan perempuan tu semata mata sebab benda ni. Kalau dua dua tak tepuk tangan sama sama takkan jadi.

First kecur4ngan ex, dengan anak dara tua. Umur 30an. Ada kerjaya elok. Cuma belum kawin saja. Dia tau ex aku suami orang masa tu. Ex aku masa tu hujung 20an. Bila kantoi, dia play viictim. Siap cakap dia bukan perampas. Say sorry bla3.

Tapi still ws sendu sendu “betul ke u nak kawin dengan i”, “bila kita nak kawin?” And buat status sedih. Rindu bagai. Katanya nak move on, tapi taknak block ex aku. Lepas tu nanti, berhubung balik.

Lebih sedih masa ni aku tengah mengandung anak pertama. Dia tau aku mengandung. Dia siap add aku dekat fb and like gambar kawin aku. Siap cakap tahniah lepas anak aku lahir.

Aku menangis fikir, kalau ex aku tak hargai aku (sebab dia lelaki kan), kenapa tak at least kita yang sama sama perempuan ni tak boleh respect antara satu sama lain?

Aku ade jugak kawan dengan sorang akak yang macam ni. Umur 30an. Kerjaya helok. Cuma belum kawin.

And ya, masa tu dia tengah kawan dengan laki orang. Kami dah berkawan sebelum dia kawan dengan laki orang tu lagi. Katanya, “akak tak kisah dia tak ada rumah tak ada kereta ke apa, akak cuma nak menumpang kasih.

Dan akak nak anak. Akak taknak dah tua tua takde anak. Akak sanggup kawin dekat siam supaya bini first dia tak tau.” Punya terkejut aku dengar.

Aku tanya dia, “akak taknak ke kawin elok elok. Pakai baju cantik cantik. Gambar cantik cantik dari kawin senyap senyap dekat siam tu? Sampai bila nak senyap?” Dia jawab, “akak nak anak. Tak kisah laa lepas tu apa jadi”.

Tapi last aku contact dengan akak ni, benda dah kantoi. Memang kena maaki laa dengan bini laki tu. And ya, dia ws aku cerita sedih sedih. Terus kena ceramah dengan aku as bini yang pernah tersaakiti. Aku faham sangat apa yang bini laki tu rasa.

Kami pon lama dah tak berhubung lepas benda ni jadi sebab bila aku contact dengan akak ni, aku jadi terbawa bawa perasaan dekat akak perampas tu.

Second, bini orang. Ws lvcah-lvcah. I love u. Sayang sayang. Ws sampai pagi pagi buta. Bagi gambar sana sini. Anak dah 3 4 orang ni. Kalah aku. Umur memang 30an dekat 40.

Bila kantoi dengan laki dia, laki dia yang cari aku. Bagitau semua benda. At last laki dia salahkan laki aku, kenapa kacau bini dia.

Bila aku tanya, kenapa bini dia melayan? Dia diam. Aku senyum saja. Sebab aku tak salahkan bini dia 100%. Tapi kenapa dia salahkan ex aku sepenuhnya padahal dua dua hanyut. Dia cakap bini dia dah nak stop, tapi ex aku yang mencari. Seboleh boleh backup bini dia masa tu.

Then aku tanya semula, kenapa tak block? Aku as perempuan, kalau aku tak suka or taknak layan, aku akan block laki tu. So dia takkan boleh ws aku lagi. Jadi kenapa bini dia tak bl0ck? Dan lagi sekali dia diam.

Aku as perempuan yang pernah ada laki tak guna macam ni, ya, aku ada rasa sunyi. Aku ada rasa nak dibahagiakan. Aku ada rasa nak dimanjakan. Lagi lagi lepas kepercayaan aku pada dia dah takde.

Tapi, aku tau status aku is – isteri orang waktu tu. Dan aku ada anak. Tak sempat aku nak mengg4tal lagi.

Baik aku cari duit untuk tanggung anak anak aku. Aku cuma fikirkan masa depan anak anak. Yang aku tak faham, wujud ye perempuan macam ni? Perempuan yang mengkhianati k4um dan suami sendiri.

“Mungkin” laki kau tak baik pada kau, tapi kenapa tak cerrai saja lepas tu lantak kau laa nak cari lelaki lain. Cur4ng ni pilihan. Ya, pilihan paling bdoh. Aku as perempuan, sumpah aku tak boleh brain spesis apekah dorang ni.

Mungkin perempuan perempuan yang tak kawin lagi tu boleh kata “senanglaa kau cakap. Kau dah kawin. Dah ada anak. Kau tak rasa apa yang kami rasa.” Yes, aku tak rasa apa yang korang rasa.

Tapi, sanggup kau pentingkan perasaan kau dan bnuh perasaan perempuan lain cuma untuk kebahagiaan kau sendiri? Seriously?

Lelaki bujang tak kira tua ke muda banyak lagi bersepah dekat luar tu. Aku ada saja kawan kawan lain yang tak kawin lagi, tapi dorang just enjoy the moment jadi single.

Ada jodoh, kawin. Takde jodoh, kami teruskan berdoa. Aku selalu pesan dekat dia, bahagia ni, bukan cuma sebab ada suami, sebab kawin, sebab ada anak. Bahagia adalah datang dari kita.

Kawin tak menjamin sebenar benar bahagia. Banyak saja perkawinan yang musnah. Tak bahagia. Mungkin lebih bahagia hidup sendiri dan bahagiakan ibubapa.

Mungkin korang tak nak tinggal sebab dah terlanjur sayang. S4kit bila putus cinta ni. Tapi percayalah. S4kit lagi perasaan bila pasangan kau cur4ng.

Yang tak kawin pon rasa nak m4ti apetah lagi yang dah kawin ada anak bagai. Rasa paling s4kit yang pernah aku hadap. Dikhianati. Dikhianati oleh suami sendiri dan k4um sendiri.

Kepada perempuan perempuan yang sama nasib dengan aku, aku tau, banyak. Banyak aku baca, banyak aku dengar, banyak aku nampak.

Lagi lagi yang masih bertahan sebab fikirkan anak. Aku doakan korang tabah dan kuat. Doa banyak banyak. Allah janjikan kesenangan selepas kesusahan.

Aku percaya akan ayat tu. Kalau tak dekat dunia, insyaallah diakhirat. Yakin dengan janji Allah yang satu ni. Jangan jadikan alasan laki korang cur4ng, kau pon nak cur4ng jugak. Jadi, takde beza kau ngan laki kau.

Dan kepada perempuan perempuan yang masih menempel dengan laki orang tanpa rasa bersalah tu, aku doakan korang jumpa kebahagian korang sendiri nanti.

Kalau terbuka hati nak tinggalkan, tolonglah tinggalkan. Kau takkan bahagia hidup atas penderitaan orang lain.

Which is benda yang kau akan ingat sampai m4ti and yang lagi sadis, mungkin anak atau adik perempuan kau akan rasa benda yang sama macam kami rasa. Menangis sebab perbuatan korang.

Sebab doa orang teranaiya tu Allah pandang tau. Dan lagi payah, bila kau tak dimaafkan lansung oleh sang isteri.

Kita ni, bukan selamanya hidup. Akhirat tu ada. Aku pon bukan nak ambil alih kerja tuhan, tapi kita sama sama beringat. Sebab kita sama sama perempuan.

Apa yang kita buat, kita boleh fikir dulu. Melainkan kau tak pernah kisah pasal anak kau dan akhirat nanti, dah tak boleh cakap apa laa. Dasar kepala batu.

Dan kepada perempuan yang cur4ng dengan lelaki yang setia dengan kau. Mungkin dengan alasan bosan. Sumpah, anda bdoh. Lelaki setia dah tak banyak weyh. Hargailah. Macam aku cakap, cur4ng ni pilihan.

So kalau kau rasa kau tak boleh go dengan pasangan kau sekarang, lepaskan. Baru cari lain. Aku taknak ulas pasal lelaki, sebab lelaki semua sama. Hahahaha kbye. Hakak gurau. Gurau . Assalamualaikum.

P/s : Aku tak pkul rata semua andartu sama. Yang mana ada buat tu mesti terasa. Mana yang takde buat tu takkan nak terasa jugak kan.

Malah aku tabik dengan andartu yang rela single dari menyendeng dengan laki orang. Dan sorry kalau cerita aku terabur dan entah apa apa. Aku cuma meluah…