Setiap kali suami dpt gaji sy teringin sgt nk mkn KFC, suami balas igt aku ni cop duit

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Salam semua. Saya 27 tahun. Seorang isteri dan ibu anak 3. kawin dah 5 tahun. Maaf kalau ayat agak terabur. saya tak ade masaalah besar sangat pun. Saya nak mintk pendapat orang yang dah lama kawin. Suami gaji 1200 min 1600 max. Seorng pekerja swasta. saya kerja sebagai penghantar barang.

Banyak barang yang perlu di hantar, bnyk la yang saya dapat, rm25 hingga rm100 sehari termasuk duit minyak. Gaji saya tiap hari, gaji suami tiap bulan..

Setiap kali gaji suami. rm350 bayar rumah. yang tiap bulan dia bayar, yang lain saya kena bersungut baru keluar duit. contoh. beli pampers ke. Susu ke, kalau barang anak tu dah habis baru dia beli.

Kalau barang anak anak ada lagi time dia gaji. dia tak kan beli, dia betul betul harapkan duit saya. saya selalu cakap. Setiap kali suami dapat gaji saya dan anak2 teringin nak makan KFC dia akan balas balik mana pergi semua gaji awak ingat saya ni cop duit ke.

Suami saya isap v4pe. Vaape dia ada 5, saya pun tak tahu kenapa dia kene ada banyak banyak. harga v4pe yang pling mahal rm850 dia beli. saya tak tahu la nak cakap. kami slalu bergadoh pasal duit.

Saya ada per4ngai saya jugak. saya tak boleh tengok makanan. asyik oder jeee. tapi saya selalu oder bagi semuaa sama makan. Tapi satu per4ngai saya duit saya kalau ada lebih memang habis dekat makanan.

Suami saya sangat pantang kalau saya oder makanan. Suami tak mintak duit kalau tak terpaksa. dia ada duit makan dia sampai hujung bulan. dia ada duit minyak dia smpi hujung bulan.

Tapi duit makan kami sekeluarga (kami duduk 8 orang sekali mak ayah mertua) smua saya kene usahakan. lauk pauk setiap mingu. barang dapur. barang mandian. susu pampers anak. astro. bil air. bil api. gas. macamana ye saya nak buat.

Saya stresss. 5 tahun saya hadap. sampai saya tak boleh pandang muka suami. derhaka nya saya seorng istri. tapi bagi saya. saya tak boleh terima dia buat macam ni kat saya.

Ada jugak. kami cuba berbincang. Saya tanya suami mana tangunjawab dia sebagai suami. dia akan megamok dan akan cakap. “Aku dulu bela kau masa dalam pantang.

Aku dulu penah bela kau masa kau takde kerja” bila saya cakap nak bercrai dia akan cakap “ingat dah kawin susah senang sama sama2 ni tak, tak boleh hidup susah rupanyaa” allahuu.

Tak pernah pun terlintas nak tingal kan dia sebab kami hidup susah. saya dibesarkan dengan keluarga yang susah. adik beradik ramai. Tapi saya tak nampak tanggujawab diaa dekat saya dekat anak anak.

Ayah saya jalankan tangunjawab dia untuk kami adik beradik. sampai bila saya nak makan hati. sampi bila. Saya nak kerja penat penat. Tapi saya tak boleh nmpk apa apa (duit abis kan dekat makanan je) tlg laaa.

5 tahun dah saya hadap. Saya tak kuat. tolong bagi saya kata kata semngat yang ada pegalaman seakan saya.. Kalau nak cerita lagi. bnyak lagi yang saya makan hati.

Tapi cukup laa. permulaaan untuk selesaikan masaalah utama dlm rumah tangga saya. Terima kasih admin. Terima kasih komen komen. semoga allah balas dngn kata kata semngat awak.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum wbt dan salam hormat kepada pembaca sekalian. Pertamanya aku ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi menyiarkan kisah ni.

Aku cuma nak luahkan perasaan dan minta cadangan pembaca, bukan mengutuk suami atau membuka aibnya. Bismillah aku mulakan ye..

Sedikit latar berkaitan kami berdua. Kami tak banyak beza umur, suami awal 40an dan aku penghujung 30an. Kedua-dua kami bekerja sebagai penjawat awam (professional), suami aku satu gred lebih tinggi daripada aku.

Kami tinggal di sebuah bandar kecil di utara Semenanjung. Kami dikurniakan empat orang anak selepas 15 tahun berkahwin.

Banyak dugaan sepanjang perkahwinan kami, macam biasalah masa mula-mula dulu kewangan, kerja dan keluarga. Makin tahun kami bersyukur sebab makin banyak Allah kurniakan kami nikmat rezeki, kerja tetap dan berjawatan, keluarga kecil yang simple.

Mak ayah dan mak ayah mertua kedua-dua belah juga mempunyai pencen, maka kami tak ada masalah kewangan yang terikat dengan mertua atau ibu bapa aku.

Masalah mula timbul apabila setahun lalu, suami aku buat keputusan untuk beli rumah yang agak mahal. Tidak perlu aku sebutkan di sini, cukup aku katakan beliau ambil pinjaman kerajaan hampir full quota pinjaman.

Aku dah cuba nasihatkan beliau supaya kita ukur baju di badan sendiri, nanti boleh beli lain kalau nak besar lagi memandangkan anak-anak masih membesar.

Aku juga katakan aku akan bantu selain daripada keperluan makan minum dan belanja anak-anak jika tak cukup. Tapi suami aku degil, dibuatnya juga loan, hasilnya yelah kami duduk rumah yang gah tersergam indah.

Namun dalam rumah hanya kami anak beranak saja yang tahu. Sejak ansuran bulanan rumah ditolak memang suami mengeluh setiap hari, katanya tak cukup nak belanja sampai habis bulan.

Tapi sebenarnya beliau dah selesa dengan gaji yang banyak sebelum ni, beliau nak simpan supaya seolah-olah banyak dalam akaun.

Akibatnya, aku lah yang tanggung untuk makan minum kami sekeluarga. Demi Allah aku tak berniat mengungkit. Kalau pembaca di tempat aku, hati sangat terkilan sebab beliau tak gunakan sepenuhnya gaji yang ada untuk makan minum (barang basah untuk memasak).

Hal-hal lain selain makan minum aku tak kisah dan memang aku yang keluarkan (baju anak, barang-barang harian lain, bil-bil rumah). Peti ais setiap hari kosong tak pernah ada ayam ikan sayur kalau aku yang beli. Bila aku minta semula katanya aku kedekut..

Untuk pengetahuan pembaca, suami aku agak dikenali ramai di tempat kami begitu juga dengan aku sendiri sebab bandar yang kami tinggal ni agak kecil. Suami aku dikenali sebagai orang yang baik-baik, peramah, suka membantu.

Aku tak mampu nak buka pekung beliau jika aku adukan pada mana-mana pihak (jabatan agama, atau nasihat kawan-kawan beragama yang baik).

Kami kerap bergduh akibat daripada masalah ni. Demi Allah aku halalkan duit ringgit yang aku keluarkan kalau betul-betul dia dah habiskan.

Tapi selalunya tak sampai dua minggu dah kata dah habis gaji, sebab beliau nak “simpan” sampai hujung bulan bagi ada baki ribu-ribu ratus-ratus jugak, maka mngsanya ialah aku.

Aku cukup sedih sebenarnya. Orang lain tak kerja tetap, peti ais mesti ada bahan mentah untuk masak. Seboleh-bolehnya nak juga usaha untuk tanggung makan minum walaupun susah. Lain hal pulak dengan suami aku.

Beras kalau tak habis dan aku tak suruh dua tiga kali beli, memang dia tak akan beli. Bahan mentah ayam ikan sayur pula, aku kesiankan anak-anak memang aku beli dan masak.

Wallahi sekalipun tak pernah tanya, hanya makan. Seolah-olah makanan tu jatuh dari langit. Adalah dalam sebulan dua tiga kali beliau akan beli bahan-bahan mentah.

Aku ingin memohon pendapat para pembaca yang budiman sekalian, apakah yang patut aku buat? Aku takkan adukan pada sesiapa sebab pada aku akan membuka aib suami yang amat dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Aku bangun malam setiap hari, mohon Allah kuatkan aku dengan ujian suami yang sikapnya macam ni. Bukan masalah kewangan, masalah sikap beliau.

Cuma kadang-kadang aku rasa aku tak kuat untuk hadapi. Aku rasa aku nak lari (berpisah) daripada suami, tapi memandangkan ada anak yang akan ambil peperiksaan besar tahun ni aku gagahkan juga diri.

Oleh itu, aku mohon para pembaca kongsikan doa-doa yang makbul untuk dibaca, amalan-amalan yang patut aku buat atau apa-apa sahaja nasihat yang dapat membantu aku. Aku sedih dan keseorangan. Harap para pembaca dapat membantu, terima kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Rizal Azuan, 1st, ko pun kena kawal kewangan ko, memang bagus belanja byk untuk makan tapi jgn sampai asyik jamu tekak saja, belajar menyimpan dan spend untuk keperluan sesekali baru jamu tekak ok. 2nd, ko stop la spend untuk famili tu,

especially ko nampak suami lepas tangan lagi pentingkan v4pe sampai 5 biji berbanding keluarga sendiri malah keluarga dia parent dia dsb.

Dan lepas ni ko usahakan la pindah baru ada privasi dan paksa suami ko bertanggungjawab dalam rumahtangga. 3rd, stop la beranak klu suami masih perangai camni, anak3 org dlm 5 tahun dgn kewangan korang skrg kan.

Zanariah Zana, Klu suami berkira kita kena berkira juga, simpan duit sikit2 tanpa pengetahuannya,mkn ala kadar je klu awak teringin nak mkn sedap2 gn anak bawa je anak mkn kat luar tu je cara nak ajar laki kedekut ni, kita kena pandai nak hidup gn org cm ni jgn lurus sgt nanti kita yg mkn hati.

Khai Hussein, Mmg suami to kne tgung bini ank3 semua, tp berpada la bila berbelanja,, klau mkn ingat3 la sikit, jgn pakat oder,, rajin2 menyimpan,, rajin2 msk kt rumah, mknan fast food ne sikit pn x elok, byk mkn ank2 jd benakkk,,

klau dh mmg x mmpu, jgn belagak mcm owg ada2,, ukuran baju badan sendiri, jgn main oder bg perabis semua duit di meja mkan,,lg satu, klau brg2 dapo to abis xyh la rajin top2, rebus je vaape laki ko to suh dia mkn,, benda to xmndatangkan faedah pn, ramai dh yg tempah katil hspital gara2 v4pe ne.

Aisyah Maembong, Bgtulah kehidupan suami yg x berpendidikan ni… Bila tw istri berkerja ada duit sendiri pandai la lepas tanggan… Istri juga yg terpaksa banyak bersabar.

Entah apa ja yg dalam fikiran suami jenis begini…. Tw dirinya jak banyak beban… Dirinya jak yg penat… Suami oh suami cubalah buka fikiran tu sikit.

Rose Nasir, Sepatut nya cari nafkah Keluarga tu tugas suami awak, awak hanya TopUp semampu awak saja. Bukan tanggungjawab awak bg makan bapa mertua.

Bawa suami awak pegi kaunseling Di pejabat agama. Dia kena faham tanggungjawab dia memandang kan awak syg sgt kat suami awak tu.

Mak Leha, Listingkan semua bentuk perbelanjaan dr yg sekecil2nya hingga sebesar2nya termasuk mkn pakai mertua. Termasuk nafkah tt tiap bulan. Lepastu bahagi dua duduk bincang.

Kata sama2susah senang sama2tanggung kan dia keluar separuh tt keluar separuh jika tak cukup tolong keraskan hati. Jgn tt topup duit itu. Apa yg ada je masak. Nasi dgn kicap ke pun jadi hidang kat suami dan mertua. Duit yg ditamgan tt jgn sesekali dikeluarkan.

Liyana Haris, Hari ni kita merungut hidup kita susah.. sedangkan dekat tepi jalan, bawah jambatan, ada anak2 kecil yang tidur kesejukan, atas simen yang penuh lumut.. kalau kita tak merasa susah, bagaimana kita nak hargai indahnya ‘senang’.

Iza Mustafa, Org jantan ni bukan boleh tgk bini ada duit, pandai cari duit, dia lpas tangan lah, lagi berdendang lah dia.. Apa pun dia tak fikir, kita lah mcm nak pecah otak dok fikir.

Nasihat sy ada duit simpan lah sikit, jgn abis kat makan, tekak ni bukan bole diikutkan sangat… Solat dan berdoa jgn lupa… Ingat lah Solat dhuha pembuka rzki, jgn tinggal solat dhuha.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen