“Sarat-sarat pun rajin, mudah-mudahan senang bersalin nanti”- Netizen

Aktiviti bersama keluarga tercinta ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan memandangkan semua rakyat Malaysia perlu kekal duduk di rumah bagi mengelakkan jangkitan w4bak c0v1d yang telah berleluasa. Begitu juga buat pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz meluangkan masa bersama anak-anak ketika PKP ini.

Seperti yang kita ketahui, Fasha mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama bekas suaminya, Rizal Ashram.

Kini, kedua-dua cahaya mata Fasha yang mesra dengan panggilan Jemaima dan Rayfal ini tinggal bersama ibu kesayangan mereka. Malah, hubungan Jemaima dan Rayfal cukup rapat dengan Aidil Aziz membuatkan mereka sekeluarga kelihatan bahagia bersama.

Buktinya, Fasha sering memuatnaik video aktiviti-aktivitinya bersama keluarga menerusi instagram dan luahan perasaan gembira dengan kehidupannya yang kini lebih bahagia di samping suami tercinta serta anak-anaknya.

Video terbaru, Fasha berkongsi video aktiviti mencuci kereta bersama anak-anak di instagram. Walaupun Fasha sedang sarat mengandung, namun dia tetap meluangkan masa bersama suami dan anaknya mencuci kereta. Jelas terpancar kebahagiaan Fasha sekeluarga.

Rata-rata netizen yang melihat perkembangan terkini Fasha turut meluahkan perasaan teruja melihat kebahagiaan Fasha bersama Aidil dan anak-anak. Tidak ketinggalan, netizen juga berpesan kepada Fasha supaya lebih berhati-hati melihatkan keapda keadaan Fasha yg sedang sarat mengandung.

“Alhamdulillah terbaik, rezeki yang paling hebat Allah kurniakan dan bukan semua orang dapat merasai ialah nikmat kebahagiaan bersama keluarga”- Netizen

“Happy family”- Netizen

“Wow banyaknya kereta”- Netizen

Mata-mata netizen juga tertumpu pada pelbagai jenis kereta yg dimiliki Fasha sekeluarga. Mewah-mewah kereta Fasha dengan Aidil ya….

Seronok tengok keluarga Fasha dengan Aidil sekarang. Bahagia diorang satu keluarga. Memang betul, nikmat bahagia bersama keluarga bukan semua orang boleh merasai kan.

Sumber: instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan