“Raf tak pernah paksa Mawar berhijab, biarlah nawaitu dtg dari hati yg ikhlas”- Raf Yaakob

Setiap wanita pasti mahukan perubahan yang lebih baik buat diri mereka lebih-lebih lagi selepas bergelar seorang isteri dan juga ibu. Mereka juga ingin sentiasa kelihatan cantik di mata suami sebagai tanda sayangnya seorang isteri buat suami. Begitulah yang dilakukan oleh pelakon Mawar Rashid selepas kini tampil berhijab pada permulaan bulan Ramadan tahun ini.

Penampilan terkini Mawar menjadi perhatian netizen selepas Mawar sendiri memuatnaik foto di instagram baru-baru ini beserta luahan niatnya untuk mengenakan hijab pada bulan ramadan tahun ini.

Malah, suami Mawar iaitu Raf Yaakob sendiri mendedahkan keputusan Mawar untuk berhijab adalah kehendaknya sendiri dan bukan disebabkan Raf menyuruh atau memaksa Mawar berhijab.

View this post on Instagram

Cantik dan manis nya anje berhijab 😍 Untuk pengetahuan semua, Raf tak pernah suruh atau paksa Mawar berhijab. Tapi Mawar tahu apa yang Raf mahu kan sejak hari pertama kami diijabkabulkan. Raf hanya pesan…kalau hati dah terbukak nak berhijab, biar lah nawaitu tu datang dari hati yang ikhlas. Jangan pakai semata2 sebab suami yang suruh 😇 • Bentuk isteri dengan penuh kelembutan. Dalam berlembut, ada tegas nya. Lebih baik kita menegur dengan cara yang sopan di belakang tabir dan kita berdoa yang baik2 saja untuk dia. Selebihnya kita berserah kepada Allah Swt. Allah Swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Diri kita pun sebenarnya tak sempurna dan serba kekurangan, jadi sapa lah kita nak menghukum seseorang itu, betul tak? 🤔

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Menurut Raf, sejak dari hari pertama mereka diijabkabulkan lagi dia sudah berpesan kepada Mawar jika ingin berhijab, biarlah dengan hati yang terbuka dan nawaitu itu datang dari hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan.

Pesan Raf lagi, seorang isteri perlulah dibentuk dengan kelembutan dan pada masa yang sama ada tegasnya. Bagi Raf, menegur dengan cara yang sopan adalah cara terbaik dan mendoakan yang baik-baik untuk si isteri.

Sementara itu, posting Raf telah mencuri tumpuan dan rata-rata netizen menyokong pendapat Raf yang ditulis menerusi kapsyen.

Malah, ramai netizen memuji wajah cantik Mawar yang kini bertudung.

“Cantiknya Mawar, semoga dipermudahkan segala urusan dan istiqomah. Jangan paksa seseorang berubah sebab biar hati kita sendiri berubah kerana Allah”- Netizen

“Alhamdulillah semoga istiqomah sampai bila-bila ye”- Netizen

“So sweet Mawar, as a mslim husband wajib suruh wife berhijab”- Netizen

Cantik tengok Mawar dah bertudung sekarang. Lebih manis dan ayu gitu. Apa-apa pun, kita doakan moga Mawar terus istiqomah dengan niat baiknya.

Sumber: instagram rafyaakob

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.