“Sekarang kami bertiga, selamat datang ke dunia Alaia” – Adib Khalid

Bapa mana yang tidak gembira menerima berita isteri selamat melahirkan cahayamata mereka. Lebih-lebih lagi cahayamata yang pertama. Bapalah manusia yang paling bahagia apabila dapat membisikkan iqamat pertama pada anaknya. Itu sudah menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh seorang suami untuk bergelar bapa kepada anak mereka. Apa yang lebih melegakan apabila mendengar isteri juga selamat melahirkan dan dapat melihat bersama anugerah yang diberi Allah.

Begitulah yang dirasai oleh kebanyakan bapa-bapa termasuk jugalah suami kepada pelakon jelita Izara Aishah, Adib Khalid, yang sangat bersyukur isterinya itu telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 15 April lepas.

Sesiapapun kalau mendapat berita gembira pasti mereka mahu kongsikan dan beritahu pada semua orang. Baru-baru ini, Adib Khalid berkongsi kebahagiaan mereka sekeluarga dan foto anak sulung mereka dalam laman instagramnya.

View this post on Instagram

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ And now, there’s 3 of us. 😊 Alhamdullilah syukur, our little princess, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib, was born on the 15th of April, 2020, one of the most joyous and memorable moment for Izara and I. Thank you for all the prayers and support, we truly appreciate every single one of the well wishes and we hope to see everyone soonest ! Till then take care and here are some family photos we would like to share with everyone. Welcome to the world Alaia, my heart melted the moment I heard about you, and now you are here with us. Your mother and I are overjoyed with emotions and love for you. May you be a blessed child and a bundle of joy to everyone you meet, May you be righteous in your greatness, May you have success in this life and the hereafter, Amin. 😊❤️😍🥰😘 👧🏻

A post shared by Adib Khalid (@adib_khalid) on

“Dan sekarang, ada kami bertiga. Alhamdulillah, syukur, puteri kami, Irisa Alaia binti Muhammad Adib, yang dilahirkan 15 April 2020 adalah salah satu berita dan momen yang paling bahagia dan akan diingati oleh Izara dan saya. Terima kasih untuk doa dan sokongan semua, saya akan hargai semua itu dan berharap dapat berjumpa dengan semua cepat. Harap semua jaga diri dan ini adalah sedikit gambar keluarga kami yang kami kami kongsikan. Selamat datang ke dunia ini, Alaia.

Hati saya ‘cair’ apabila dengar tentang kamu dan sekarang kamu sudah berada bersama kami. Ibu dan saya sangat bahagia dan sayang akan kamu. Moga kamu dirahmati dan menjadi kegembiraan untuk sesiapa yang menemuimu. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat” kata Adib dalam kapsyennya.

Netizen sangat gembira akan berita yang dikongsikan Adib dan ramai yang mengucapkan tahniah kepada Adib dan Izara sekeluarga.

Berita gembira pasti kita mahu hebahkan dan berkongsi kegembiraan dengan semua. Semoga Izara Aishah berpantamg demgan tenang dan berehat dengan betul.

sumber : ig adib_khalid

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.