“Muka tu dah kenapa, macam tu sekali betulkan tudung” – Netizen

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, ditambah pula tempoh tersebut telah dilanjutkan, ramai juga individu yang agak kecewa akan berita tersebut. Oleh kerana telah masuk ke bulan yang mulia Ramadhan, terdapat segelintir masyarakat yang ingin pulang ke pangkuan ibu bapa mereka dan meraikan Ramadhan bersama. Namun ada juga segelintir masyarakat yang telah reda dengan tempoh berita kawalan pergerakan tersebut dilanjutkan dan berterusan berada di dalam rumah dan melakukan aktiviti untuk memenuhi masa mereka.

Begitu jugalah kita boleh lihat pada segelintir artis-artis tempatan kita. Ada segelintir daripada mereka yang sibuk membuat video menggunakan aplikasi tik tok dan ada juga yang sibuk berkongsi resipi dan masakan mereka pada setiap hari.  ini termasuklah pelakon berkaliber Nabila Huda yang kelihatan sering memenuhi masanya bersama keluarga dengan masakannya.

10 April lepas, suami kepada Nabila Huda, Muhd Izwan Johar, telah menghadiahkan Nabila Huda sebuah alat masakan yang canggih, Thermomix TM6 yang viral kerana kecanggihan dan harganya yang mahal. Nabila Huda dikatakan sudah mencuba pelbagai resepi masakan berasaskan roti dan manisan menggunakan alat tersebut dan kesemuanya menjadi. Baru-baru ini juga, beliau telah mencuba membuat satu manisan bernama Cremè Brulee.

Kelihatan didalam video tersebut, Nabila Huda memakai tudung labuh dan berlakon seperti ustazah yang memasak. Menurut Nabila Huda, itu adalah percubaan pertama beliau untuk membuat Cremè Brulee dan beliau akui menjadi.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat Nabila Huda menjadi ustazah sambil memasak dan ramai yang menyukai gelagat beliau membetulkan tudungnya dan mengatakan ianya sangat melucukan.

Nabila Huda antara artis yang sudi menghiburkan netizen dengan video kongsiannya. Beliau kelihatan tidak rasa terganggu dengan tempoh perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan kerana beliau sudah boleh melakukan apa sahaja jenis masakan dengan alat masakan canggihnya itu.

sumber : ig kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.