“Sungguh cantik kak Ernie, semoga kekal berhijab”- Netizen

Pemakaian tudung antara perkara wajib dalam agama Islam. Seperti yang kita ketahui, ramai artis-artis wanita di Malaysia telah mula berhijab antaranya Jihan Muse, Lisa Surihani, Eyra Hazali dan terbaru penyanyi popular, Ernie Zakri.  Ernie Zakri yang dikenali dengan lagu Gundah ini pertama kalinya memuatnaik foto bertudung di Instagram miliknya baru-baru ini.

Ernia juga mengambil keputusan untuk berhijrah selepas sekian lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akui, sudah tiba masa untuknya berubah secara perlahan-lahan.

Alhamdulillah, akhirnya Ernie dah berhijab. Cantik dan dan sangat manis bila melihat Ernie bertudung litup.

View this post on Instagram

❤❤❤❤❤

A post shared by @ erniezakri on

Perkongsian foto terbaru Ernie ternyata membuatkan ramai netizen teruja melihatnya berhijab sehingga mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Peminat-peminat Ernie tidak melepaskan peluang memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka ini terus istiqamah dengan penghijrahan terbarunya.

Foto Ernie bertudung juga telah menerima sebanyak 42,000 tanda suka.

“Alhamdulillah cantiknya dah bertudung, semoga istiqamah ya”- Netizen

“Semoga Ernie terus istiqamah ya, niat yang baik”- Netizen

Sementara itu, rakan rakan artis antaranya Nabila Razali, Wany Hasrita dan Indah Ruhaila turut mngalkan komen pada posting terbaru Ernie.

Alhamdulillah cantik sangat tengok Ernie berhijab. Ramai peminat-peminat doakan untuk Ernie, semoga terus istiqamah yaa..

Sumber: Instagram erniezakri

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*