“Nampak ada kucing dgn anjing lapar sgt, k0ngsi ayam dgn mereka”- Ebit Lew

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjadi sebutan ramai netizen sejak beberapa hari lalu selepas aktiviti kebajikan yang dilakukan olehnya tular di laman media sosial. Pendakwah kesayangan ramai ini aktif dalam menyalurkan bantuan kepada g0longan yang kurang berkemampuan termasuklah golongan barisan hadapan. Sifat mulia Ebit ternyata menjadi perhatian dan mendapat sokongan orang ramai.

Namun, ada sebahagian netizen mengecam tindakan Ebit apabila dia menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga di Baling Kedah sehingga menjadi trending di laman media sosial. Meskipun cabaran dan rintangan yang dilalui Ebit cukup besar, dia tetap berjuang dan berusaha membantu golongan yang memerluukan.

Ebit yang kita ketahui bukan sahaja suka membantu dan berbuat baik kepada manusia malah bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga melayan baik terhadap haiwan termasuklah anjing dan kucing.Walaupun haiwan jalanan, Ebit tetap melayan baik mereka tanpa memilih kasih.

Ebit menerusi instagram berkongsi video dengan melihatkan dirinya berkongsi makanan berbuka puasa bersama haiwan-haiwan jalanan semasa berhenti di tempat hentian rehat.

Tingkah laku baik Ebit terhadap haiwan sekaligus boleh dijadikan contoh kepada semua agar sentiasa berbuat baik kepada haiwan.

Sementara itu, video Ebit yang dikongsi itu telah menerima reaksi positif dariapda netizen dan rata-ratanya memuji sikap baik Ebit serta mendoakan yang terbaik buat pendakwah bebas ini.

Video Ebit yang terbaru ini juga telah ditonton sehingga 264,000 tontonan.

“Semoga ustaz terus memberikan sumbangan untuk orang-orang memerluukan dan semoga ustaz terus tabah mengharungi dugaan dunia”- Netizen

“Allah sayang ustaz”- Netizen

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan”- Netizen

Mulianya hati ustaz Ebit. Walaupun macam-macam dugaan, ustaz Ebit tak pernah putus harapan. Tetap bagi sumbangan walaupun besar dugaan yang dia kena tempuh.

Sumber: instagram ebitlew

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.