“S4kit tengkuk anak tu lah”- Netizen

Aplikasi TikTok semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama sekali apabila musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang diperketatkan ketika ini akibat w4bak c0v1d. Pihak kerajaan telah mengarahkan semua rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah sehingga 14 April. Apabila masing-masing sudah kebosanan di rumah, mereka menghiburkan diri dengan membuat video Tiktok sehingga menjadi viral di laman media sosial.

Tidak terkecuali, pelakon dan usahawan iaitu Aeril Zafrel turut sama aktif menggunakan aplikasi Tiktok sehingga diberi gelaran Raja Tiktok. Dasyat sungguh Aeril yaa…

Sejak akhir-akhir ini, video Tiktok Aeril sentiasa mencuri tumpuan netizen setiap kali dimuatnaik di instagram miliknya. Mana tidaknya, gelagat Aeril bersama anak-anaknya begitu mencuit hati menerusi video Tiktok tersebut. Wajah comel ketiga-tiga anak Aeril dan Wawa Zainal juga membuatkan ramai netizen teruja melihatnya.

View this post on Instagram

Perghh kecik2 dah ada bakat tiktok ni

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Baru-baru ini, Aeril memuatnaik video Tiktok bersama anak bongsunya iaitu Aya Soffya. Memang lawak habis part Aeril sengaja anggukkan kepala Ayya dalam video Tiktok seperti yang dikatakan oleh netizen..

“Hahaha macam kena tolak je kepala soffya”- Netizen

“Padahal dia yang tolak kepala anak dia hahaha”- Netizen

Malah, wajah comel Ayya dalam video tersebut telah menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji Ayya yang begitu cantik dan sama iras seperti ibunya.

“Cute sangat sangat lah baby”- Netizen

“Comel sokmo budak kecik tu”- Netizen

Alahai Aeril, kesian Soffya ikut je kerenah ayah dia. Soffya pun dah terjebak dengan Tiktok dah..

Sumber: Instagram aeril_zafrel

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.