Suami aku ustaz tp bila aku kejut subuh dia xnk bangun. Dipkulnya aku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Disini, aku nak meluah rasa sedih dan kecewa aku berkaitan ‘suami aku dan hutang’.. Kisahnya semalam aku tegur suami aku berkaitan hutang dia dengan kawannya. Aku isteri dia, mana yg terlepas pandang, aku kena tegur,mana yang silap,aku bantu menasihat.. tapi mungkin dia anggap aku cuma isteri tak guna seperti mana dia selalu panggil aku dengan panggilan tu..

Bila aku cuba tegur dia dengan baik ‘abang, hutang abang dengan Ali baru sebanyak rm200 dia balas, nanti la bayar.

Aku cakap la lagi ‘banyak bulan dah tangguh ni, abang cakap nak bayar hujung bulan ini’ habis je ayat tu. Terus dia meneking aku : aku cakap nanti aku bayar la.

Kau jangan masuk campur urusan aku, Kau diam dah la, Kan aku terajang muka kau, Hncur kan muka kau, tak ade kaitan dengan kau pun, terlalu sedih barangkali, aku cuma diam sambil menitis airmata..

Aku tak kuasa nak melawan sebab terlalu sedih dan fikir apa agaknya salah aku? Aku tegur dia pun dengan nada yang baik dan secara santai..

Hutang dikemudiankan, tapi duit bulan2 sebagai sedekah untuk adiknye tak pernah tertangguh, setiap bulan bagi.. Abang, hutang wajib dibayar, hutang yang utama..saye tak kisah abang nak sedekah ke nak menderma ke tapi bayarla hutang.

Abang seorang ustaz tak kan abang tak tahu mana 1 lebih utama.. Untuk pengetahuan perkhawinan baru 3 tahun, tapi rasa kecewa dan skit hati aku ni seolah aku hidup dengan dia lebih dari 10 tahun..

Aku nak sentuh sikit saat kami nak berkhawin, saat2 akhir nak dekat tarikh khawin, malam sebelum hari akad nikah kami, aku call dia tanya berkaitan duit hantaran.. aku tanya dia, duit hantaran buat mcm mana? Semua ok ke? Dia jawab ada, semua ok..

Tapi entahla aku rasa macam sesuatu, macam dia tipu aku.. aku paksa dia jujur, dan dia jujur katanya duit hantaran tak ade. Ya Allah, sedih aku.. kenapa dia buat aku macam tu.. Aku cerita kat mak aku, yang aku nak batalkan majlis ni.

Mak aku tak setuju, sebab makanan untuk masak esok semua dh sedia, rombongan mak cik2 tolong menolong semua dh buat kerje masing2, lembu dah disembelih, khemah dah pasang, semua dh siap.. Jadi aku akur walaupun rasa skit hati.

Hari pertama perkhawinan aku, aku cuma nak beri yang terbaik untuk dia.. aku cuba layan dia dengan hati terbuka, aku cuba lupakan rasa kecewa dan sedih aku hanya untuk dia yang bergelar suami.

Aku ingat babak bahagia aku akan bermula tapi silap sangkaan aku. Hari ketiga kami balik ke Melaka,tempat perkerjaan suami aku..

Oh ye, aku lupa nak selit sebelum khawin dia memang cakap dh ade rumah,siap snap gambar,tinggal di kuarters.

Jadi bile sampai melaka, dia tipu aku lagi, rupanya bukan rumah tapi bilik kosong yang orang dh tak guna.. so nak mandi, mandi kat tandas masjid..

Entahla, aku cuma kentalkan hati aku, aku cuba untuk tetap bahagia.. semakin hari bertambah hari, dalam 2 minggu macam tu… aku tergerak hati nak check handphone dia, aku check bahagian message bl0ck.

Aku tengok banyak message, aku dah berdebar, sebelum buka aku cuba berdoa “Ya Allah, mintalah bukan message yang bukan2, bukan message yg buat aku sedih..

Sekali aku buka em hncur hati aku.. rupa mesej dia dengan perempuan, suami aku minta gambar tak senonoh perempuan tu seorang wanita mslimah bertudung labuh belajar di kolej islm..

Agaknya apa aku nak buat dengan hati aku yang hncur,kecewa ni,macam mana aku nak pujuk diri aku supaya aku kuat.

Aku ingat bila kantoi macam tu, dia cuba la pujuk aku, gembirakan hati aku, tenangkan hati aku.. rupanya tidak, jalani hidup macam biasa.. nampaknya aku kena cuba kuat tanpa bantuan dia…

Semakin lama semakin haru dibuatnya, aku kejut subuh tak nak bangun lalu dimarahnya aku, pkulnya aku.. saat tu aku rasa malangnya hidup aku..

walaupun dia ustaz, dia bukan ustaz yang dapat heret aku ke syurga Allah dua bulan ke tiga bulan ke atas aku terikat dengan segala talik2 dia.. silap sikit, terus buat talik.. naik gla aku dibuatnya.. tangisan aku tiada siapa peduli..

makin lama makin keras hati aku, makin skit jiwa aku.. makin lama aku rasa nak memberontak.. semakin lama aku berani nak lawan dia,semakin lama aku berani nak naik suara dengan dia.

semakin lama semakin berani aku nak pkul dia.. bila benda ni berlaku, dia cakap aku isteri derhaka, maki hamun semua itu adalah mainan zikir je dia terhadap aku..

dia tak pernah fikir kenapa aku berubah macam tu.. dia tak pernah ambil tahu kenapa aku jadi macam tu, adakah dari salah silap dia? Yang dia tahu dia seorang raja yang perlu dihormati, apa apa pun dia buat seorang isteri tak wajar kurang ajar dengan dia..

Wahai semua pembaca, ini cuma 20% je.. terlalu banyak lagi kisah kenapa aku jadi perempuan naga, perempuan batu.. tapi batu aku ada masa aku menjadi sutera.. tapi sutera aku dibalas dengan bara..

Nasihat aku sebagai seorang isteri untuk adik2 yang belum khawin, carilah pasngan yang soleh dan baik untuk awak dan keluarga awak..

Wanita yang paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Berdoa la dari sekarang agarAllah berikan kamu jodoh yang baik dan soleh dan usahalah jadi wanita yang baik..

Aku berdoa agar pembaca post aku ini diberikan kebahagian bersama suami tercinta dan kekal hingga ke syurga.amin

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nadia Hana, Moga puan hanya d uji..jgn putus doa n zikir..tak semua ustaz ahli syurga silap2..heretkan dia ke syurga Allah..jgn tuang minyak keatas api yg membara..zikir Al Latiff.

Dayang Intan, Kita berhak utk bahagia klu tasa tersksa angakat kaki jer lah tunggu buat apa lg tambah dosa. Tak kan nk hidup.berendam air mata tak da anak blah jer lah laki mcm ni menyusahkan hidup.

Romji Tam, Mudahnya tertipu dgn title ustaz… Baik awak blah/crai sebelum terlambat. Doakan dulu diri awak sendiri, dan ambil tindakan yg wajar. Jgn jadi alat yg akhirnya langsung tak dihargai.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen