“Ngada lah dato ni tunjuk dada”- Netizen

Populariti usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri semakin meningkat saban hari selepas pelbagai video dimuatnaik menerusi laman media sosial miliknya. Aliff Syukri juga sentiasa memuatnaik video mengenai kisah kehidupannya di laman Youtube sehingga pernah mencecah satu juta tontonan. Bukan hanya video sahaja, gambar yang dimuatnaik bapa kepada lima orang anak ini juga sentisa menjadi perhatian netizen di laman Instagram miliknya.

Terbaru, gambar Aliff menayang dadanya beserta kapsyen yang  beremosi telah membuatkan ramai netizen berteka-teki masalah yang dihadapi oleh Aliff. Kapsyen yang ditulis Aliff juga berkemungkinan menggambarkan kesedihan yang sedang dialami olehnya namun kesahihan cerita tersebut, masih belum dipastikan.

Aliff sendiri akui, memberi harapan kepada manusia yang tidak pernah menghargai dirinya adalah satu perkara yang paling pahit buat dirinya.

“Aku dah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup ini… dan penat utk menjadi yg terbaik….

“Dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia yg tak pernah menghargainya.. dan erti kes4kitan dan kesedihan ini mengajarkan aku mencari kebahagiaan,” tulisnya menerusi kapsyen.

Posting Aliff tersebut telah menerima ratusan komen daripada netizen dan rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen.

Malah, ada sebahagian individu yang mengecam tindakan Aliff bergambar sedemikian. Jarang sekali usahana popular ini berbuat begitu sehingga mengejutkan warga netizen.

Walaupun dikecam sebahagian netizen, namuna ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Aliff supaya terus tabah dan sabar.

“Aduh bulu dada segan-segan nak tumbuh.. Macam padang sekolah agama rakyat. Takyah lah tunjuk aih..”- Netizen

“Stay strong, dato”- Netizen

Selain daripada netizen, kakak kepada Aliff Syukri juga turut mngalkan komen.

Dalam pada itu, Aliff Syukri dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sabar yaa Datuk.. Kadang-kadang hidup ni bukan sentiasa bahagia selalu. Pasti ada pasang surutnya.. Semoga terus kuat dan tabah yaa..

Sumber: Instagram Aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*