Sebelum bersalin, sempat lagi Elfira buat lawak

Syukur alhamdulillah kepada pelakon Elfira Loy yang selamat melahirkan bayi lelaki baru-baru ini. Dalam suasana yang agak gementar buat ibu-ibu yang pertama kali ingin bersalin, rupanya sempat si Elfira ni melawak dengan gaya memek mukanya yang comel itu. Menerusi video yang dirakam adiknya iaitu Ezlisa Loy, Elfira kelihatan seakan tenang dan tidak cemas. Wah cool gila Elfira!

Sebelum itu, kapsyen melalui video yang dimuatnaik Ezlisa pada awalnya telah menjawab kepada segala teka-teki jantina bayi Elfira yang dilahirkan pada 1 Oktober lalu.

Assalamuaikum baby, tunggu Aunty Chic balik kay! Habis la awakk, saya cakap lahir after saya balik Korea kan. Tak sabar nak g0omol awakkkkkk.

Ezlisa menerusi kapsyennya memberitahu video tersebut dirakam sebelum lahirnya bayi Elfira dan pada yang sama Ezlisa juga terpaksa berangkat ke Korea.

Selain itu, ruangan komen juga dipenuhi ucapan tahniah daripada netizen dan ramai yang sangat teruja dengan kehadiran bayi Elfira tau!

Hahaha sempat lagi El buat lawak- Netizen

Yaa Allah, so cute lah El!- Netizen

Hahaha relaxnya Elfira- Netizen

Bayi Elfira diberi nama yang sangat cantik iaitu Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris. Sekalung tahniah diucapkan kepada Elfira dan suami, Muhamad Faris Khairol Anwar.

Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama pasaangannya pada 1 Januari 2019.

Sumber : Ig ezlisaaloy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*