“Pandai simpan rahsia ye sis, punya lah sakan g0sip sana sini”- Netizen

Perkahwinan pelakon Farah Nabilah yang telah berlangsung pada Januari lepas membuatkan ramai netizen terpegun apabila Farah kelihatan cantik di samping suami tercinta pada hari bahagianya. Kisah cinta Farah bersama suaminya yang merupakan juruterbang telah mengejutkan netizen apabila mereka sudah lama bersulam kasih selama tujuh tahun tanpa pengetahuan ramai. Farah yang popular menerusi drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek ini ternyata pandai menyimpan rahsia cintanya tanpa diketahui secara umum. Senyap-senyap hati Farah dah berpunya ya…

Selepas Farah atau mesra dengan panggilan Fawaa ini telah bergelar seorang isteri, dia telah mendedahkan sendiri foto kenangan lima tahun lepas bersama suaminya, Amirul menerusi Intagram beserta kapsyen ‘Majlis graduasi saya lima tahun lepas.’

Fawaa kelihatan manis berjubah lengkap pada majlis hari graduasinya bergambar bersama Amirul dan ternyata, foto tersebut membuatkan ramai netizen teruja melihatnya.

View this post on Instagram

My graduation day 5 years ago 🙆🏻‍♀️ #fawaaxamirul

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Malah, rata-rata netizen juga memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan tidak ketinggalan, peminat-peminat turut mendoakan agar hubungan pas4ngan romantis ini kekal hingga akhir hayat.

Menceritakan tentang kisah percintaan Fawaa dan suaminya, mereka telah mula bercinta selepas dikenalkan sendiri oleh Izara Aishah. Pada mulanya Farah cuba jual mahal namun sikap tidak mudah putus asa oleh Amirul membuatkan hati Farah terbuka untuk menerima lamaran suaminya itu.

Fawaa juga memilih untuk merahsiakan hubungan cintanya kerana dia lebih selesa untuk berbuat demikian.

Sweet tengok Fawaa dengan suami tercinta. Gambar lima tahun lepas Fawaa pun maintain je muda sampai sekarang.. Semoga cepat-cepat dapat baby pulak lepas ni hehe..

Sumber: Instagram Farahnabilah0fficial

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*