“Saya minta semua doa yang baik-baik” – Sufi Rashid

Penyanyi Sufi Rashid menegaskan supaya orang ramai tidak tersalah anggap terhadap video yang tersebar berkenaan konflik mengaitkan isterinya, Nurulain Md Yusof dan ibu Sufi, Irma Suriana Mahamud. Menerusi live di Instagram milik Sufi, dia memberitahu isterinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa tidak menyambut dan salam ibu mertua ketika bersanding di atas pelamin sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan dua mempelai itu.

Isteri saya memilih untuk tidak mahu membuka aib sesiapa.

Apa yang saya boleh beritahu, ketika di atas pelamin itu isteri saya menangis menahan kes4kitan dan keperitan yang semua orang tidak tahu.

Saya minta semua doa yang baik-baik dan hentikan kec4man.Penyanyi yang berasal dari Singapura ini lebih memilih untuk tidak memberitahu masalah peribadi yang berlaku dalam keluarganya.

Saya dah bertahun-tahun tidak pernah cuba untuk berkongsi cerita berkaitan keluarga dan masalah peribadi kepada orang ramai.

Sufi juga lebih memilih untuk tidak memberitahu masalah peribadi yang berlaku dalam hal keluarganya.

Saya sentiasa ingatkan Ain supaya tidak berkongsi masalah peribadi dan biarlah pihak sana kongsikan apa-apa.Saya tidak mahu membalas balik kerana saya tahu tanggungjawab sebagai anak.

Saya tahu dosa dan hukum jika saya buat apa-apa. Tambah Sufi, masalah yang dialami itu hanya diketahui oleh keluarganya dan keluarga Nurulain serta sahabat rapat sahaja.

Sementara itu, Sufi juga berharap supaya video yang telah tersebar itu tidak dikongsikan lagi dan memaafkan individu-individu yang telah mengecam dirinya serta isteri walaupun tidak tahu perkara yang sebenar.

Sufi Rashid dan Nurulain Md Yusof telah bergelar suami isteri pada 21 September lalu.

Semoga hubungan kedua-dua pihak akan jadi semakin baik yaa dan lebih baik untuk cepat-cepat bermaaf-maafan, kan?

Sumber: Live Instagram Sufierashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*