Salahkah sy suruh suami beli makanan pkul 2 time org puasa, dia mrah tkut org mengata dia xpuasa

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Salam min, nak minta pendapat, salah ke bini minta suruh suami belikan makanan anak waktu bulan puasa. Ceritanya macam ni, kami keluar cari barang raya dlm tghri. So lps blik dalam jam 2 petang mintak dia belikan makanan. Anak belum makan tengahari.

Dia mintak saya turun beli, sedangkan masa tu saya tengah menyusukan anak, anak pun dh tertido kat pangkuan saya. Saya cakap la kat dia, susah la nak mintak tolong.

Kalau anak tak menyusu ni saya dah turun beli. Dia memecut kereta dalam keadaan marah tak jadi beli makanan tu. Saya tahu dia bukan apa malu sebab bulan puasa mungkin takut orang kata.

Sampai maraahkan saya, cakap dia penat la apa. Tapi yang saya geram dia tak kesian pulak kan anak tengah menyusu dah tertido pangkuan saya. Minta saya sendiri turun dari kereta.

Suruh lepaskan susu anak pergi beli. Yang buat dimarahkan saya lagi, lepas saya cakap orang lain ok je belikan makanan apa nak kisah orang cakap nak malu apa.

Bukan orang taw sape nak makan. Ni nak beli untuk anak pun takut. Dia marah sebab di kata saya suka bandingkan dengan suami orang lain.

Jadi la perbalahan antara kami. Sampai rumah saya oder foodpanda je. Salah ke saya mintak dia belikan.

Kisah ke 2, berkenalan di laman web cari jodoh, tak sangka dapat suami sebaik ini. Terharu dgt baca kisah ini

Assalammualaikum semua. Saya baru je baca post “Suami Biasa-Biasa”. Saya tersenyum bila baca post Puan. Alhamdulillah dan tahniah untuk Puan kerana Puan dapat seorang suami yang luar biasa. Ada jugak positive vibes bila saya baca post Puan.

Bila saya baca, saya terasa seperti Puan ni adalah saya. Kepada readers sekalian, walaupon ramai suami yang tidak bertanggjngjawab, tetapi ramai jugak suami yang sangat bertanggungjawab.

Sebab itu sebelum kita nak kahwin, kita kene buat solat istikharah. Kita perlu meminta petunjuk dari Allah dalam setiap perkara termasuk lah bab jodoh. Istikharah tidak cukup sekali, kita kena buat berkali2.

Saya berkenalan dengan suami saya di laman web mencari jodoh. Di sana saya berkenalan dengan beberapa calon.

Selepas saya taaruf dan buat solat istikharah, saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan suami saya. 1st time jumpa face to face just untuk tengok calon secara real dan discuss tentang tanggungawab suami dan kesediaan dia.

Kali kedua berjumpa adalah ketika dia bawa saya berjumpa dengan mak dia. Kali ketiga kami berjumpa semasa dia berjumpa dengan family saya. Selepas tu kami bertunang dan kahwin.

Secara total, saya hanya berjumpa dengan suami saya sebanyak 4kali sahaja walaupon saya dah berkenalan dengan dia selama 2 tahun.

Ramai kawan saya yang tak setuju dengan pilihan saya untuk berkahwin dengan lelaki yang saya tidak kenal langsung.

Tambahan pula, calon tu adalah seorang yang gajinya lebih rendah daripada saya. Mereka risau jika saya akan menanggung biawak hidup ataupon digunakan oleh suami untuk buat loan once dah kahwin nanti.

Tapi saya tak rasa yang suami saya seperti itu. Dan bab gaji, saya tak pernah fikir pasal gaji sebab saya sangat yakin dengan rezeki Allah.

Walaupon gaji suami tu rendah, jika dia jalankan tanggungjawab dia dengan baik, layan isteri dengan baik, In Sha Allah rezeki suami tu akan mencurah2..

Rezeki bukan duit sahaja, rezeki tu luas. Alhamdulillah setelah buat istikharah, saya rasa ni satu keputusan yang tepat untuk saya.

Akhirnya kami berkahwin. Saya seorang guru, manakala suami saya adalah seorang technician.. secara logik gaji saya lebih tinggi daripada suami saya.

Pada mulanya saya sangat risau jika suami saya adalah suami yang akan gunakan saya dalam urusan perbelanjaan rumah tangga. Tapi Alhamdulillah, suami saya adalah opposite daripada kerisauan saya.

Walaupon gajinya rendah, tapi semua tanggungjawab dia laksanakan. Sewa rumah dia bayar, makan minum dia sediakan, nafkah tak pernah culas, ubat2an dia beri, toileteries saya pon dia sediakan,

Kerja rumah banyak yang dia bantu, langsung tak berkira dengan saya dan keluarga saya.

Dia tak pernah gunakan duit saya langsung dalam perbelanjaan harian. Dia ada cakap yang duit saya adalah duit saya. Selain tu, dia selalu belikan saya barang2. Selalu nak belikan baju, kasut, handbeg untuk saya.

Tapi saya selalu tolak sebab saya tau berapa je balance dia yang tinggal lepas bayar semua komitmen. Selain tu suami saya sangat pandai ambil hati keluarga saya.

Ibu saya sangat sayangkan dia dan sangat respect dia kerana dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Satu keluarga saya sangat memuji dia. Alhamdulillah.

Sekarang ni saya mengandung, mohon doa daripada semua readers. Masa saya mengandung, dia sangat caring dengan saya. Dia selalu tolong buat kerja rumah, urut saya, penuhi apa yang saya mintak.

Barang2 baby pon semua dia keluarkan duit dia untuk beli. Duit bersalin nanti pun dia cakap dia akan tanggung.

Saya sangat bersyukur kerana dapat suami seperti dia. Sangat bertanggungjawab dan cuba memperbaiki diri terutama dalam agama dari hari ke hari.

Kesimpulannya, lelaki dan suami yang baik itu masih wujud. Kita kene selalu berdoa dan libatkan Allah dalam pencarian jodoh.

Sebelum kahwin, kita kene tegas sedikit dengan calon. Terus bincang tentang tanggungjawab dalam rumahtangga. Jika berpuas hati dengan jawapan, bolehlah buat istikharah. Selebihnya tawakal.

Jangan risau jika gaji bakal suami tu rendah. Kita kene sentiasa yakin dengan rezeki Allah.

Minta maaf jika penulisan saya terabur. Saya tak reti nak susun ayat. Terima kasih admin kerana publish post saya. Assalammualaikum.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Eisha Man, Sis pun mulut kena jaga jgk,byk sgt bunyi tu yg laki hangin tu.last2 beli foodpanda kan,ada anak ni semua kena plan awal.

dah mmg laki sis jenis malu segan agaknya,xpyh la nk paksa2 dia,xpasal jd gduh.mnta maaf je la kt dia and move on,nk raya dah

Said Azmi, Tk salah pn puan, demi anak, Apapn suami sanggup buat, lebih2 lagi, berkaitan dgn perut anak, kasihan anak2, lapar.

Bagi saya, peduli lah, org tgk ka, kata ka, kalau beli mknan bulan puasa, dari anak lapar, Allah lebih tahu, hamba dia, berpuasa ka tk, jadi tk payah lh, fkr mulut org.

Sue fizli, Bulan puasa pmpn yg g beli makanan… Org boleh beranggapan dia dtg bulan… Kalau lelaki? Saya rasa sis pun tahu sbb apa suami xnk turun g beli makanan walaupun utk ank… Patut sis dah siap awl² utk makanan ank kt umh…

Masak apa yg patut…dah malas masak utk ank kt umh… Patut sis leh je bg ank tu kt suami jap.. Sis yg turun g beli…. Jgn la batu ada duduk dlm kepala tu… Asik nk cari silap suami.

Nur Eika, Peliknya bulan puasa nk maaki2 org dlm comment ni, sy selalu berada di tempat tt. Bila kita meyusukan anak, anak dh tdur kat pangku, ingt snang ke nk bertukar pergi ke tmpat lain.

Ibarat kau baru tgh tidur org kejut suh bangun kejap, kau tak pening ke? Rasanya korg pn hangin. Tp kalau utk budak mesti la dia tunjuk dgn cara menangis.

Hidup berumah tangga kena ada tolak ansur. Tk ada org akan pandang serong kau beli sebungkus makanan. Kau ingat semua org kat luar tu hati hitam mcm korg2 yg comment ni ke sebok nk pndng serong kat org yg beli makanan?

Tanggungjawab suami dia beli makanan. Dh ada kat kedai makan blh aje pergi beli lgpn dh ptg. Food panda pn second choice, tp yg penting td tu tolak ansur. Tu pun susah nak faham. Tahu nk maaki org je korang ni

Lily Nazirah, Tk tau la nk komen apa.. Tp alhamdulilah klu suami saya ok je beli kn mknn utk ank2 dia. Ank sya ada 3org. 6thun 5thun dn 2thun.. Ank sya 6thun kdg2 puasa jg klu tk letih dri sklh..

tp klu suami yg blikn mknn dia akn parking btl2 tmpt nk bli mknn.. Spya org nmpk yg dia ada mulut kna suap wlupn musim buln puasa. Ia itu ank2 dia

Fadhilah Hamid, Sb tu hidup jgn judgemental sgt..nmpk org bli mknan, teros label x puasa..xsalah pun suami pegi belikan mknan..kalau la kena tgkp (which I think won’t happen), ajak org nak tgkp tu g kereta tunjuk ni ha anak2 sy punya..

benda simple nk complicated kan keadaan bt apa..yg acah2 ckp bg anak mkn dulu la, ape la b4 keluar tu, ehhhh, sukatila tt la, anak dia..haha..yg kelakar,

yg cndemn tt ni ramai ppuan, ke gegadis?.xfaham struggle ibu menyusu?.malu xkena tempat, bkn suruh suami mkn kt public pon, suruh belikan je..ke suami dia nk kena tukar uniform foodpanda/grab food br xmalu?.bwek..

Nuraini Hasan, Laki aku rilek je beratur beli kfc utk anak kul 3ptg..anak plak ngamuk2 nak tido..tp belum makan…kebetulan plak masa tu aku xpuasa ..dia belikan lah utk aku sekali…masa siap beli, masuk kereta tgok anak aku dah tido…so mama dia la yg makan dlu.

Tapi kan, hal mcam ni bertolak ansur je la..xde yg salah, xde yg betul…kalau tt nak terasa pn, xpe je…tp xyah la lama2 membawa perasaan tu…mengeruhkan perhubungan suami isteri je nnti.