“Suami dok pelik habis meja minum di bilik jadi studio kecik”- Tokti

Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang giat dijalankan di seluruh dunia termasuk Malaysia memandangkan ancaman w4bak c0vid semakin merb4haya. Apabila berlakunya perintah kawalan pergerakan ini, semua orang diwajibkan untuk kekal duduk di rumah dan bagi yang bekerja,mereka perlu melakukan kerja dari rumah termasuklah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Siti Nurhaliza yang turut sama bekerja dari rumah.

Bagi Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti, perintah kawalan pergerakan menjadikan dia seorang yang serba boleh. Bayangkan studio kecil pun boleh dibuat oleh Tokti. Kreatif habis Tokti sampaikan suami Tokti sendiri pun pelik meja minum di bilik pun boleh jadi studio mini untuk Tokti buat live IG…

Tokti menerusi instagramnya berkongsi foto studio mini miliknya serta melihatkan cara dia bekerja dari rumah beserta hashtag Stay Home, Kita Jaga Kita dan Kita Mesti Menang.

Foto studio mini Siti yang telah dimuatnaik itu telah menjadi perhatian peminat-peminatnya. Rata-ratanya bersetuju dengan kapsyen yang ditulis oleh Tokti pada posting fotonya.

“Multitasking.. Bila banyak sangat masa di rumah, automatic jadi berbakat. Baru sedar banyak bakat terpendam sebenarnya”- Netizen

“Wow hebat Tokti”- Netizen

“Masa ni lah suami boleh nampak isteri flexible macam mana kan”- Netizen

Comel je studio mini tokti kan, bila dah duduk dekat rumah memang macam-macam idea dapat keluar.

Sumber: instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.