“Senang tgk keluarga besar Dato Siti dan Datin Seri Tengku Zawyah..” – Netizen

Setiap ibu dan bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak kiralah ketika anak di usia berapa pun, pada mata ibu dan bapa anak-anak tetap masih kecil dan sangat disayangi. Anak sulung kepada DS Tengku Zawyah iaitu Anas telahpun mencecah usia 33 tahun dan sebagai seorang ibu yang amat mengambil berat tentang anaknya, Tengku Zawyah dan keluarga Dato Siti telah mengadakan majlis untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu.

Terdahulu DS Tengku Zawyah merupakan bekas isteri kepada suami Tokti iaitu Dato Khalid. Hasil perkahwinan mereka berdua selama hampir 20 tahun, DS Tengku Zawyah dan Dato Khalid dikurniakan 4 orang anak lelaki iaitu Anas, Adib, Asyraf dan Aazief.

Walaupun DS Tengku Zawyah di lahirkan dalam keturunan yang mempunyai drah daripada kerabat di raja Kedah namun keperibadian DS Tengku Zawyah yang sangat bersederhana serta low profile sangat dikagumi oleh rakan-rakan yang mengenali diri beliau.

Memuatnaik video yang memaparkan suasana di majlis tersebut, kedua-dua buah keluarga kelihatan sangat rapat di antara satu sama lain. Tokti dan Tengku Zawiyah juga mempunyai hubungan yang cukup mesra dan erat.

View this post on Instagram

Family get together celebrating beloved Anas birthday.Wishing u my dearest son a Happy Birthday with beautiful memories that will bless your life always.My prayers that everything you need will come easily for you and you will achieve all that your heart desires.Love you always @anaszawawi ❤️🎂❤️ Thank you DSKhalid n DSCT @ctdk for hosting tis lovely n memorable birthday dinner.May AllahSWT blessed our family always❤️ @rayyanjk @alyssahisham @adib_khalid @ia_madame @asyrafkhalid @tyaarifinnw @aaziefkhalid @imeiliyaherina @arifjiwaasyraf @azzahrajiwaasyraf #birthdaycelebration #familytime #familygettogether #lovemyfamily #memorableday #blessedlife #lotsoflove

A post shared by teezac (@teezac) on

Melihat keserasian hubungan kedua-dua wanita besi ini netizen merasa cukup terharu dengan keakraban yang terjalin di antara mereka berdua. Kedua-duanya merupakan wanita yang sangat berpeng4ruh namun keperibadian mereka berdua sangat merendah diri dan sentiasa menghormati orang lain.

Sukar untuk melihat keakraban sebegini diantara bekas pas4ngan. Tengku Zawiyah mahupun Tokti sendiri cukup professional dan sikap sebegini harus dipuji kerana telah memberikan contoh yang baik kepada para peminat dan pengikut akaun mereka.

Sumber: Instagram teezac

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.