“Nampak ceria Datin, tapi dia tutup kesedihan tu” – Netizen

Dalam hidup berumahtangga, pasti ada pasang surutnya, ada kecewa gembiranya, dan susah dan senangnya. Sering kita mendengar wanita yang digelar sebagai isteri dan ibu adalah manusia yang penyabar jika hendak dibandingkan dengan suami atau bapa. Ini kerana isteri dan ibu punyai sifat kelembutan yang sudah ada dari azali lagi. Walaupun dis4kiti atau dikecewakan, isteri dan ibu masih menyayangi dan memaafkan orang yang menyakiti hatinya. Lumrah seorang wanita pasti tidak mahu menunjukkan kesedihan mereka pada orang yang terdekat.

Mereka lebih fokus dalam menjaga dan mendidik anak dalam keadaan yang tenang dan bukan dalam emosi yang tidak stabil. Begitu juga yang boleh dilihat dalam diri Datin Shahida yang kelihatan sangat kuat menjaga anak-anak kecilnya. Walaupun rumahtangganya dilanda kontr0versi, beliau tidak memandang itu sebagai satu penghalang dalam mendidik anak-anaknya.

Datin Shahida dilihat sebagai seorang wanita yang kuat dan penyabar dalam melayan bukan sahaja kerenah anak-anaknya, malah termasuk kerenah suaminya di mata netizen. Namun, Datin Shahida mengendahkan apa yang netizen katakan dan lebih fokus menjaga dan menceriakan anak-anaknya. Baru-baru ini, beliau berkongsi momen beliau bermain bersama anak-anaknya yang kecil iaitu Ameena dan Yusof.

View this post on Instagram

Ya Allah ampunkan hambamu ini!! . Tahap dah bosan dah ni😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, sesiapa pun akan merasa kebosanan duduk dirumah. Termasuklah juga Datin Shahida yang juga harus akur dengan arahan yang diberikan. Namun, beliau selalu kelihatan mengisikan kebosanannya dengan melayani anak-anaknya.

Kita boleh lihat dalam video berkenaan, Datin Shahida mengajak anak-anaknya bermain di taman permainan di dalam rumahnya. Sedang beliau mengajak anak-anaknya main, beliau juga turut menaiki gelongsor tersebut dan diikuti dengan anaknya, Ameena.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat dua beranak ini dan mengatakan ini adalah kerana penangan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan. Selain itu, ada juga yang merasai bahawa Datin Shahida tidak mahu menunjukkan kesedihannya pada warganet.

Datin Shahida kelihatan sungguh kuat dalam menyembunyikan perasaan sebenarnya. Beliau seharusnya menjadi simbol wanita yang kuat dan penyayang akan anak-anaknya. Bukan senang untuk seseorang itu bersabar dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Semoga Datin terus kuat dalam mendidik anak-anak dan temui ketenangan hati.

sumber : ig shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.