“Saya tak ramai kawan, yang korang nampak tu jelah kawan saya” – Abam Bocey

Negara dikejutkan dengan pemergian Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey oleh orang ramai pada awal pagi tadi. Sungguh sedih dan terkilan bagi para peminat lebih-lebih lagi sahabat handai yang menerima berita mengejut tentang pemergiannya itu. Menurut sumber mengatakan bahawa Allahyarham pada mulanya mengalami dem4m panas dan s4kit kepala selama dua hari dan telah dipujuk oleh isterinya sendiri untuk pergi ke klinik tetapi beliau enggan berbuat sedemikian.

Siapa sangka, dem4m yang dianggap remeh telah menjadi punca segalanya bermula. Abam sangat terkenal dengan sikapnya yang amat rendah diri dan tidak s0mbong walaupun beliau merupakan antara pelawak negara yang juga dikenali ramai. Pemergiannya yang telah dikelilingi ramai mereka menyayangi dan menghormati beliau membuktikan sikapnya sewaktu hidup dulu yang tidak pernah sombong dan baik.

Sungguh menyayat hati melihat reaksi rakan baik kepada Allahyarham sendiri iaitu Fad Bocey dan Achey. Memulakan kerjaya dalam industri sebagai pelawak bersama sudah pastinya menyimpan 1001 kisah suka dan duka antara mereka. Dapat dilihat betapa ikhlas dan setianya persabatan yang telah dijalin oleh mereka bertiga sejak dulu tidak dapat lagi dinafikan.

Sungguh sedih apabila mengingati bahawa Abam pernah menghadiri satu wawancara “di balik tawa” dan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai ramai kawan dan kawan yang biasa dilihat bersamanya itulah satu-satunya rakan yang beliau ada. Kenyataan itu telah merujuk kepada Fad dan Achey yang merupakan kawan baik yang beliau pernah ada.

Pasti amat terkilan buat Fad Bocey kerana tidak dapat menatap wajah sahabatnya itu buat kali terakhir kerana beliau sedang berada di luar negara. Perkara yang menyedihkan ini telah membuat air mata seorang lelaki telah berjaya dikeluarkan kerana kehilangan seorang sahabat sejati dalam hidup mereka berdua.

Neelofa juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan takziah dan mengajak para netizen untuk sama-sama mendoakan Allahyarham.

Sama-samalah kita doakan semoga Allahyarham Abam diterima disisinya dan segala kebaikan yang telah dibuat semasa hidup juga diterima. Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat Abam Bocey kerana telah kehilangan insan yang mereka sayang.

Sumber: Twitter gabob94

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*