“Sambil berlakon mesti Sharnaaz teringatkan anak” – Netizen

Cahaya mata merupakan anugerah tuhan untuk setiap pasaangan yang sudah berkahwin. Hubungan seorang bapa dengan anaknya semestinya sukar untuk dipisahkan. Keakraban hubungan antara pelakon Shaarnaz Ahmad dengan anak lelakinya, Jebat Jayden sering kali menjadi perhatian netizen. Bahkan baru-baru ini, Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik sebuah foto bersama pelakon cilik Arryyan Petra berserta kapsyen yang sungguh menyentuh hati.

I see Jebat in you sayang.. Ba rindu sangat kat anak ba jebatjayden.. Thank you aryyanpetra sebab sayang papa.

Menerusi posting Sharnaaz di Instagram, Sharnaaz berkongsi luahan perasaan sangat merindui Jebat Jayden memandangkan anak lelakinya itu kini di bawah penjagaan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

Arryyan Petra yang merupakan pelakon cilik bagi drama Lelakimu Yang Dulu lakonan utama Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang kini ditayangkan di TV3 dikatakan mempunyai umur yang sama iaitu satu tahun seperti Jebat Jayden dan lagi menambahkan rindu Sharnaaz terhadap anak lelakinya itu.

Selain itu, kisah rumah tangga Sharnaaz dengan Noor Nabila sentiasa menjadi bualan hangat netizen memandangkan ramai yang turut kasihan terhadap nasib Jebat Jayden.

Ruangan komen juga dipenuhi kata-kata semangat dan doa yang terbaik buat Shaarnaz sekeluarga.

Kenapa harus pisahkan anak dengan ba dia, kita yang tak jumpa anak sehari pun rindu- ntizen

Kita tengok cerita Lelakimu Yang Dulu tu pun teringat kat Jebat- Netizen

Bila tengok drama ni, jadi sedih. Harap boleh berbaik macam dalam drama demi anak- Ntizen

Sambil berlakon mesti Sharnaaz teringatkan anak- Netizen

Sementara itu, baru-baru ini Sharnaaz telah menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya untuk memperbetulkan spekulasi yang melanda rumah tangganya.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Ogos tahun lalu.

Comelnya Jebat Jayden! Anak kecil ini semestinya perluukan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Sharnaaz sekeluarga.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*