Suami kuat mencarut, bila ada org call dia akan jawab “eh kau ni, org tengah berjimak sibuk je”

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Maaf entri panjang . Tiada paksaan untuk baca. nak lukis tak reti. Sejak kahwin aku jadi penat sangat. Bila dah ada anak lagi aku penat dan makan hati sebab aku berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa atas arahan suami.

Aku penat sebab Aku dapat suami yang kuat tido. Kuat mengarah. Baaran. Kuat mencarut. Tak ada budi bahasa. Tak ada adab. Tak ada rasa hormat. Tak reti jaga kebersihan diri. Dan hal agama yang selalu di anggap enteng.

Gurau dengan kawan kawan pun kadang ade je nak sebut unsur tak baik. Bila ada org call dan dia jawab “eh kau ni , orang tengah berji mak sibuk je” Sepanjang bergelar isteri, sekali pun dia tak pernah imam kn aku solat.

Puasa? Hanya di awal minggu pertama ramadan. Seterusnya tak puasa dan dia suruh aku masak, buat air untuk dia macam biasa. Aku pernah cakap hukum orang berpuasa buat makanan untuk orang yang sengaja tak puasa tapi dia herdik aku.

Tahun lepas ada kawan dia nak pinjam kereta sebab nak pergi beli nombor ekor, Aku tegur bagi pinjam untuk bantu dalam hal kebaikkan itu tak apa. Tapi bila kita tau niat dia tak elok dan kita bantu, itu tak baik.

Dia maaki aku . Malah dia kata hukum mana yang aku ikut . Ada satu hari tu kami nak keluar makan dengan kawan kawan kitorang. Aku nak mghrib dulu. Suami aku cakap ” nak maghrib dulu eh ? Dorg dah tunggu . Tak ape la lain kali je la awak ikut ye”

Solat jumaat ? Kalau dia ada dekat rumah dia tido. Belum pernah sekalipun dia d irumah hari jumaat aku nampak dia bersiap untuk solat jumaat. Sebelum arwh mak dia mngl.

Aku ada bertanyakan semua ni dan arwh MIL aku mengaku silap atas didikan. Dan masa tu baru aku tau suami aku dan abang dia dua beradik ni sama je termasuk lah bini aba g ipar aku tu.

Jangan kata bab hukum je nak mengaji pun dorang tak tau huruf Sebab keluarga memang jenis tak ambil berat soal agama .

Masa arwh MIL mening gal baru lah aku nampak dorang semua solat. Masa solat tu beria ia dua beradik kata dah dapat hidayah. Jangan nak buat jahat dengan dia . Sebab dia sekarang dah anak yatim.

Aku tak kisah kalau dorg tak pandai bab agama. Sebab aku pun bukan pandai bab agama. Dan benda boleh belajar . Aku pun Bukan anak org yang alim juga .

Aku seronok tgok dorg solat bila arwh MIL dh tak ada . Lilahitaala aku ckp aku seronok sgt tengok dorg bt benda baik . N aku berharap ia nya berterusan tapi rupanya hanya masa tu je ..

Aku kadang penat dengan kerja rumah . Anak. Dan bila waktu aku rehat suami aku selalu ganggu. Pkul 3-4 am dia tak tido, dikejut aku semata suruh buat air segelas. Kadang di kejut aku semata suruh buat maggie.

Pkul 3-4am kalau dia tido anak merengek dia marah . Terpaksa aku bawa anak kluar bilik dodoi di luar sampai tertidur . Dan aku akan di kejut bangun untuk korek telinga dia sampai dia tido.

Aku tak dbenarkan bercampur dengan jiran tetangga. Kawan kawan aku datang rmh pun suami aku pandang jelek.

Tapi kalau kawan kawan dia dtg rmh ber hu ha mghrib tak ingat dunia. Sampai aku malu jiran kiri kanan nak solat.
Kebersihan diri. cukup lah hanya aku yang tau. Aku penat sebab bila aku ckp sikit aku d herdik.

Aku tegur elok elok d kata melawan. Mula lah nak berangin. Nak suruh tengok anak sekejap sebab aku nak solat pun kadang boleh jd isu . Pkp cuti panjang . Sekali pun aku tak nampak dia solat . Pkul 6 ptg baru bangun, bangun bangun suruh aku siap hidang makann n minuman utk dia .

Belum cerita pasal nafkah . Zahir batin .
Dah banyak kali aku bincang dengan dia pasal benda ni tapi dia ttap dengan kepala angin dia. Cara dia marah aku n anak pun kasar siap tunjuk penumbuk depan depan muka kitorang dan getap gigi tapi buat masa sekarang tak naik tangan lagi.

Tapi akan datang? Mak dan ayah aku nak datang jenguk aku tak di bagi. Aku nak jenguk mak ayah pun tak di bagi padahal rumah selang 2 taman je

Aku tanya kabar mak ayah melalui ws di perli. N raya pkp. Dia yang offer at aku nak anta aku kat umah mak dan ayah aku untuk salam raya sekejap. Alih alih bila aku dah siap dia maaki aku siap u gut kalau nak balik raya umah mak ayah aku dia akan anggap aku bukan bini dia lagi.

Kalau dia hantar aku at umah mak ayah aku itu hantar untuk selamanya . Gamak nya aku bersiap dan terfikir untuk balik raya kerana eg0 dan lebih pentingkan mak ayah dari suami.

Malah dia kata sampai ke tua pun dia tak kan maafkan ayah aku. Itu lah katanya. Dia yang offer nak anta aku salam raya eh aku kena hembus pulak .

Punca dia benci family aku. Lepas bebrapa bulan khwin dia ada pakai honda bapa aku then eksiiden sebab masa tu kereta dia prob msalahnya suami aku ni tak ada budi bahasa.

Bukan minta maaf. Dia bercakap macam dengan kawan kawan pula. Abg dia sendiri saksi. Ayah aku mrah bila dia bercakap tak ada budi bahasa. Ayah aku lepas mulut panggil dia menantu hantu .

Disebab kan hal ni lah suami aku kata keluarga aku bawa si yal. Dia tak bg aku berhubung dengan kluarga aku . Dia padam nombor fon semua ahli kluarga aku.

Ye dua dua salah. Dua dua dah berangin agaknya sampai main hembus je. Aku tau kenapa ayah aku lepas mulut ckp mcm tu. Ayah aku tu sbnrnya dah lama pendam je dengan perangai suami aku. N suami aku pun tau.

Cuma aku rasa dia buat buat tak tahu. Sebab masa mula khwin lagi dia start tunjuk belang dia . Kata kata dia Ye dua dua salah. Dua dua dah berangin agaknya sampai main hembus je.

Aku tau kenapa ayah aku lepas mulut cakap macam tu. Ayah aku tu sebenarnya dah lama pendam je dengan perangai suami aku.

N suami aku pun tau. Cuma aku rasa dia buat buat tak tahu. Sebab masa mula khwin lagi dia start tunjuk belang dia . Kata kata dia yang tak ada adab. Boleh buat org tua terasa hati.

Mencarut dpn mak ayah aku. dan banyak lg la. Sebelum kahwin tak macam tu perangai. Tak tau lah kenapa lepas sah je aku jadi isteri terus perangai dia macam tu depan mak ayah aku. Aku tak bela kan ayah aku sebab aku tau ayah aku tak sepatutnya cakap ayat ‘menantu hantu’ tu.

Dan aku pun tak berpihak pada suami aku sebab kalau suami aku tak mula kan dulu mesti ayah aku tak mcm tu malah syang dia lg . Menantu sulung kut . Tu suami aku kata dia anak yatim gamak bapa aku ckp mcm tu kat dia .

Tuhan akan balas katanya. Apa aku nak buat sekarang ? Dah bertahun aku hidup macam ni. Aku kadang rasa lebih baik aku hidup dengan mak ayah aku . Aku jaga makan minum dorang. Kerja dan besarkan anak. Tapi apa aku nak maklum pada jbtn agama ? Kesian mak ayah aku.

Aku khwin aku tak bahagia . Dorg pun aku tak mampu nak bahagiakan. Aku tak tau la benda yang aku hadap ni kategori pressure mntal or tak . Tapi ape yang aku tau hari hari aku sedih.

Aku stress . Aku menangis sorang sorang . Terfikir masa depan aku yang tak ada saving nak besarkan anak. Bukan sebab aku tak bt saving. Tapi setiap kali dia bagi aku duit untuk blnja brang dpur, asal ada duit baki aku simpan untuk menabung , suami aku pula ambil. Duit raya anak pun dia pinjam tak berganti.

Aku tau gaji dia tak besar . Aku tak pernah persoal pasal duit nafkah utk aku . Aku redha soal nafkah. Tapi bila dia layan aku n keluarga aku mcm ni , aku s4kit.

Sebab tu lah aku yang selalu urus n didik anak aku . Aku takut masa depan anak aku nanti mcm mna dengan budaya yang tak baik dr suami aku.

Kadang aku penat. Aku rasa baik aku mti tapi bila aku sedar aku kena kuat demi anak . Aku ada terniat nak pergi hspital. Takut aku depression . Tapi tu lah. Aku nak pergi pun mcm mna . Dia bukan nak teman aku.

Kenderaan pun dia je pakai. Lagi pun Aku pun nak tak tau prosedur nak mengadu kat jbtn agama tu macam mana. Nak kena pakai bnyak duit ke macam mana .

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Tajul Aidil, Saya harap bapa awak dan mak awak Ada baca posting awak ni.saya Tak kesian kat awak , pasal awak sendiri pun macam rela je stay ngan suami camtu tapi kesian kat anak tu.

Agak2 pendidikan yg macam mana la budak tu boleh dapat nanti ??? hai , bertambah lagi la bilangan anak bangsa yg rosak akhlak nanti. kalau ikutkan hati , nak je saya sumpah korang tak boleh dapat anak sampai bila2. dah mak ayah pun tak boleh harap , buat naya kat budak tu je.

Atie Amani, Mcm mana ya bole kawin dgn lelaki mcm tu.. main kawin je ka tanpa kenal hati budi.. teruk benar peranginya.

boleh tahan ke seumur hidup mcm tu.. ke nak harap dia berubah.. kalau x berubah? Ke nak tgu anak berderet baru nak lari dr hidup dia.. baik la kau blah sekarang.

Mawar Biru, Suami ada jodoh boleh carik lain..mak bapak tak da ganti dik oiii….sekarang semua dihujung jari dik..malas ngan rajin je..

Banyak je cara boleh research pasal umahtangga slh 1 fb ni haaaa…apa2 pun semoga Allah permudahkan urusan kalian.Jangan sksa diri sendiri & anak2.

Aifa Othman, Puan kene berdoa selalu minta pada Allah, suami puan diberikan hidayah, suami solat semula, diberikan rezeki yg cukup.

Puan kene buat aktiviti yg puan suka jangan terlampau fikirkan perangai suami ni. kite x mampu nk ubah apa2. Andai nya puan sgt stress pergi pejabat agama minta khidmat kaunseling.

Hanny Arif, Kalau laki kita bermasalah isteri kena cerdik dalam selesai masalah dengan laki n cerdik dengan ilmu kemanusiaan n agama.

X tahu dengar ceramah ustaz mana2.. dia ajar apa soal perbetulkan bacaan surah al fatihah .. nanti solat betulkan ia. Ustaz cakap solat malam buat..Usahakan bangun malam walau apa pun.

Ada masalah laki bodoh n panas baaran doakan minta supaya lebih cerdik n hati dilembutkan. Laki macam ini ubat dia kena lawan balik.

Kau buat cara marah kau dia lepas marah kat kau biar dia rasa bagaimana dia pulak kena marah..Tapi kau banyak takut n diam diri n takut derhaka x adil..

Kena ingat laki buat baik tapi mak bapak tiada ganti. Syurga neraka kena redho mak bapak sama dengan laki kau.. Dia dahx adamak bapak dia x ada salah dah.. yg dipersalah adalah kau pulak.

Segala beban hidup n x puas hati semua disebabkan bini. Kau perlu sanggaup ke..
X perlu jadi orang yg kena bodoh sangat sampai kena tunduk pada laki x elok. Sekian.

Izyan Zati, Aduhaiiii kalo sy lh masa raya tu blk je umh fmly.. Kn die ckp kalo awk raya kt kg die x anggp awk bini lg xkn amik awk lg so tulh jalannya nk lepas dr laki psiko mcmtu haih blh plk awk hadam perangai mulut puaka perangai hanat die ek?baik aku bye2 jelh hdp single ngn ank lg aman.

Norash Osman, Pergi pej agama mengadu.. tnya lah alasan apa blh guna,. X sefahaman ke.. apa ke. Atau mintak je dia hantar balik kpg mak ayah sis.. bg la alasan apa2.

Smp sana pergi pejabat agama bgtau yg suami ada taklik ‘kalau dia hantar sis maknanya hantar terus’.

Sakura San, Dah mcm2 dia buat pun tt masih tak tahu nak cakap apa dekat pej agama?tt kalau nak syg suami pun agak2 lah.mcm takde hala tuju je rumahtangga tt tu.mmg tak salah pun bapa tt panggil mcm tu,

dia penat besarkan anak dia,suami tt senang2 je nak buat hamba abdi.celik la mata dah hati tu tt.bertindak.tak maati lah takde suami durjana mcm tu.

Rizal Osman, Masalahnya ko pun syg laki ko Sgt. Contohnya masa laki ko bg taklik ckp klu ko balik rumah parent ko jgn anggap dia suami, menggelabah ko tak balik. Pdhal dia dah bg taklik kot.

Dan ko kutuk ayah ko yg panggil dia menantu hantu yg mmg betul pun smpi rosakkan kereta dia. So bersabar la dgn perangai laki ko OK, tambah kan lg bilangan anak supaya lg byk alasan ko setia dgn dia OK.

Ros Kelisa, Baca pon rasa nak hempok jantan celaka mcm ni.. memang istri wajib taat suami tp bkn suami yg setan mcm ni. Jenis xde kpla otak. Hambakan bni.

Ehh jantan ni mmg bernasib baik kamu jd bni dia. Klau org lain jd bni dia mmg siap la dia. Biadap , kurang ajar dgn pak mntua. Satu hal. Dah slh mnx maaf jela. Dr awal dh tnjuk prangai iiblis.

Patutnya ko dh buat kputusan dari awal.. dr jd hamba jntan x guna xtau pahala dosa xtau adab xde budi bahasa baik jd janda kak oi. Xde kebaikan pon yg aku baca utk d jadikan alasan utk ko stay dgn jntan cmni. Jdi kadam jd hmba laki x guna.

Rose Ahmad, Laki hanat cam tu pun nak tunggu lagi? Kalau saya lah, cari kerja.. Bye2 saja.. Tunggu dah kerepot baru nak menyesal? Terlambat dah time tu.

Pikir bahagia diri sendiri lagi bagus, ada mak pak lagi. Bukan dah maati.. Hargai lah keluarga yg masih ada dr somi yg bran giila cam tu.. Buat apa nak saakit kepala, saakit jiwa.