Suami dpt bonus, dia belikan sy seutas gelang emas tp utk madu sebentuk cincin emas je

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca, mohon hide profile saya. Macam ni crita saya .. tak tau la nak sedih ke nak apa ke. Saya bru seminggu tau kalau saya ni bini ke 2. Ok saya trima seadanya dan saya tak pernah lagi jumpa dengan madu saya sekadar tengok gambar jela.. Yang jadi masalah bagi pihak saya takde nak m4ki hamun nak m4rah2 bagai .

yang masalahnya madu saya .. Bila suami saya buat giliran dibelah saya dia asyik call merajuk dengan suami apa semua. Ok saya bertolak ansur saya sruh suami saya pergi belah dia risau tkut melarat ke apa nanti madu tu.

Padahal sebelum dia tau kami kawin, ok je suami tidur rumah saya. Bila dia tau, mula lah nak kontrol macam2.

Baru2 ni suami dapat bonus dan belikan saya seutas gelang emas tetapi untuk madu hanya sebentuk cincin emas. Awal2 lagi suami pesan jangan bagitau madu saya yang dia belikan saya gelang takut nanti dia terasa hati disebabkan madu hanya dapat sekadar cincin

Tapi saya ter up gmbar di facebook dan dia trus call suami saya m4ki2 cakap tak adil saya dapat yang besar dia dapat yang kecil.. Heii hello sekurang kurangnya dia belikan jugak untuk kau.

Saya da tak boleh bawa sabar dah. Bila da diam naik kepala plk.. Orang macam ni baik buat macam mane bagi sdar diri sikit. macam dia sorang isteri yang sah sampai control sana sini laki aq.. Tu je la min .. Maaf kalau ade ayat2 yang tak faham ke apa.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet. Kisah ke 2 di bawah lebih mendebarkan 

Wana Anuar, X taulah nak gelak,sedih atau simpati..biasalah sis adat&nm pon hidup bermadu knlah terima baik buruk..dah suami pesan awal2 tp gatai2 up gambar gelang emas watpe..mmg saje niat nak tunjuk&minta kena maki. hadap jelah..

mmglah belah sis&family x da nak maki2 sbb sis yg ambil& rmpas suami org.dr situ je dah jelas suami x adil.sis dpt gelang emas.madu dpt cincin je.

Naura Hana, Laki hang tu elok ditanam hidup2…mna letaknya yg dikata ADIL dlm berpoligami.. nmpk sgt sorg bgi gelang ,sorg bgi cincin..ni bkn setakat madu hang je yg meng4m0k,kera kt hutan pun blh naik angin tau x… dan hang memang suka nk tayang satu dunia apa yg laki hang bgi, mcm hang sorg je yg ada laki kt dunia ni..

Puan Ema, Elok madu awak tu pijak2 kepala awak..benam dalam pasir terus..

1. Boleh pulak madu awak izinkan suami dia tidur rumah awak sebelum dia tahu awak madu dia (apa maksudnya?? Maknanya dia tak tahu la sebelum ni rupanyasuami dia dah kahwin lain, mungkin alasan outstation)

2. Cuba suami tu belikan gelang tu kat madu awak,, bukan awak.. Awak boleh senyum lagi ke??

Baru tahu suami orang dan tak kisah.. Yer kerrr.. Ke memang tahu dah dari awal tu suami orang..

Hana Lisa, Hakikatnya madu tu manis kt lelaki je kt k4um perempuan ibarat hempedu pahitnya…lain kali para suami sekelian bli madu asli dri lebah je badan pun sihat hati pun manyak sinang bole hidup 100 tahun lagi ..k bye

Wati Izyan, Hakikatnya madu tu manis kt lelaki je kt k4um perempuan ibarat hempedu pahitnya…lain kali para suami sekelian bli madu asli dri lebah je badan pun sihat hati pun manyak sinang bole hidup 100 tahun lagi ..k bye

KISAH KE 2, Asssalam semua pembaca, Aku dibesarkan dalam keluarga berpoligami. Mak aku isteri pertama abah aku. Abah aku ade dua isteri.

So childhood aku memang tak best. Dibesarkan dalam suasana yang serba kekurangan kerana adik beradik aku ramai hampir 20 orang campur sekali anak angkat, haha.

Abah aku memang suka anak ramai, tak cukup lagi anak sendiri.. dia ambik lagi ramai anak orang susah atau anak-anak saudara dia jadi adik beradik kami.

Tapi kami sendiri pon bukan senang sangat, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bab g4duh jangan cakap la.. dah ramai kan, bergad0h tu jadi hobi. So aku nak tekankan kat sini, childhood aku memang sumpah tak best.

Ok dah cukup part tu ye sebab aku bukan nak cerita pasal family aku. Aku nak cerita pasal sorang sepupu aku ni

Keluarga sepupu aku ni lagi asyukkkk, bapak dia aka bapak saudara aku kawen 3. Sepupu aku perempuan ni anak isteri kedua. So bab poligami ni dah tak asing lagi dah.. pi mai pi mai tang tu jugakkkk perginya.

Sepupu aku ni boleh dikatakan cantik jugakla, pandai bergaya, cerah dan bersuara manja.

Pada suatu hari, ewahhhh macam dalam novel pulak, satu malaysia viral kisah sepupu aku ni telah di ‘offer’ untuk menikah dengan suami kawan baik dia sendiri.

Kaaum kerabat keluarga besar kami dah cuba pujuk dan bagi nasihat untuk tidak menerima ‘offer’ nikah laki kawan baik dia tu, tapi apakan daya..sepupu ku rupanya telah pon selamat bernikah.

Maka bermadulah mereka.. lama juga kami tak dengar khabar sepupu ni, tapi selalu nampak dekat medsos sepupu dan madu bahagia berdasarkan gambar-gambar yang di upload.

Akhirnya si kakak sepupu bukak cerita yang sepupu ni dah tak ngam dengan madunya seperti mula nikah dulu siap berpegangan tangan, tinggal serumah dan banyak jugakla sweet memories depa yang ditonjolkan di medsos

Oppppssss mesti hampa dah macam bosan kan baca… haaaa sattt, dah nak sampai part menarik ni.. para isteri mesti ada yang baca ni akan timbul beberapa perasaan. Teruja. Tersengih. Meluat. Menyampah.

Ok citer dia, kakak sepupu aku ni memang rapat gilerrr dengan aku, so dia pon bukak mulut cerita hal dalam kain si adik tanpa sengaja… sebab si kakak ni lagi cantik dari si sepupu ni.

Tapi dia macam ade “inferiority complex” sikit lepas sembang dengan adik dia ni sebab dia tak seperti itu. Seperti apa? Perenggan bawah, hehe.

Katanya, sepupu ni dengan suami dia bagai belangkas. Kalau si suami tu balik rumah turn sepupu tu memang melekat 24 jam. Apa maksud melekat?

Ya memang betul2 melekat yang mana dah kawen tu paham la kot nohhh hahaha depa punya round tu tak dak exit duk pusing roundabout situ lah nonstop, ada la kot letih rehat kejapp (slowdown).

Aduihhh aku jadi geli dengar, mula-mula dengar macam “wah bestnya ber ’round2′ uuuu…

Katanya, tak sempat masuk bilik, suami balik saja turn sepupu memang kat depan pintu tu lah dikerjakannya.. hahaha sama2 bekerja.

Kadang kat dapur, tengah masak terpaksa stop masak, kat living hall pon jadi. Yang best part tu, sepupu aku tu pon suka. Dia memang addicted.

Kadang kalau dia ade skit badan pon dia memang mintak lagi dan lagi. Kira sama-sama gila la somiisteri ni. Kalau 3hari si somi balik maka 3hari tu memang itu saja ler kejenya

Pastu si kakak sepupu ni cerita, adik dia dan madu plak makin renggang dah. Sepupu cerita madu dia rasa menyesal gila bagi suami kawen lain. Rasa cemburu tu makin menebal setiap hari.

Sampai satu tahap, si madu tu acah-acah carikan madu baru untuk suami dia. Bakal madu tu pulak lagi cantik dari sepupu ni.

Kalau sebut satu Malaysia kenal. Tapi aku tak nak sebut lah sebab taknak la nanti hampa p cari depa pulak, hehe.

Aku yang terdengar kisah ni, hadoiiii la.. apakah semua ini? Tapi sepupu tu cerita, suami dia tak mampu dah kalau nak tambah lagi.. aku tak pasti lah tak mampu dari segi zahir ke batin, hahaha.

Lagi traagis, madu2 ni semua dah unfriend n block sesama sendiri dekat medsos. Aku kesian jugak dengan sepupu aku ni sebab dia bila suami balik turn madu sana, dia jadi tak tentu arah… menangis berhari-hari. Down.

Dah puas nangis baru dia move on. Untuk releaskan tension dia tu memang dia terpaksa nangis baru rasa lega.

Kakak dia mula2 cerita macam excited gila sampaikan satu tahap kakak dia pon cuba ubah diri dia nak jadi the best wife jugak macam si adik walaupun dia isteri tunggal suami.

Konon nak merasa hebat jugak di ranjang macam si adik, tapi akhirnya dia mengaku tak mampu dan dah tak kisah la hebat ke tak hebat ke asal dia dan suami bahagia.

Akhirnya dia pikir, arghhh gila lah nak mengulit lama-lama. Dengan anak berderet tak kuasa dia nak rasa tercabar dengan adik sendiri.

Bagi aku la.. mungkin bagi sesetengah orang yang kurang dapat benda alah tu akan terasa rendah diri, orang lain boleh 4,5 round tapi kita tak,

Tapi bila difikirkan balik, dah macam menunggang nafsu pulak. Dah kena berebut suami dan kena menangis sedih pulak setiap kali pertemuan.

Arggghhhhh semua ni sangat tak best. Kenapa sepupu aku tu jadi camtu?

Aku rasa sebab dia ada lawan dia. Perasaan cemburu yang terlalu tinggi, terasa memiliki atau terasa bangga memiliki suami orang. Tu prasangka aku lah. Pendapat hampa macamana pulak?

Natijahnya bersyukurlah dengan apa ada nya. Seminggu 2/3x pon dah cukup ikut Sunnah. Berlebih-lebihan pon tak la bagus boleh menganggu kesihatan pulak, ye dakkk?