Suami miskin. Satu hari kwn sekolah ajak naik kereta baru, beli cash ratusan ribu. Blk rmh reaksi suami buat aku tersentak

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Hari ini aku berjumpa dengan kawan lama. Dah hampir dua tahun kami tak jumpa. Rasanya kali terakhir masa buka puasa dua tahun lepas dan hari ini kami berbuka puasa lagi bersama. Dari zaman sekolah aku kawan dengan dia orang ni.

Dan sejak dari dulu sampai sekarang aku rasa hidup aku jauh kebelakang dari dia orang.. Aina dan Laila anak orang berada.. Keluarga aku pula dari flat kos rendah..

Hari ke tiga ramadhan Laila whatsapp ajak keluar berbuka. Katanya Aina ada sekali. Lepas aku fikir 2 3 jam and lepas minta izin suami aku pun setuju dengan Aina akan ambil dan hantar aku balik..

Kereta baru cantik hon depan bustop. Aku masuk kereta, diam. Selang beberapa saat aku tanya, kereta siapa ni. Dia diam saja gelak2.. Aku tak cemburu, aku kagum, alhamdulillah murah betul rezeki kawan ni.

Sampai kedai nampak Laila dah tunggu, makanan dah sampai.. Borak borak kosong, lepas makan baru kita cerita tentang life masing2.. Bukan life aku, tapi life dia orang..

Laila dah setahun putus tunang, tapi masih belum move on. Hidup nya tak tenang.. Anx1ety dis0rder, krus cengkung.. Tapi masih, dia yang paling cantik antara kami bertiga.. Jauh lebih cantik dari aku..

Selama ni aku fikir, jadi orang cantik macam Laila senang, bertuah nya dia.. Cari kerja senang, cari teman hidup senang.. Tapi tak.. Dia pun diuji.. Saakit nya jelas..

Baru sekarang dia nak fikir tentang diri dia, baru try loan kereta.. Then plan nak beli rumah.. Bertahun buang masa dengan orang yang salah. Mungkin salah.

Selama ni tak pernah terfikir tentang kereta, rumah sebab selama ni bertahun rasa dia ada support yang kuat dari bekas tunang..

Kata Laila perjumpaan kita buat dia rasa lega amat sebab dapat bercerita dan dia rasa hari ni macam dia tak pernah ada masalah hati. Gembira. Eksited. Sampai dia bayar semua bil makan, haha.

Aku tanya sekali lagi tentang kereta baru Aina.. Beruntungnya kata aku.. Aku tumpang gembira.. Dia beli kereta cash ratusan ribu.. Cantik betul kereta nya.. Selasa sungguh.. Aku susah betul nak dapat kereta kata aku..

Cerita di sebalik nya.. Suami dia berkali kali kantoi cuurang.. Pernah sekali kantoi bawa perempuan lain masuk rumah tidur dalam bilik dia masa dia balik rumah mak dia..

Lepas berapa lama ada rezeki dia beli kereta dan cari kerja sebab nak prepare kalau apa apa jadi dalam rumahtangga.. Atleast ada kerja untuk sara anak kecil yang seorang..

Aku diam..

Apa aku nak cerita tentang hidup aku.. Aku kahwin lepas betul betul habis sekolah.. Anak yang sulung dah 10 tahun.. Anak no dua 6 tahun.. Biasa biasa saja..

Menyewa rumah flat dan kereta saga.. Tak ada yang menarik.. Yang aku tahu, aku jauh kebelakang dari mereka.. Aina rezeki mencurah curah.. Laila bekerjaya, cantik..

Aina cakap, dia selalu ingat aku bila ada masalah.. Dia nak jadi macam aku yang selalu tenang macam tak pernah ada masalah.. Fikirnya selalu kenapa aku yang kahwin muda tanpa persediaan pun boleh hidup bahagia..

Aku cuma jawab, tak ada orang yang tak ada masalah.. Tapi jujurnya, aku dengan suami bahagia..

Laila cakap, dia idamkan rumahtangga sempurna macam aku, suami yang baik dengan anak anak comel yang sihat membesar.. Sedangkan aku, selalu mengeluh dengan suami tentang masalah kewangan..

Perjalanan pulang, sekali lagi Aina cakap.. Dia jadikan aku idol sebab selalu tenang dan matang..

Aku diam, termenung..

Balik rumah lihat suami tersenyum, anak anak bertalu talu bertanya umi pergi mana umi pergi mana. Aku tersentak, mungkin selama ni.. Kurang rasa bersyukur dan selalu melihat kekurangan..

Kali ini untuk pertama kalinya aku rasa aku tak dibelakang lagi, aku cuma perlu bersyukur.. Tuhan aturkan manusia dengan rezeki yang lain lain..

Semoga sahabat sahabat aku terus dikurniakan rezeki, sihat dan sejahtera dalam rahmat Tuhan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Mizz Yan, Memang itulah kehidupan.. Aku pernah jumpa, seorang perempuan yang ada suami bergaji puluhan ribu. Dia ni setiap Kali jumpa je mesti cerita tentang duit dan nak bagitau semua orang dia ni tak heran dgn duit..dia ni bukanlah dr keluarga kaya..

dia cerita suami belikan beg lv la, suami bagi duit ribu riban, tapi hidup dia seolah2 tak bahagia. Suami dia sering bertukar2 awek.. depan dia kalau boleh nak pegang tangan 24 jam.

dia cerita juga perihal adik beradik, tp cerita yang dia sampaikan seolah2 dia adalah keluarga yang bermasalah.. pengajaran dekat sini, jadilah orang yang sentiasa bersyukur.. elakkan bercerita tentang kemegahan hidup, nanti aib terbuka.

Nur Eika, Semua orang rasanya pernah hadap apa yg you hadap. Kawan you yang 2 org tu pun hadap benda sama sebab dia rasa life u best. Dan life dia best. Everyone nak something yang diorang xada. You maybe nak kestabilan dan kewangan mereka, dn mereka nak kebahagian yang u ada. Dan benda tu normal..

Bersyukur ni kita tak perlu tahu orang yang kita agungkan tu akhirnya rupanya tak lah seagung kita fikir kan..

Cuma, bersyukur dengan hidup kita. Itu sudah cukup. Bersyukur tak lapar, bersyukur ada rumah, bersyukur ada kereta untuk bergerak.

Naza Razali, Terima kasih confessor. Confession yg sgt bermakna. Sy lambat bertemu jodoh, dan sekarang masih belum diberikan zuriat, umur pn x lama lg menginjak ke 40. Memang sedih bila bcakap pasal hal ni.

Tp Alhamdulillah sebab diberikan rezeki melimpah dari sudut lain. Bersyukur dapat suami yg baik, sentiasa ada depan mata, kerja yg stabil, rumah & kereta yg selesa. Bersyukur dengan apa yg ada, aturan Allah adalah yg terbaik untuk kita.

Nurul Hazwani, Nasib org mmg X Sama..Ada je dah la miskin..rumahtgga pun X bhgia.. ank2 jadi huru hara.. ibarat jatuh dtimpa tangga kmudian dlenyek Lori.. tp dberikan ksihatan yg baik.. Dan Ada jgk org Kaya ..dah la Kaya..hidup kluarga bhgia..

tp ksihatan plak buruk..Dan Ada jgk bgitu n begini.. susah la nak cakap ttg khidupan Manusia ni.. spertinya yg dtulis…bsyukur aje laa Kita hidup ddunia ni..jgn terlalu bandingkan hidup org dgn hidup Kita..

Nur Arika, Alhamdulillah. Aku pun selalu rasa terkebelakang, tapi bila tengok life org2 sekeliling aku lebih bersyukur. Rezeki aku dpt besarkan anak depan mata.

Tak bekerjaya tak berduit, tapi rezeki dapat tengok mak hari2, adik beradik depan mata. Bila2 boleh jumpa. Bahagia je rasa walau tgk org pakai baju lawa, beli barang kemas. Tapi alhamdulillah tak jeles pon, rezeki ni lagi nikmat.

Nur Haiza, Inilah kehidupan.perjalanan kehidupan masing2 Tak sama tapi pengakhiran Kita tetap sama.Allah itu maha adil,rezeki Kita sikit,

tapi berkat.alhamdulillah Allah bagi keluarga bahagia,kereta Tak rosak,kesihatan yang baik,rumah yang kecil tapi selesa..kuncinya bersyukur.

Safiah Hamid, Cerita biasa.. tapi merembesnya air mata saya. Kan.. kita mungkin rasa hidup orang lain jauh lebih baik dari kita.. bila.. mereka nampak serba mewah… tanpa kita sedar bahawa.. kita

walau kita tak kaya mana.. Allah kurniakan kita macam macam nikmat .. yang PERLU untuk kita.. jadinya memanglah sebenarnya kita WAJIB bersyukur kepada Allah.

Kuza Ahmad, Saya berpegang pada istilah Qanaah, sentiasa cukup dgn setiap kurniaan Allah. Sentiasa berkata, rezeki org tak sama, dugaan org tak sama, kebahagiaan org pun tak sama.

Berapa banyak di luar sana y mncemburui kita, tapi kita pula mncemburui kehidupan org lain. Sentiasalah bersyukur dgn kurniaan Allah krn itu adalah y terbaik utk kita.

Sentiasa redha & sabar dgn ujian Allah krn kita mampu utk mengharunginya. Always think positive, letakkan Allah no. 1 then you won’t regret. Semoga kalian semua berbahagia dgn life masing2.

Anna Kirana, Tu je kita perlu dalam hidup ni.. Kadang kita bandingkan kehidupan org lain dari luaran je.. Tanpa tahu dalaman.. Macam tu la juga dgn TT..

Allah tu maha adil, yg kita cuma sentiasa ingat ialah untuk bersyukur dgn segala rezeki dah rahamat Allah beri… Kalau kita selalu bersyukur inshaAllah suma akan rasa cukup.

Rosma Jannah, Betul tu confessor, hidup hanya perlu bersyukur apa ada, sebagaimana Firman Allah, Sekiranya kamu bersyukur, akanku tambah lagi,

macam sy, suami mngal, ramai yg suruh menikah lagi boleh tambah anak, macam ada post yg lepaslh, pasal sorg anak tu, sy bersyukur ada jgk anak walaupon sorg.