“Saya mohon maaf, sy tidak jual langsung kepada semua org” – Dato Aliff

Usahawan popular, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas gagal membuktikan keberkesanan topeng muka yang ingin dijual menerusi v1deo demo yang dilakukannya sendiri. Vide0 demo tersebut menunjukkan Aliff Syukri melakukan demo dengan menuang air pada permukaan topeng muka bagi membuktikan kualitinya. Namun, demo yang dibuat tidak berjaya selepas air menembusi topeng muka berkenaan.

Berikutan video yang telah viral itu, Aliff Syukri telah dikecam hebat oleh netizen menerusi laman media sosial.

Namun, pada hari ini Aliff Syukri sendiri memuatnaik sebuah video dengan menjelaskan sendiri isu berkaitan topeng muka berkenaan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan 1mask pun x terjual- – Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali . Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar. – – Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. – – Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali…Untuk mengetahi lebih lanjut lagi perkara yang sebenar malam ini abang akan posting dekat YouTube abang mengenai masalah ini 08:00 malam ini jangan lupa tengok

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff Syukri sendiri mengaku dengan jujur bahawa topeng yang sebelum ini memang bocor dan akui telah memperbaharui topeng muka yang baru serta lebih selamat digunakan.

Dengan membuktikan keberkesanan topeng muka yang baru itu, Aliff Syukri sekali lagi menuang air ke dalam topeng muka itu dan tidak bocor.

Aliff turut berkata, topeng muka berkenaan hanyalah pre-order sahaja dan belum dijual di mana-mana tempat. Demo yang dibuat sebelum ini juga hanyalah sekadar untuk mencuba kualiti topeng muka tersebut.

Dalam pada itu, Bapa kepada lima orang anak ini turut memohon maaf secara terbuka kepada semua berkenaan video sebelum ini yang menunjukkan topeng muka tersebut bocor selepas air dituang ke dalamnya.

Tindakan jujur Aliff Syukri sekaligus menerima pujian daripada netizen selepas pengakuannya.

Video penjelasan Aliff Syukri telah ditonton sehingga 165,000 tontonan dan rata-rata netizen membanjiri ruangan komen pada posting Aliff Syukri.

Pelakon Zarina Zainuddin juga mengalkan komen dengan kata-kata sokongan buat Aliff Syukri.

Alhamdulillah, sekurang-kurnagnya Datuk Aliff Syukri dah mengaku kesilapannya dan jujur. Takpe, biarlah ia menjadi satu pengajaran.

Sumber: instagram Aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.