“Mummy ckp kalau Aaisyah tak tinggal puasa, mummy bwk pergi sh0pping Habib”- Aaisyah Dhia Rana

Ibadah puasa bakal bermula pada Jumaat ini dan sudah pasti ramai mula persiapkan diri bagi menghadapi bulan yang penuh mulia ini. Semua umat islam akan bermula berpuasa dan tidak terkecuali, golongan kanak-kanak juga turut sama diajar untuk berpuasa untuk membiasakan diri dengan ibadah puasa sejak kecil. Begitu juga buat pelakon Rozita Che Wan yang sudah mula mengajar anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima tahun untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

Bagi menyokong usaha Aaisyah untuk berpuasa penuh pada bulan ramadhan kali ini, Rozita Che Wan atau mesra dikenali sebagai Che Ta ini berjanji menghadiahkan Aaisyah perhiasan emas berjenama Habib jika Aaisyah tak mngalkan puasa. Wah beruntungnya Aaisyah mummy nak bagi emas….

Foto terbaru Aaisyah menerusi posting pada instagram menunjukkan Aaisyah memperagakan baju kurung beserta kapsyen yang ditulis.

Rata-rata netizen memuji wajah comel Aaisyah dan tidak ketinggalan mengucapkan ucapan selamat berpuasa buat Aaisyah.

“Comelnya awak ni, selamat berpuasa Aaisyah”- Netizen

“Selamat berpuasa sayang”- Netizen

“Bestnya dapat shopping Habib”- Netizen

Secara umumnya ramai mengenali Aaisyah, satu-satunya anak perempuan Che Ta yang cantik dan pandai bergaya ini. Bukan itu sahaja, Aaisyah juga popular dalam kalangan netizen sehinggakan pengikut-pengikutnya di Instagram sudah mencecah satu juta.

Sekali-sekala bagi emas sebagai reward apa salahnya, yang penting Aaisyah kena rajin puasa penuh naaa…

Sumber: instagram Aaisyahdhiarana111

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan