“Ngeri nak bangun sahur bang”- Netizen

Ketika diumumkan tempoh perintah kawalan pergerakan ini akan dilanjutkan lebih lama lagi, bulan mulia Ramadhan juga telah bermula bagi orang-orang islam menunaikan ibadah puasa. Bermula semalam masyarakat beragama islam juga sudah mula melakukan ibadah masing-masing dan semua sudah bersedia untuk makan sahur bersama keluarga di waktu tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan di bulan mulia ini, semua pasti mahu keluarga menyambut bulan Ramadhan dengan gembira dan seronok. Begitu juga segelintir artis tempatan kita yang juga berkongsi kisah dan menu sahur mereka bersama warganet. Ini termasuklah keluarga pelakon terkenal, Fizz Fairuz yanh dilihat gembira menyambut Ramadhan alMubarak pada tahun ini.

Kita dapat bersahur bersama keluarga hanya di bulan Ramadhan sahaja. Jadi haruslah kita banyak buat kenangan bersama keluarga. Begitu juga Fizz Fairuz juga mahu melihat kegembiraan pada wajah isterinya. Baru-baru ini, selepas beliau bersahur bersama isterinya, Fizz Fairuz membuat parodi sebuah video lelaki mengejutkan orang sahur.

Dilihat dalam video tersebut, Dato Fizz Fairuz membuat mimik muka seorang lelaki dalam sebuah video dan memyahut ‘Sahur’ seperti mengejut orang untuk bangun sahur. Kedengaran juga isteri beliau yang menahan ketawa di belakang camera yang merakamnya.

Ramai netizen sangat terhibur melihat gelagat Fizz Fairuz yang cuba menghiburkan isterinya, Almy Nadia. Bukan senang untuk melihat lelaki yang kelakar dan mahu melihat isterinya tersenyum sahaja. Rakan-rakan artis juga terhibur dan Baby Shema juga mengatakan beliau segar mata untuk bangun sahur selepas melihat video tersebut. Ada juga netizen yang kata mereka ngeri nak bangun sahur selepas melihat gelagat gedik Dato Fizz Fairuz.

Pada bulan yang mulia ini, dan juga ketika tempoh perintah kawalan pergerakan ini, masyarakat harus terus berfikiran positif dan sentiasa berfikiran terbuka apabila bersama keluarga.

sumber : ig almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.