“Rambut ala-ala Tomok New Boyz ek”- Sherry Alhadad

Nama pelakon Hisyam Hamid semakin dikenali ramai semenjak lakonannya menerusi drama Abang Bomba I Love You, Tq Captain, Rahsia Hati Perempuan dan terkini Dndam Cinta Arissa. Lakonan Hisyam telah menjadi perhatian penonton lebih-lebih lagi apabila membawa watak sebagai ‘abang bomba’. Badannya yang tegap membuatkan lakonannya cukup serasi dengan wataknya sebagai pegawai bomba. Mana tidaknya, Hisyam pun antara salah seorang anggota bomba sebelum memulakan kerjaya lakonannya. Memang sesuai sangat dah tu…

Raut wajah Hisyam yang sememangnya muda dari usia sendiri membuatkan ramai peminat-peminatnya ternanti-nanti dengan kemunculan aktor ini di televisyen.

Bapa kepada dua orang anak ini juga sentiasa tampil segak dan bergaya tidak kira di mana jua dia berada.

Baru-baru ini, Hisyam berkongsi sebuah foto lama ketika usianya 10 tahun. Siapa sangka, Hisyam sememangnya aktif bermain bola sejak kecil dengan wajahnya yang boleh tahan kacak yaa…

Kata Hisyam, impiannya ketika waktu kecil ingin menjadi salah seorang pemain bola sepak Singapura seperti idola kegemarannya iaitu Fandi Ahmad, Abbas Saad dan Azman Adnan.

Rambut Hisyam ala-ala penyanyi Tomok ketika usia kecilnya telah menarik perhatian pengacara popular iaitu Sherry Al-Hadad yang turut mngalkan komen pada posting foto berkenaan.

Rata-rata netizen juga memberi komen dengan memuji wajah kacak Hisyam ketika waktu kecil.

“Muka tetap maintain handsome”- Netizen

“Masa kecik pun segak”- Netizen

Sementara itu, ramai penonton drama Dndam cinta Arissa ternanti-nanti episod seterusnya namun terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Hisyam Hamid ni dari kecil sampai sekarang memang nampak handsome yaa…

Sumber: instagram Hisyamhamid7

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.